Kesayangan ;)

30 March 2013

Boleh Update Blog Guna Note...

Assalamualaikum

Bertemu kembali kita di ruangan blog yang sememangnya tidak dinanti nantikan.Mintak maap ye korang semua..aku sibuk sikit akhir- akhir ni.Gaya aku cakap macam seorang ibu yang mempunyai anak seramai lima orang di rumahnya.

Bebel banyak pown tak guna.Apa yang mampu aku cakap adalah aku dah dapay kerja baru tapi kerja di luar bidang sendiri.Kalau nak tahu macam mana aku kendalikab diri sendiri nak sesuaikan diri dengan keadaan tu nanti aku cerita kat entri lain yea.

Sekarang aku dah boleh nak update post dimana sahaja yiahuwww.Ini sebabnya aku dah upgrade sikit ekonomi aku ni.Ala, baru ni jelah aku nak upgrade pown. Minggu depan aku dah mula kerja kat tempat baru. Aku harap korang doakan aku dapat kerja dalam bidang aku sendiri satu hari nanti. Semoga aku berjaya melakukan kerja baru di bidang baru dengan jayanya...

Sekian, wassalam...

06 March 2013

Mari Sebarkan Virus

assalamualaikum


Tengahari tadi aku dan rakan sekerja membeli barang untuk tempat kerja. Tapi malangnya aku dan rakan sekerja sangat degil untuk pulang ke opis dengan kadar yang segera. Kami pown merayap-rayap di Berjaya Megamall. Aku memang pantang tengok baju. Obsesiku menjelma lalalalala, lagi-lagi peplum yang sangat gojes dan hangat di pasaran sekarang. Banyak je benda aku nak menyimpangkan duit. Umpama gaji aku 6 angka keseluruhannya nak bershopping hari-hari.


Secara tiba-tiba terus menuju ke dalam kedai buku POPULAR yang femes tu. Aku jeles tengok bebudak borong barang-barang sekolah siap borong novel lagi lepas tu tayang baucer buku depan mata aku. Kang aku koyak ke aku rampas dengan kejam, memang kempunan korang nak merasa guna baucer buku tu budak!


Selepas berimaginasi dan memendam perasaan dalam diam, terus je ronda-ronda di dalam Popular dan terdapat beberapa buah buku yang telah berjaya menambat hati cik mek molek adek manes yeah. Mungkin dah sedar yang diri ini kekurangan pengetahuan am, itu yang terus lajulaju sedar diri dan angkut 4 bijik buku terus.*nampak sangat tamak di situ*. Aku bagi korang cuci mata dulu tengok buku yang aku berjaya rembat tadi ye. Dah malam, esok nak kerja ni. Esok habes sebuah aku review, aku kongsi okeyyyy. Meh sep sikittt *pap* :D





bukan sebab pemberontakan berlaku baru aku nak beli buku ni wey, ini sebab aku sedar aku perlukan back up untuk aku di masa depan nanti supaya aku tak tertipu




my ever ever ever dream book!!!!!!!aku berjaya dapatkan cuma kali ni dpt beli edisi melayu punye.. :(






Aku selalu dengar orang kata buku ni bagus, aku nak cuba cemane keberkesanannya, Make Money hoyeahhh





welcome to the club. Semoga aku rajin membele anda semua muahhhh  :*








 Sekian, babai








03 March 2013

Doakan Kesejahteraan Lahad Datu

assalamualaikum



Sebenarnya aku ni buta sikit pengetahuan am, aku memang x malu nak mengaku. Tapi aku bersyukur sebab aku mempunyai seorang haousemate merangkap roomate merangkap workmate aku adalah seorang yang mempunyai pengetahuan am yang sangattt tinggi. Biarlah umur dia memang lebih tua dari aku, tapi dia seorang yang berjiwa muda. Sangat memahami woi!


Isu Lahad Datu ni pown dia yang kasitaw same aku. Mula-mula aku blurrr gila sebab aku ni kan buta pengetahuan am. Memang kalau nak beli paper tu tidaklah kan aku nak beli, dekat-dekat dengan tempat keje aku pulak mane ade orang jual paper ni. Dan nasib baik jugak aku hidup di alam millenium, semua maklumat berada di hujung jari je. Klik ape yang kita nak nanti keluarlah segala maklumat yang kita nak.


Apa yang aku tahu mengenai Sabah daripada roomate aku nih adalah dahulunya Kesultanan Sulu telah menyerahkan Sabah kepada Macapagal Arroyo. Macapagal Arroyo ni pulak telah menyatukan Malaysia dengan Sabah dan Sarawak yang akhirnya Sabah juga menjadi sebahagian daripada Semenanjung. Isu ini wujud setelah bertahun lamanya sepi adalah kerana ketamakan Kesultanan Sulu yang menginginkan kembali Sabah. Mungkinkah sebab wang ataupun aset yang ada di Sabah sekarang ini, wallahualam, aku sendiri kurang pasti. Sehingga kini, ada lapan orang askar kita yang berjaga di sempadan telah mati syahid kerana mempertahankan negara daripada serangan musuh.


Aku masih mentah dan aku kurang sangat pengetahuan pasal semua perkara ni, tapi bila tentera kita dah ramai yang gugur, apelagi yang kita nak tunggu, aku x menyalahkan mana-mana pihak dan aku x menuduh sesiapa pown, dalam dunia sekarang, semua orang kita tak boleh percaya. Apa yang aku mampu doakan adalah kesejahteraan Malaysia dan jugak Sabah. Aku tak nak negara yang aku dah duduk hampir suku abad ni berperang sesama sendiri dek ketamakan pemimpin atau sesiapa saja. Marilah kita semua berdoa semoga keamanan kembali bersama kita dan sedekahkan Al-Fatihah untuk perajurit yang telah gugur di medan perang....





Al-Fatihah untuk Inspektor Zulkifli Bin Mamat yang gugur mempertahankan negara...



Antara artikel yang aku baca di Facebook dan ingin aku kongsikan dengan korang




Salam Dari Pejuang Bangsa ..

Pagi tadi dalam jam 7.41am waktu semenanjung aku menerima panggilan dari seorang sahabat.

Sahabat : Assalamualaikum ya habib ku-chik

Aku : Waalaikumussalam

Sahabat : Aku nak mintak tolong sikit bleh ? Hati aku sedikit gementar dan tak tenang.

Aku : Maksudnya ? aku tak faham.Tolong jelaskan

Sahabat : Aku bersama pasukan ........ telah tiba di lahat datu semalam.Dan semalam kami berkampung disini dan sekejap lagi kami akan bergerak menggempur tentera musuh.Tapi hati aku cukup gementar.Dan aku diberi cadagangan oleh seorang kawan yang pernah ketemu mu dulu untuk berdoa buat kami semua.

Aku : Masyaallah ... Tapi aku miskin

Sahabat : Doakan untuk kami ! Untuk Malaysia ! Untuk semangat,agama dan iman kami !

Aku : Letakkan tangan kamu di dada sebelah kiri serta ikut apa yang aku lafazkan.

Bismillahi rahmani rahim. Bismillah, Wa Minallah, Wa atallah, Wa birasulillah. Wala haulawala ku'wata i'labillah. Ashadu a'lailaha i'la Allah, Wa ashadu a'namuhammadun Rasulullah.

Baca ayat kursi 7x dan tiup pada tubuh. Dan baca surah al-fil. Insyaallah,setiap peluru yang keluar itu ibarat lontaran burung ababil keatas tentera bergajah.

Sahabat : Allahu akbar 7x

Pesanlah buat sekalian rakyat Malaysia. Doakan kami

" Hidup kami sebagai pejuang bangsa dan mati kami sebagai pahlawan ibunda "

Jangan sesekali mencemuh kami jika kalian tidak mampu berdiri sendirian di tengah-tengan padang pada malam gelap gelita. Tika hujan mencurah-curah dan petir sambar menyambar.

Doakan kami.

p/s : Mohon semua sahabat-sahabat di sini solat hajat dan baca al-Quran agar hati-hati mereka kuat, jasad mereka kuat, iman mereka kuat. Mereka sedang niat BERJIHAD!
Salam Dari Pejuang Bangsa ..

Pagi tadi dalam jam 7.41am waktu semenanjung aku menerima panggilan dari seorang sahabat.

Sahabat : Assalamualaikum ya habib ku-chik

Aku : Waalaikumussalam

Sahabat : Aku nak mintak tolong sikit bleh ? Hati aku sedikit gementar dan tak tenang.

Aku : Maksudnya ? aku tak faham.Tolong jelaskan

Sahabat : Aku bersama pasukan ........ telah tiba di lahat datu semalam.Dan semalam kami berkampung disini dan sekejap lagi kami akan bergerak menggempur tentera musuh.Tapi hati aku cukup gementar.Dan aku diberi cadagangan oleh seorang kawan yang pernah ketemu mu dulu untuk berdoa buat kami semua.

Aku : Masyaallah ... Tapi aku miskin

Sahabat : Doakan untuk kami ! Untuk Malaysia ! Untuk semangat,agama dan iman kami !

Aku : Letakkan tangan kamu di dada sebelah kiri serta ikut apa yang aku lafazkan.

Bismillahi rahmani rahim. Bismillah, Wa Minallah, Wa atallah, Wa birasulillah. Wala haulawala ku'wata i'labillah. Ashadu a'lailaha i'la Allah, Wa ashadu a'namuhammadun Rasulullah.

Baca ayat kursi 7x dan tiup pada tubuh. Dan baca surah al-fil. Insyaallah,setiap peluru yang keluar itu ibarat lontaran burung ababil keatas tentera bergajah.

Sahabat : Allahu akbar 7x

Pesanlah buat sekalian rakyat Malaysia. Doakan kami

" Hidup kami sebagai pejuang bangsa dan mati kami sebagai pahlawan ibunda "

Jangan sesekali mencemuh kami jika kalian tidak mampu berdiri sendirian di tengah-tengan padang pada malam gelap gelita. Tika hujan mencurah-curah dan petir sambar menyambar.

Doakan kami.

p/s : Mohon semua sahabat-sahabat di sini solat hajat dan baca al-Quran agar hati-hati mereka kuat, jasad mereka kuat, iman mereka kuat. Mereka sedang niat BERJIHAD!










Teman Setia

assalamualaikum


Aku nak kongsi dengan korang semua bahan bacaan yang aku jatuh cinta dan aku jadikan inspirasi dalam menguruskan berat badan walaupun nan hado tapi aku pedulik hape, sharing is sexy yeahhhh.

Kebiasaannya, aku akan beli 2 majalah setiap bulan bukan apa, untuk update fesyen-fesyen aku. Walaupun nak mengikut dan membuat gaya yang macam diorang tunjuk dalam majalah kadangkala aku abaikan. Sometimes, we need to be creative in order to look sexy and gorgeous. Bukan aku nak suruh korang seksi pegi dedah alur sungai, pegi dedah pangkal peha ke tunjuk rambut mengerbang korang yang macam hantu kak limah balik pukul tiga pagi tu. Apa yang aku maksudkan adalah bila ko ukir kening tanpa perlu mencukur pown dah nampak seksi sebenarnya. Jangan salah paham dengan aku yea. Untuk itu, aku bagi taw kat korang apa yang aku baca setiap bulan untuk dapatkan tips tips berguna dalam mix n match.




taraaaaaa memperkenalkannnnn...




Setiap bulan aku akan beli Rapi, Dara.Com dengan Hijabista. Mari aku kenalkan korang semua dengan setiap sahabat setia aku ni. Aku nak korang semua jatuh cinta dengan majalah ni.


 #1  Hijabista ta ta ta ta taaaaaa





Perkenalkan ini adalah majalah baru, aku pun baru ade berapa je edisi, dalam ni banyakkk gambar, aku suka dan majalah ni ketengahkan tips-tips nak dress up. Di samping ada pengisian macamane nak make up, ada jugak cadangan untuk kita beli make up, beli dress dan baju-baju yang up to date. Harga di pasaran, RM10. Mungkin sebab banyak potret dan tebal dan besar dan best!


#2 Dara . com




Tengok, cover majalah pown memang femes, Fatin Liyana tew.  hah yang ni memang mampu dimiliki oleh semua peringkat, sapa kata x mampu beli , aku cepuk kepala dia. Dalam ni semuanya tips, ada kata-kata hikmah, ada petus, dalam setiap baju yang diperagakan oleh modelnya, semuanya ada tertera kat mana baju tu dijual, siap bagi link. Selain itu, aku paling suka tips melilit shawl dan memperagakan shawls dengan kepelbagaian yang bermacam-macam. Every single tips is really important to me hokeyyyy. Harga murah je, RM5 je, daripada beli topup buat mesej pakwe anda sekalian, silelah jangan jadi Haji Bakhil untuk bahan bacaan sebulan ini.



#3 Rapi




Last but not least!Ini adalah majalah kesihatan. Nama dia rapi. Yang ni setiap helaian memang mengandungi isi yang padat, murah, memang menjimatkan wang namun penoh dengan tips berguna.Bagi yang nak diet, siap ade jadual dan menu diet dalam majalah ni, untuk yang malas pegi jim, xpyah membazir, dalam ni pown ada dah cara nak langsing umpama pegi jim, harga paling murah RM4 je, kalau banyak alasan lagi, aku tak tahu nak cakap ape. Ni harga dah habes diskaun dah ni, Nak sihat bukan sehari dua je woi!




Kesimpulannya, janganlah kedekut untuk membeli bahan bacaan sebab membaca ni makin menambah ilmu, memang takkan habes ilmu tu kalau kite kongsi dengan orang. Berbaloi-baloi untuk sebulan dan seumur hidup harganya. Korang jangan risau, bahan bacaan aku ni memang boleh didapat di semua kedai buku dan bukan di kedai toko jamu. Kalau cari dekat pasar jual ikan lepastu kene lempang dengan pakcik jual ikan, jangan tuding jari kat aku, sia-sia kene penampo dengan aku. Babai







Ada Rupa, Ada Harga

assalamualaikum



Setiap kali bukak, mesti akan ada yang tanya, kalau malas nak update blog, baik jangan buat blog. WO WO WO, jangan marah maaa, saya bizi, idea memang penoh berkepuk dalam kepala otak. Namun apakan daya,     dah aku pemalas nak menaip, sebab tu aku macam lembu sikit nak update blog ni. Sori, mungkin aku akan dapat ilham daripada Haji Ilham untuk update entri bernas lagi nanti.


Cukup-cukup aku melalut bagi korang memahami aku mengapa aku selalu pemalas tahap nak kene bunuh update blog. Marilah kita kembali ke pangkal jalan dan pangkal tajuk *ayat budak SPM baru belajar buat pendahuluan karangan*.



Sebenarnya cerita ni cerita dah lama, adalah dalam 2 bulan yang lepas, ekh, jangan nak BOO BOO kan akulah, kang ade yang kene sepak free. Biarlah cerita ni dah lama pown, aku nak update jugak, at least, ada jugak entri baru, bukan entri Salam Maulidur Rasul tak sudah-sudah tiap kali masuk blog ni.




bukan kereta aku, kereta yang aku tumpang sahaja untuk pergi bekerja




Haritu, aku dan rakan sekerja pergilah membasuh kereta dengan harapan mereka membasuh kereta seikhlas hati dan jiwa dan raga. Kami pergi ke drive through carwash. Ape korang ingat McD , KFC dan yang sewaktu dengannye je ade drive through? Car Wash pown ada jugaklah drive through weyh, yang 4 hengget tu je. Ala kalau ko cuci kat sini umpama ko menshampoo kan kereta ko. Ala yang ade macam rerambu ramba nak cuci kete tuhhh. Aku sebenarnye xda lah tahu mane pown, tapi adela dua kali aku teman orang cui kereta gunakan perkhidmatan drive through nih. Kalau orang yang ada sakit jantung, xboleh nak terkejut terkujat ni, aku nasihatkan janganlah bawak diorang pegi sini, sebab dekat tempat ni, banyak benda yang boleh terkejut terkejut, pastu banyak jugak arahan diorang, xboleh tekan clutch, xboleh pegang sterenglah bla bla bla...Ekh, aku ni membebel macamlah aku yang bawak kereta tu, padahal aku yang jadi co-pilot nye.



ni lah yang aku kata rambu-rambu macam rambut afroo Alleycat tew





Bila korang dah masuk kat rambu-rambu tu kirenye kete dah bajet bersih , keluar dari ttempat tu, adelah bangla yang dah ready nak lap-lap nak touch kete korang tu. Owh lupa nak bagi tahu, selain menggunakan perkhidmatan mesin, ada jugak tenaga manusia yang mereka gunakan iaitu untuk menyapu sabun di badan kereta, bersihkan tayar dan jugak polish kereta, tidak dilupakan untuk mengeringkan jejehan air yang berjurai selepas masuk ke dalam mesin rambu-rambu ini.


Biasanya bila korang dah masuk kat mesin ni, korang boleh je teros ke pintu keluar untuk di kilatkan tayar dan meneruskan perjalanan ke destinasi anda seterusnya. Namun, pada hari demikian, kawan aku ni mintak untuk di vakum keretanya. Oleh hal yang demikian, kitorang kene turun dari kereta dan memberi peluang kepada pekerja bangla dan nepal ataupun myanmar yang menetap di kotai berdekatan untuk membersihkan kereta. Kita pown boleh tengoklah cara kerja mereka. Mereka akan mengerumuni kereta dalam lima hingga enam orang dan 'kerja'kan kereta tu. Hasilnya, memang mengecewakan, maklumlah, bangla yang buat kerja, diorang pown main tolak-tolak je buat kerja ni. Padahal nak vakum kereta je pown, tapi bila kitorang masuk, boleh pulak ada je saki baki pasir yang tinggal.


Haish inilah beza harga dengan perkhidmatan yang diberikan, memang aku akui, kat sebelah Drive Thru Car Wash ni ade sebuah lagi car wash yang dikendalikan oleh seorang cina dan kerja yang dia buat tu amat memuaskan, harga pown murah, beza bape ringgit je dengan drive thru ni. Inilah yang dikatakan 'ada rupa ada harga'. Kerja yang diorang buat pown asal buat je, xda pown fikir nak buat sungguh-sungguh. Harga mahal, kerja pown puas hati, harga murah, perkhidmatan pown murah.