Kesayangan ;)

04 March 2012

Puisi Terhebat...

assalamualaikum





“Aku pasti punya masalah tiap kali ingin menulis puisi buatmu.
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat dari kata-kata yang akan terkeluarkan.
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.
Dan hari ini kau telah menjadi isteriku.
Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar, Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit, Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,
Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.
Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri, Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,
Bahaya, ancaman di mana-mana. Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu. Setiap saat dan waktu,
Setiap siang dan malam, Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik. Setiap nafasku.
Aku sering menadah telapak tangan dan memohon pada Tuhan agar kau, bukan sahaja menjadi isteriku tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala.
Isteriku, Selamat datang ke hidupku,
Selamat menjadi isteriku, Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak,
Selamat menjadi menantu ibu bapaku, Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.
Selamat menjadi keluargaku, Selamat menjadi pelengkap hidupku.
Selamat menjadi separuh dari aku.”


Suwet je kan puisi kat atas ni???Aku taw korang sumer dah baca dan dah lapukk pown puisi nih, ape pown aku rasa puisi ni adalah sangat comel dan sangat best!!!Kan bagus kalau masa aku kawen nanti laki aku pown buat puisi untuk aku!!!huwaaaaa. Aku takut masa laki aku baru nak bukak mulut nak bace puisi nih aku dah menangis sebaldi macam pompuan mati bini padahal baru nikoh...


Anyway, ini puisi yang ZAHIRIL ADZIM bagi dekat SHERA AIYOB masa dia kawen hari tuuuuuuu. Sangat terharu dan romanti bila dapat seorang lelaki yang sangat suka menulis dan berjiwa puitis macam ni....



anyonyonyonyo comeinye die.....bile nak dapat beby nihhh...







Sekian, babai






No comments: