Kesayangan ;)

29 February 2012

Wordless Wednesday ~ # 7

assalamualaikum




Sebagai penutup untuk bulan FEBRUARI dan jugak tahun lompat, aku nak kongsi dengan korang impian dan cita-cita aku untuk pergi tempat ni....





=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=











KAMPUNG SARANG SEMUT , KEDAH




Ada x sesapa nak bawak aku pergi jalan dekat tempat ni x???Aku teringin maen air sungai dia, aku teringin nak tengok pemandangan dia yang tersangatttt cantek, aku inginkan kedamaian aku rindukan ketenangan.... ",





Sekian, babai







~29 FEBRUARI 2012~

assalamualaikum








Untuk makluman semua, hari ini adalah hari RABU, bertarikh 29 FEBRUARI 2012 yang spesel sebab tarikh ni cuma ada 4 tahun sekali je dalam kalendar, kalau ada ibu-ibu mengandung yang nak beranak, beranak tahun ni, seronoklah mereka sebab nak sambut besday anak 4 tahun sekali je.


Kalau dalam tempoh 4 tahun tu, anak x besar-besar, memang untungla kan, lepas tu, orang duk sebuk cakap awat anak hang x membesaq???yang kaum ibu pown cakapla, anak aku 4 tahon sekali baru besaq, senang sikit, xdak ar dia nak besaq kepala... -_-''


Kalau korang ada member yang lahir dalam tahun lompat ni, korang sepatutnya kene raikan harijadi mereka dengan meriah dan gemilang sekali sebab diorang ni dapat sambut bufdey 4 tahun sekali je. Apa x nye, tahun-tahun yang lain xda sape yang nak peduli dengan diorang punya hari lahir taw!Kirenya kalau korang kumpul seposen sehari dengan azam dan iltizam yang kuat semata-mata nak meraikan kawan korang. Dah kalau namanya 4 tahun sekali sambut bufdey, korang pown kene jugak kenekan diorang kawkawkawtoing punye. Dah susah payah sambut, sambutla bagi dia merasa yang dia pernah ada pengalaman terindah sambut besday kan???




Aku xda member yang lahir masa tahun lompat ni, kalau ada, memang aku dah sambut dengan cemerlang, gemilang dan terbilang lagikkkkk. Aku akan pastikan yang kawan aku tu xkan pernah lupa yang aku pernah buat sesuatu yang dia xpernah nak sangka tahu???Dah aku ni cerita pasal besday je, mesti korang ingat aku ni ada member yang lahir tarikh ni ye dak???Aku teringin jugak nak berkawan dengan orang bufdey cume 4 tahun sekali nih, yela, mane taknya, nak jugak aku tanye perasaan dia bila dapat sambut bufdey cume 4 tahun sekali je kauuuuuuuuuuuuuuuuu.....



Untuk tarikh ni, aku tak ada ape-ape yang spesel pown, aku cuma ada beli 1 produk ni dan aku baru je cube untuk pertama kali harini. Aku nak tengok kalau-kalau produk muka tu sesuai ke idak dengan muka aku yang dah macam jalan tar x berapa nak siap ni. Korang doakanlah yang produk tu serasi dengan muka aku ni dan aku x payah nak pening- pening tukar produk lain untuk muka aku ni. Kalau produk ni memang betul-betul berkesan dan muka aku serasi sangatttt, aku akan kongsi dengan korang semua yea....




SELAMAT TAHUN LOMPAT!!!!











Sekian, babai







21 February 2012

Sejak Bila Novel Menghantui Diri???

assalamualaikum...




Sejak akhir-akhir ni kalau masuk kedai buku, aku mesti akan jadi macam orang kene sawan. mesti nak pegi dekat rak yang ada tulis novel. Nak pegi dekat rak novel inggeris, kang kejap lagi aku buat pekasam je novel tu.Mungkin nanti setelah aku mengandung anak pertama, baru aku ada rasa nak baca novel inggeris mungkin???Dengan harapan anak aku nanti akan mencintai bahasa inggeris bukan BUDAYA INGGERIS...nauzubilllah...



Dahla, kembali kepada tajuk pokok yang ingin dileterkan pada hari ini. Aku rasa tabiat aku gila dengan novel, jadi rambang mata bila nampak novel bermula bila aku dapat baucer buku RM 200 tuhhhh. Aku jadi macam orang sasau, xtahu apa nak buat dengan baucer tu sebawb dapat baucer dah semester last.  Nak beli buku ilmiah memang tidak akan jumpa buku yang berkenan di hati sanubari. So, membazirkan baucer free dengan beli novel.



Novel petame yang aku beli adalah novel ANDAI ITU TAKDIRNYA-Siti Rosmizah. Novel tu aku beli selepas mendapat hasutan daripada ramai makhluk tuhan yang mengatakan cerita tu sedih. Tapi bila aku beli dan aku bace sampai 3 kali tanpa jemu, aku berjaya membazirkan airmata untuk cerita ni. Kadang-kadang pikir balek cerita novel je, bukan realiti nak emo giler sampai nangis-nangis, tapi aku baca aku menghayati beb. 3 kali aku baca dan aku menangis pada part yang berlainan memang gila talak aku ni.



Lepas dari tu, aku macam kene rasuk dengan Siti Rosmizah, setiap kali dia menulis dan keluar novel baru, aku terus jadi sasau nak dapatkan novel beliau. Apa yang pasti, aku akan sedih dan mengalirkan airmata bila baca hasil karya kak Rosmizah. Kak, memang terbaik novel akak ni. Sekarang ni aku dalam pencarian nak dapatkan satu lagi novel Siti Rosmizah yang bertajuk 7 HARI MENCINTAIKU. Dia punya tajuk memang terus menyentap dalam hati aku, aku dah cari sampai sekarang aku xjumpa lagi dan tak kesampaian hajat nak beli. sebab tu aku simpan baucer aku ada RM100 untuk novel tu dan beberapa buku bahasa Aku rasa aku nak belajar bahasa cina la. Xdala nanti kalau aku pegi jalan-jalan cina tu kutuk aku, aku diam jerk...













aku ada semua






Baru-baru ni aku ada pegi kedai buku lagi dan aku jumpa novel indon. Tajuk dia  DALAM MIHRAB CINTA. Mungkin bagi sesetengah penggila novel nak cakap aku kolot ke ape ke, haku pedulikhape???Aku baca novel ni dan terus aku jatuh cinta.Memang karya orang indon tapi ayat dan jalan cerita dia buat aku rasa terpegun dan banyak kata-kata dalam novel tu aku jadikan pujangga kata untuk diri aku. Bila baca cerita ni aku dapat rasa kealiman seorang lelaki yang memperjuangkan haknya dan jugak kesungguhan seorang perempuan berusaha membantu lelaki tersebut dengan cara yang betul dan kene pada tempatnya. Kalau aku review banyak-banyak mesti korang xnak pegi beli dekat kedaii buku. Buku ni murah je dan memang sangat berbaloi-baloi.









Aku pown sebenarnya tertarik dengan satu lagu yang ada kaitan dengan cerita ni jugak....Cerita ni ada filem tapi aku belum sempat nak donload. Nanti bila aku da donload, memang aku akan ulang doplohempat kali sehari..




BUNGA-BUNGA CINTA


Asmirandah:
Tak pernah terlintas di benakku
Saat pertama kita bertemu
Sesuatu yang indah tumbuh dalam gundah
Harum dan merekah

Dude:
Tulus hatimu buka mataku
Tegar jiwamu hapus raguku
Memboncah di hati harapan dan suci
Menyatukan janji
Asmirandah & Dude:
Bunga-bunga cinta indah bersemi
Diantara harap pinta padanya
Tuhan tautkanlah cinta di hati
Berpadu indah dalam mihrab cinta

Dude:
Tulus hatimu buka mataku
Tegar jiwamu hapus raguku
Memboncah di hati harapan dan suci
Menyatukan janji

Asmirandah & Dude:
Bunga-bunga cinta indah bersemi
Diantara harap pinta padanya
Tuhan tautkanlah cinta di hati
Berpadu indah dalam mihrab cinta

Asmirandah & Dude:
Tak pernah terlintas di benakku
Saat pertama kita bertemu
Sesuatu yang indah tumbuh dalam gundah
Harum dan merekah

Asmirandah & Dude:
Memboncah di hati
Harapan dan suci
Dalam mihrab cinta






Membaca ni amalan mulia, xkesahla nak baca apa pown.Sekadar berkongsi guysss



Sekian, babai






Wordless Wednesday ~ # 6

assalamualaikum







jeng jeng jeng...sape boley teka sapa punya kereta ni????







akhirnyaaa saya berjumpa jugak dengan kakak paling gojes dalam hati saya









Sekian, babai







17 February 2012

Rasulullah Pesan...

assalamualaikum



Tadi terjumpa Rasulullah.......(untung sangat kalau dapat jumpa RASULULLAH)  punya pesanan dalam laman YOUTUBE.



Dalam keadaan kita manusia yang selalu alpa, leka dan lalai ni, kita pown boleh terlepas pandang perkara yang begitu kecil dan remeh sekali. Lebih-lebih untuk kaum HAWA.



Kita ni, kaum HAWA memang dah ada keistimewaan di sisi ALLAH. So, sebagai kaum HAWA....Ini untuk anda semua.......



Hayati dan sebagai renungan untuk aku dan semua.....











Sekian, babai











16 February 2012

Sepucuk Surat Secebis Bingkisan Untuk Seorang Abah :')

assalamualaikum


                                                                                                                   Siti Hajar Binti Yumi,
UCSA.

15 Februari 2012.



         Ke hadapan abah Yumi Bin Sakai dan juga emak, Zanariah binti Haji Ishak, semoga berada dalam keadaan yang sihat dan walafiat hendaknya. Anakanda di sini usahlah emak dan abah risau, semakin sihat hendaknya, alhamdulillah.


Abah, 

       Hari ni merupakan hari ulangtahun kelahiran abah yang ke - 51. Terasa cepatnya masa berlalu sampaikan x sedar langsung abah sekarang dah nak pencen. Rasa macam nak putar balik masa yang cemburu sangat dengan manusia ni patah balek dekat zaman abah muda-muda dulu. Pakai seluar kembang bawah. Memang kool giler abah. Mane x anak abah yang sorang laki tu ikut jejak abah.



Abah,

      Masuk tahun ni dah bape tahun hajar xdapat sambut hari lahir abah same-same dengan abah. Abah memang xsuke orang cakap selamat hari jadi dekat abah sebab abah jata kita x tahu bile jadinya seseorang manusia. Yang dah nampak realiti depan mata kan bila dia dah lahir jadi manusia kan??? Abah memang seorang yang sangat best! Abah, dah masuk tahun ni, umur hajar pown maken meningkat dewasa, patotnye anak abah dah boleh kawen dah kan bah? *__* gatal. Hajar nak buat flashback semua kenangan indah hajar dengan abah.


Abah, 

      Masa hajar kecik-kecik dulu, budak hingusan lagi, pagi-pagi abah yang akan layan kerenah anak abah ni, antar mak pegi keje , bawak hajar yang baru bangun tido antar mak lalu ladang kelapa sawit. Dulu abah keje shif, so adekalanya abah keje malam, adekalanye abah keje tengahari dan adakalanya abah keje pagi. Masa tu abah xde kereta pown lagi. Bila dah sampai masa hajar masuk sekolah tadika, abah yang hantar hajar pegi daftar, amek hajar balek sekolah. Mak xdapat nak hantar sebab emak pagi-pagi dah kene pegi keje. Mak masak, sediakan bekal bawak pegi sekolah. Memang daripada kecik mak ajar bawak bekal walaupun hanya nasi dan telur goreng. Sedap dan lagi kenyang nak dibandingkan beli me goreng dekat kantin yang mahal tapi x kenyang. Masa malam, kalau hajar tetido kat depan TV, abah akan angkat hajar masuk dalam bilik, tapi sekarang kalau angkat kepala hajar abah dah boleh patah pinggang.~pfffttttt~


    Masa darjah 6, hari petama mula peksa UPSR abah anto, mase hari last peksa pown abah jugak yang amek. Habes je peksa, abah terus ajak pegi ngeteh. Macam taw je anak dia nih dah berhempas pulas jawab soklan UPSR yang masa tu memang mencabar minda sungguh. Seronok bile pikir-pikir balek. Abah jugak yang ajar hajar bawak motor sebab dulu akak Siti dengan Kak awe masuk asrama. Xda orang nak antar pegi sekolah agama. Tetiap petang abah jadi cikgu ajar bawak motor sampaila bawak kereta sekarang. Abah jugak yang jadi cikgu dekat budak yang bijak macam nak kene ketuk ni.


Abah,

     Bila dah masuk tingkatan, mak dengan abah amek keputusan nak masukkan hajar kat asrama sebab keputusan UPSR, alhamdulillah memberangsangkan. Sepanjang kat asrama, hajar memang menyusahkan emak dengan abah, nanges macam kene buang kelurga, sebulan nanges airmata xberhenti, abah buat macam-macam biar hajar xbalek umah. Naseb baek anak abah ni kuatkan hati dan kesian dekat abah yang sanggup je datang bile ada mesyuarat ke, ada solat hajat ke suruh hantar barang ke hape. Bila ingat balik, rasa kejamnya hajar pada abah dulu. Sampai habes sekolah, abah yang selalu amek, hantar hajar balik asrama. Rasa dah terlampau banyak pengorbanan abah dekat hajar. Masa tingkatan 5, hajar x bagi emak dengan abah datang Majlis Graduasi sebab malu dengan result masa tu, duduk pown dah barisan yang nak kebelakang. Xberbaloi langsung kalau abah datang.


     Masuk ke alam Matrikulasi, alam yang hampir ke alam dewasa sikit, abah sanggup hantar hajar jauh-jauh semata-mata nak bagi anak dia belajar dan pandai. Masalahnya , anak dia ni gatal, pegi main-main sangat masa suruh belajar. Result pown x mengizinkan untuk hajar teruskan belajar masuk universiti. Tapi bila xdapat masuk U, abah tetap bagi sokongan dan abah terus suruh apply masuk kolej ni. Hajar xbanyak cakap, terus online petang tu dan Alhamdulillah, ada rezeki hajar rupanya dengan kolej ni. Alhamdulillah jugak sepanjang belajar dekat kolej ni, hajar nak tebus balik silap masa dekat matrikulasi dulu. Dengan doa abah dan emak yang xputus, hajar rasa hajar boleh nak dapatkan pointer hajar tu. Dulu hajar nak jadi doktor, bila pilih kos ni,  boleh pulak dia link dengan doktor. Terus hajar sedar yang ''ALLAH DAH LUKISKAN CORAK DAN PERJALANAN HIDUP HAJAR CUMA PERJALANAN TU SEDIKIT JAUH DAN ALLAH TAHU YANG TERBAIK UNTUK HAJAR''.

Abah,

      Hajar nak mintak maaf selama hajar hidup menjadi anak kepada abah, ada kata-kata abah yang hajar x ikut dengan baik, Hajar tahu bukan senang nak menjaga anak yang degil macam hajar. Kos membesarkan hajar setakat ni pown dah mencapai RM 600 000 kalau x silap hajar. Mane hajar nak cari duit nak bayar semua duit abah tu? Tapi abah memang x pernah mintak apa-apa dekat anak-anak abah, abah siap marah kalau ada anak abah yang beli baju ke apa-apa hadiah untuk abah. Abah, terimalah semua tu, memang kalau nak balas balik dengan ape yang abah dah berikan dulu tu, memang xkan terhabis nak bayar taw bah. Memang abah x pernah suruh pown balas semua jasa abah dan bayar balik duit yang abah dah laurkan untuk kami tu, tapi hajar tetap rasa menyesal kalau semua duit tu hajar gunakan untuk benda yang x penting. Sebab tu masa cuti mesti hajar nak keje, hajar kalau boley xnak susahkan abah. tapi mintak maaf abah, mesti ada je yang xcukup untuk keperluan hajar ni.


Abah,

    SELAMAT HARI LAHIR, PANJANG UMUR ABAH, DIJAUHKAN DARI SEGALA PENYAKIT DAN MUSIBAH, SEMOGA TERCAPAI APA YANG ABAH HAJATI, SEMOGA ABAH SIHAT SAHAJA HENDAKNYA, MURAH REZEKI ABAH SELAMANYA DAN APA YANG PALING HAJAR NAK ABAH TAW, HAJAR SAYANG ABAH SANGAT-SANGAT. ABAH ADALAH BAPA YANG PALING BEST DALAM DUNIA....ALLAH, LINDUNGI ABAH SAYA, SAYA SANGAT SAYANGKAN DIA....TERIMA KASIH SEBAB BESARKAN HAJAR JADI MANUSIA...NO MORE WORD THAT CAN IMAGINE HOW MUCH THAT I LOVE YOU ABAH....








Anak Yang degil,


hajar...
                                                         


Sekian, babai





14 February 2012

Fakta Mengenai HARI KEKASIH or VALENTINE'S DAY

assalamualaikum




Tetiba harini aku nak berfalsampah nak berceramah pasal mende gini. Kan sudah aku bilang tahun ni nak jadi lebih baik daripada tahun yang sudah??? Apa salahnya kan???


Aku rasa ramai yang dah tahu dan dah lama paham pasal MENYAMBUT HARI KEKASIH adalah sesuatu yang haram. Hal ini berikutan VALENTINE'S DAY tu perayaan di BARAT  yang dah menjadi ikutan kat MALAYSIA. Sedih kan bila kita tengok orang kita, rakyat Malaysia dan paling menyedihkan orang ISLAM kita sendiri menyambut HARI VALENTINE'S  ni. Bukan nak berpura-pura baik ataupun nak berfalsafah segala bagai Aku cume nak mengingatkan diri sendiri dan berkongsi pendapat dengan sahabt yang aku ade nih. Nak bercakap panjang-panjang aku bukan ilmuwan yang penuh ilmu di dada, aku bukan jugak seorang sasterawan yang bijak dalam berbahasa. So, aku pegi google dan aku nak share apa yang aku dah google dengan korang semua. Jom kita hayati bersama-sama.....








*************************************************




Melalui sejarah Valentine, jelas ianya dapat disabitkan dengan budaya Kristian yang menyatakan Valentine’s Day bermula dari kematian tragis seorang Paderi yang bernama St. Valentine yang dibunuh oleh seorang Raja Romawi yang bernama Raja Claudius pada II (268-270M). Bermula dari kisah ini mereka telah mengabdikan St. Valentine sebagai seorang tokoh yang hebat dalam mempertahankan cinta dan dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup. Maka, 14 Februari dijadikan sebagai hari perlambangan dalam memperingati kematian St.Valentine dan dianggap sebagai upacara keagamaan masyarakat Kristian.


sumber dari : ARTIKEL



Sejarah Hari Valentine

Versi 1
Ia diraikan sempena memperingati paderi Kristian bernama Pedro St. Valentino. Dia aktif menyebarkan agama Kristian pada zaman pemerintahan Rom yang pada masa itu diperintah Claudius II. Raja Rom ini memenjarakan orang Kristian kerana mereka mengamalkan agama yang bertentangan dengan agama kuno Romawi. Oleh kerana Valentine salah seorang penyebar agama Kristian, dia ditangkap dan diseksa di dalam penjara.

Namun sepanjang di dalam penjara pun, Valentine tetap sebarkan agama Kristian kepada banduan-banduan. Raja Rom mengetahui kegiatan Valentine dan memerintah Valentine dihukum bunuh pada 14 Februari. Lantaran itu, orang Kristian memandang mulia kepada Valentino kerana kesanggupan mengorbankan nyawa kerana kepercayaan, kecintaannya terhadap syiar agama Nasrani iaitu agama Kristian. Malah sehingga mereka menyamakan Valentino seperti Nabi Isa.

Sumber-sumber menyatakan, ketika St. Valentine dalam penjara, beliau jatuh cinta pada anak seorang pegawai penjara. Kesalahan ini menyebabkan beliau boleh dibunuh, tetapi sebelum itu Raja Claudius II memberi kepadanya pilihan, sama ada meninggalkan agama Kristian yang dianutinya atau menerima hukuman bunuh. Beliau rela dibunuh, tetapi sebelum itu beliau sempat menulis surat cinta kepada gadis tersebut dengan menurunkan tanda tangan From your valentine (Daripada Valentinemu).

Sejak peristiwa itu, orang Kristian mengambil sempena 14 Februari pada setiap tahun untuk merayakan hari kasih sayang bagi memperingati hari kematian St. Valentine, paderi kesayangan mereka.


Sumber: http://magribmenjelma.blogspot.com/2011/02/hari-kekasih-sejarah-dalil-dan-hukum.html#ixzz1mHN3F1KK



Versi 2
St. Valentine dibunuh kerana mengahwinkan ramai pemuda secara rahsia sedangkan undang-undang Rom pada ketika itu menghalang pemuda-pemudanya berkahwin dan berkeluarga. Mereka dikerahkan untuk menjadi tentera sahaja. Perbuatan ini mendatangkan kemarahan Raja Rom dan ditangkap dan dijatuhkan hukuman gantung pada 14 Februari 269 Masihi.
Versi 3
Ia dirayakan sempena kejatuhan Islam di Cordova, Sepanyol. St. Valentine merupakan orang yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu.

Dengan jasanya itu, Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 adalah tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.

Hari 'kasih sayang' yang dirayakan oleh orang-orang Barat pada tahun-tahun terakhir disebut 'Valentine Day' amat popular dan merebak di pelusuk Indonesia bahkan di Malaysia juga. Lebih-lebih lagi apabila menjelangnya bulan Februari di mana banyak kita temui jargon-jargon (simbol-simbol atau iklan-iklan) tidak Islami hanya wujud demi untuk mengekspos (mempromosi) Valentine. Berbagai tempat hiburan bermula dari diskotik(disko/kelab malam), hotel-hotel, organisasi-organisasi mahupun kelompok-kelompok kecil; ramai yang berlumba-lumba menawarkan acara untuk merayakan Valentine. Dengan dukungan(pengaruh) media massa seperti surat kabar, radio mahupun televisyen; sebagian besar orang Islam juga turut dicekoki(dihidangkan) dengan iklan-iklan Valentine Day.


Sumber: http://magribmenjelma.blogspot.com/2011/02/hari-kekasih-sejarah-dalil-dan-hukum.html#ixzz1mHNgn4Xr
 



“Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti prasangka belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).” (Surah Al-An’am : 116)


Sumber: http://magribmenjelma.blogspot.com/2011/02/hari-kekasih-sejarah-dalil-dan-hukum.html#ixzz1mHNXouB9




**************************



HUKUM MENYAMBUT HARI KEKASIH




Dengan adanya MAJLIS AGAMA ISLAM NEGARA MALAYSIA, dioranga dah keluarkan 1 fatwa mengenai sambutan HARI KEKASIH yang telahpun ada dalam kalendar masihi zaman sekarang.



KEPUTUSAN FATWA

Sehubungan itu, kertas kerja berkaitan dengan hukum umat Islam menyambut Hari Kekasih ( Valentine’s Day ) telah dibentang dan dibahaskan dengan teliti oleh Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor pada 25 Zulkaedah 1426 Hijriah bersamaan 27 hb Disember 2005 Miladiah. Setelah dilihat dengan penuh penelitian, maka Jawatankuasa Fatwa mengambil keputusan sebagaimana berikut :

Alhamdulillah fatwanya adalah seperti berikut :

”  Amalan merayakan hari kekasih ( Valentine Day ) tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah dilarang oleh Islam yang jelas bercanggah dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah. Oleh itu umat Islam adalah DILARANG daripada melibatkan diri di dalam meraikan hari tersebut. ”

Wallahuaklam

NOTA :  Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71, yang telah bersidang pada 20-22 Syawal 1426 Hijriah bersamaan 22-24 November 2005 Miladiah di Kuching Sarawak, juga telah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day, tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsure-unsur kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.

Keterangan/Hujah:

Antara hujah keputusan tersebut adalah seperti berikut :

Sejarah Valentine’s Day tidak ada di dalam Islam. Amalan budaya dan hasrat perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian yang bercanggah dengan Islam.
Di dalam Islam tidak ada hari tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam sangat   menitikberatkan soal kasih sayang dan setiap hari di dalam Islam adalah hari kasih sayang.
Islam menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam Valentine’s Day kerana unsur-unsur ritual keagamaan yang diamalkannya boleh menggugat aqidah Islam.
Sekiranya seseorang Islam itu berhasrat untuk memberi hadiah kepada seseorang pada 14 Februari bersempena dengan Valentine, perbuatan tersebut adalah tidak betul kerana ia seolah-olah meraikan konsep yang dibawa oleh Valentine’s Day.
Kebanyakan golongan remaja Islam hari ini meraikan Valentine’s Day dengan perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh Islam. Gejala seperti ini sekiranya tidak dibendung akan merosakkan generasi umat Islam akan datang.
Valentine’s asal nama sebenarnya St. Velentino merupakan seorang paderi paling berpengaruh di zaman pemerintahan ratu Isabella di Sepanyol dan juga merupakan antara orang terpenting yang menghancurkan tamadun Islam di Sepanyol. Oleh itu ratu Isabella telah menetapkan 14 Februari sebagai hari menginati kemenangan kristian terhadap Islam. Maka barangsiapa yang merayakannya seolah-olah ia bergembira dan merestui ke atas kekalahan orang Islam di Sepanyol.
Memang Islam sangat menggalakkan umatnya supaya berkasih sayang antara satu sama lain, tetapi untuk meluahkan kasih sayang antara seorang lelaki dan seorang perempuan perlu melalui saluran yang dibenarkan oleh syara’. Ia bukannya yang menggalakkan kepada perkara yang mendorong atau merangsang kepada yang dilarang dan maksiat.
Sebagai alternatifnya, jika seluruh dunia masih berterusan menjadikan 14 Februari sebagai hari ”percintaan rasmi” mereka dengan pasangan mereka, marilah kita umat Islam menjadikan setiap hari sebagai bersatunya Ukuwah Mukminin sesama Mukminin dan Mukminat sesama Mukminat dengan memperkukuhkan ikatan ukhuwah, kasih sayang dan mencintai Allah dan RasulNya, demi menghadapi pakatan musuh Islam yang bertanggungjawab menjatuhkan kerajaan Islam Sepanyol, serta pada masa yang sama mendeklarasikan penentangan umat Islam kepada syirik dan penzinaan tajaan musuh-musuh Islam zaman berzaman.
Artikel : Portal Rasmi Fatwa Malaysia
www.e-fatwa.gov.my


*****************************************


Memang entri kali ni macam bosan, berunsurkan fakta semata, tapi sebenarnya ini adalah hakikat yang kita semua perlu tahu. Mengingatkan sesama sendiri adalah kewajipan semua orang. Sebelum akhir entri ni, meh aku sajikan ceramah ustaz kegemaran semua mengnani HARI VALENTINE'S yea.....









SAY NO TO VALENTINES'S DAY









Sekian, babai





12 February 2012

Snowflakes, Salji Yang Boleh Makan Begitu Saja...

assalamualaikum


Korang yang duduk area KL mesti kebanyakannya dah familiar dengan mende alah SNOWFLAKES ni kan?Kalau sesape yang xtaw lagi, meh aku nak gitau dengan sombongnya bahawasanya aku ni dah makan pown SNOWFLAKES ni beb!!!!!Aku anak JOHOR, tapi memang dah makan mende alah makanan ni. Rasa macam terbaek dari ladang siotttt.



Dalam hidup memang kene cube semua mende yang pelik-pelik.Tapi janganlah korang cube bende pelik macam pegi pelihara babi ke, anjing ke, pegi tunggak arak kat depan orang ramai, pegi comolot dekat depan Pavillion ke pegi bukak baju depan orang ramai ke jangan weyh. Bahaya derrrr.



Snowflakes ni adalah sejenis vegeterian food yang mabeles dan sejukkkk sangat. Best ooo bile makan memula rasa macam sejukkkk gilerrrr tapi lame2 sedap oooo. Memula nak makan mende ni rasa ragu-ragu la sebab takut xhalal. Tapi bestie terus pegi tanye dekat kaunter pastu operator tu pown kate mende ni vegetarian dan supposely be halal. Ada jugak orang Islam yang keje dekat situ. Bila dah yakin mende tu halal kitorang pown g order dan ikut je suggestion diorang yang keje kat situ. Ala, biasela, baru first time nak makan kan, so xtaw mane yg best dan sedap. Pastu ternampak pulak yang lelaen dan bermacam-macam lagi. Benda ni macam ABC jugak, cume lagiii sejukkkk.



inilah ghupe booth kecik dekat MID VALLEY tuuuuu...




sedap taw..macam cincau mende alah itam tu...




masa memule korang bayar dekat kaunter tu, diorang akan bagy mende alah ni. Bile korang punye order dah siap, mende alah ni akan vibrate n menandakan korang punye order dah siap!!!!






taraaaaaa....selepas dituang dengan susu yang penuh krimmmmm






muke teruja sampai pejam-pejam mata nak makan snowflakes ni!!!!!











Masa ni kitorang tengok wayang midnyte dekat Mid Valley. Al-maklumlah kan, bile sorang dekat selatan, sorang dekat tengah-tengah, susah nak jumpe, ni yang jadi. Bila jumpa je, ada je planning nak kemana-mana. nak buat apa. Aku harap persahabatan aku dengan bestie aku yang paling aku sayang akan berkekalan sampai akhir hayat.






Sekian, babai






Kata-Kata Pujangga - 2

assalamualaikum..


Bertemu kembali dalam segmen yang dah lame ditinggalkan ini. Memang bajet macam hos TV, tapi lantaklah nak buat segmen-segmen...Aku punye suke!


Kata pujangga hari ni yang aku nak kongsi dengan korang:




  ~JANGAN MEMANDANG RENDAH TERHADAP ORANG LAIN NESCAYA KITA MASIH X TAHU TARAF MANA KITA DI SISI ALLAH~








~ JANGAN PERNAH MENIDAKKAN PENDAPAT ORANG LAIN SEDANGKAN KITA BELUM TAHU PENDAPAT SIAPA YANG BOLEH DITERIMA PAKAI DAN PENDAPAT SIAPA YANG TIADA LANGSUNG PERKARA BERNAS DI DALAMNYA ~






~ WALAUPUN KITA DAH ARIF MENGENAI SESUATU TU, JANGANLAH KITA SOMBONG DAN BONGKAK SEBAB KITA XTAHU ADA ORANG LAIN YANG LEBIH TAHU DARIPADA KITA ~






Sekian , babai





11 February 2012

I Love You More Than Yesterday

assalamualaikum


Sekali tajuk entri macam nak buat telenovela. Almaklumla kan, duduk beberapa kerat dalam rumah ni hujung-hujung minggu memang buatkan sorang-sorang kawan aku mati kutu. Bukan mereka saja, aku pown ikut mati kutu sekali.



Kalau aku tanya kat korang semua, perkara yang paling indah dalam hidup korang dan paling korang xnak rasa kehilangan selagi korang bernyawa apa dia???Apa korang akan jawab? Mungkin dalam banyak-banyak jawapan mesti akan terselit pasal FAMILY kan???Pada aku, perkara yang paling bermakna dalam hidup aku adalah FAMILY aku, aku sayang mereka dan aku akan cuba sedaya upaya aku untuk tolong mereka dan membuat yang terbaik untuk mereka. Lebih-lebih lagi untuk  emak dan abah aku.


Bila ada dengan diorang, rasa seronok dan segala masalah terus hilang daripada kepala otak macam magik je taw boleh lenyap dengan memetik jari sahaja. Rasa seronok sangat-sangat taw, itu kalau mood memang x tercalar langsung, kalau mood memang tercalar habes, habes adik-beradik semua nak cari gaduh. Haaaaa memang macam tu lumrah adik beradik.


Baru-baru ni masa RAYA CINA, kami sekeluarga telah berkumpul dengan jayanya dan kami membuat ala reunion gitueee sebab bukan selalu pown nak buat gathering macam ni. Kebetulan pulak, semua adik beradik aku balek, yang menjadikan x cukup ahli bile abang ipar aku xdapat join sama gathering ni. So, rasa akak aku macam bujang balik la kan....


Bile ada majlis gathering yang kecil-kecilan ni, kami pown rasa lapar dan malam tu kami pergilah makan beramai-ramai dekat MEDAN IKAN BAKAR SABAK AWOR. Kalau korang jenis yang gila seafood, memang korang boleh taw punye kat mane tempat yang aku sebut ni. Aku yang duduk dekat daerah Muo nih pown baru petame kali pegi.Ni semua sebab adik aku yang rekemen. Dia kalau bab makan, memang chmapion. Kalau makan x bawak dia, rasa xbest sebab kalau tengok dia makan rasa nikmat sangat dan kalau dia ada, memang licinnnnnnnn arh pinggan. Harap ada tulang-tulang  jela yang tertinggal.











kekanan bukan kekiri yea...






Masa kitorang sampai tu, memang penuh gilerrrr manusia walaupun hujan lebat taw! Memang teruja giler kitorang tengok tempat makan yang sangat penuh dengan manusia xkira apa bangsa tapi yang pasti, orang melayu majoritinye. Bila dah dapat tempat, kitorang pown order makan dengan air. Seafood dia memang mabeles dah fresh sangat, korang kene pilih seafood ape yang korang nak sendiri pastu nak masak cara mana.



Sebagai seorang yang kuat makan, adik tunggal aku yang lelaki tu dah diarahkan oleh yang lain untuk memilih seafood ape yang kitorang nak. Aku dengan adik aku pown bersemangat waja pegi ke tempat seafood belambak dan pilih dengan muke yang yakin. Kitorang pilih ikan siakap bakar sambal, kerang dan kupang masak bakar jugak dengan tomyam campur.Sayur kailan goreng. Memang mabeles. Masa dapat makanan dan meratah-ratah ni, kitorang memang xpandang kiri kanan langsung. Memaseng khusyuk dengan makanan maseng-maseng.




2 dara yang kanan sekali bajet dara tengah sebuk nak makan





kupang bakar....yummy yummy yummy




kangkung belacan





tangan abah dengan tangah esham





muke tunggu makanan




budak yang name esham ni, sekali die minum yakult tu memang sampai 4 botol






bajet bujang je kakak aku nih, dengan mata sakit




sekali table seblah ade baby kembar laaaaa



orang punyela ramai walaupun hujannnnn






liciinnnnnn




emak yang gojes dan cunnnn




debab macam pompuan beranak 5






gossips girls and boy





tangan x bedung jadi bergegar







Sebenarnya nak cakap haritu pegi makan dengan 1 family, memang indah yang teramat sangat...seronok x terkata ila duduk dengan family kita. Aku pown rasa bila ada masalah terus nak bedezup balek kampung naseb baek xde lesen kereta dengan duit pown x berapa nak ada, kalau tidak, mesti aku berulang je tiap minggu alek umah aku dekat muo tu ha.



Sekian, babai