Kesayangan ;)

25 March 2012

Kisah Praktikal Yang Super Best!!!

asslamualaikum







Hai kawan-kawan, untuk sesiapa yang baru nak mengalami waktu berpraktikal, mungkin ini adalah satu kejutan budaya untuk anda. Macam apa yang aku alami masa memula nak praktikal dulu-dulu. Bunyinya umpama aku dah habeskan praktikal bertahun-tahun lamanya. Padahal aku baru je habis praktikal pada 23 Mac 2012 yang lalu. Ye, hari jumaat yang lepas ni kawan-kawan sekalian. Aku praktikal selama 4 ulan dan selama 4 bulan tu aku menjadi orang bekerja tanpa gaji. Maklumlah orang kerajaan pown kene tunggu 3 bulan untuk confirm keje kat sesuatu tempat tahu???Mari kita semua tengok dan lihat apa yang terjadi sepanjang praktikal aku berlangsung tu, entri ni mungkin panjang berjela-jela tapi aku rasa aku akan tepek seberapa banyak gambar yang aku suka bagi korang x bosan dan x termuntah baca blog aku.





5 DISEMBER 2011 ~ 23 MAC 2012




Praktikal adalah satu pengalaman kita belajar bekerja dalam bidang kita sendiri. Macam aku, aku amek bidang makmal, selama 5 semester, aku duduk je dekat kolej belajar segala mende secara teori, kalau orang cakap pown, iye kan saja, kalau xtaw balek rumah, cucuk berokband dan lepas tu kaw tengok gambar dengan bantuan incik Google. Kalau dekat tempat praktikal, korang akan belajar taw dekat sini. Semua benda korang akan tengok secara live depan mata. Bukan dalam mimpi. Kalau setakat darah, korang dah biasa sangatttt kan????Kalau dengan tahi, kahak, air kencing, bakteria, segala menda yang dekat dalam badan, ni baru kali pertama korang jumpa dan hadapi. Setiap hari selama 4 bulan hokeyyyy???


ini adalah sampel air kencing palenggggg femes di dunia...airkencing + dadah





saja letak gambar ni besar-besar sebab ini adalah memori terindah





Aku dengan kawan-kawan aku ada 9 orang yang posting dekat hospital bentong, masa mula-mula masuk. memang takut, menggigil semua ada, bila kena marah, kitorang buat muka toya, muka x bersalah. Maklumlah kan, budak baru belajar. Pengalaman masa mula-mula masuk kerja adalah kena marah dengan patient yang x reti sabar nak amek result diorang ni. Aku ingat bila dah masuk bidang lab, x jumpe orang, xjumpa patient pown. Rupanyaaaaaa hah!!!hamekkkaw!!!!!Tapi xpela, bukan selalu pown kene berhadapan dengan patient macam keja dekat dalam wad, patient jadi xsabar ila kita janji x betul dengan diorang je. Diorang rasa takut dan berdebar dan nak cepat blah dari hospital.Itu je sebenarnya, lagi satu nak tackle patient suruh sabar korang kene cakap elok-elok dengan diorang. Macam korang nak tackle mak mertua korangla.






Bila dah stress kerja, naseb baek ada tempat nak menjerit, memekik, bagusnya duduk kat Bentong ni adalah ko dapat menikmati alam semulajadi dengan tulus ikhlas hati taw! Ada air terjun Chamang pulak dekat Bentong, memang terbaikkkk taw!



Nak cerita pasal staf, masa mula-mula, xtaw yang staf ni senang nak bergaul dengan kitorang student trainee. Masa mula-mula diorang memang x baik, diorang nak kita dulu yang tegur diorang. Ala, biasela tu, adat, kitorang cuma amek masa kurang daripada 2 minggu untuk get close dengan staf. Staf pown suka sangattt membantu, diorang bagi kitorang blaja, buat dan rasa pengalaman sendiri. Syok taw! Macam korang dah jadi staf. Kitorang punyalah kecoh, havoc tetiap pagi masuk lab je terus memekak, macam dalam lab tu dah xde orang lain. Memang hobi kitorang ni nak mengganggu ketenteraman orang lain.



Macam -macam yang kitorang blaja cuma peritnya bila pk bab duit, memang terseksa tawu???Semua korang kene handle sendiri, kata orang bila praktikal, badan korang boleh selim tapi aku, haremmm!!!Maken naik mencanak-canak, badan dah macam tong dram! Setiap masa korang asyik nak makan je, lagi-lagi boleh makan masa teatime. Yehuwww dabeda beduuuu la gamaknya. Sebab tu badan dah macam pau!Kene pam-pam je gamaknye.


Setiap hari kitorang rasakan cepat sangat.Lagi-lagi minggu-minggu terakhir kitorang. Hati berbelah bagi taw samada nak tinggalkan Bentong ataupun tidak. banyak sangat kenangan yang kitorang tempuh masa praktikal. Daripada xtahu apa-apa sampai jadi tahu, Kat Bentong memang proses pembelajaran berjalan dengan baikkk sangat, hubungan kitorang rapat macam famili. Sampaikan ke saat-saat akhir kitorang nak meninggalkan Bentong, staf pown menangis. Memang salah kitorang buat staf menangis tapi kesedihan memang kita x boley nak tutup dalam hati.Lebih baik kita zahirkan.


kawan yang mula-mula kenal dekat Bentong




dalam lab pown boley ake nak maen gambar-gambar



 =)






Semoga semua tunjuk ajar yang staf dan kakitangan Hospital Bentong berikan pada kami semua akan kami manfaat dan gunakan dengan sebaiknya. Kalau ada masa dan waktu, akan kita berjumpa lagi...KAMI SAYANG WARGA HOSPITAL BENTONG!!!!



AS WE GO ON
WE REMEMBER, ALL THE TIME WE
HAD TOGETHER
AND AS OUR LIFE ON
COMES WHATEVER
WE WILL STILL BE FRIENDS FOREVER.....




Sekian, babai







No comments: