Kesayangan ;)

24 January 2013

Salam Maulidur Rasul :')

assalamualaikum


Maafkan aku sebab aku dah lama menyepi. Ini semua sebab penyakit setan dah beranak dan membiak dengan hebatnya dalam diri aku. Sampaikan entri yang dah ditaip aku terus post dekat dalam draft. Tahniah buat diri sendiri yang membiarkan penyakit M membesar dengan jayanya.

Aku kembali lagi selepas berapa lama selepas aku jengah blog orang lain, pergi culik idea orang sikit-sikit, pergi ketuk pintu umah blog terhebak dan ambil inspirasi serba sedikit untuk bagi semangat membara menjulang macam api disimbah petrol. Hebat betul kosa kata aku. Al maklumlah entri ini adalah entri pertama untuk tahun 2013, nak rasa bangga, nak masuk bulan kedua dah pown dalam tahun 2013, untuk bulan hijrah, dah masuk bulan ketiga dah pown, kalau orang lain dah beratus-ratus entri, aku baru nak buat entri pertama pertama pertama pertamaaaa dalam tahun 2013 ni.*motif letak caption berbeza saiz nak menunjukkan keterujaan yang x teruja pown sebenarnya*

Bulan ketiga dalam bulan Islam adalah RABIUL AWAL. Kalau korang semua masih ingat, kekasih ALLAH telah dilahirkan dalam bulan yang mulia ni. Masa kecik-kecik dulu memang selalu sangat terdedah dengan benda macam ni. Kalau sebut maulidur rasul, mesti sebut pasal perarakan, selawat dan nashid. Itu semua pendedahan yang kita dapat tengok sebab nak bagi mentaliti kita terdedah dengan perkara menjurus kepada keagamaan. Bila dah makin besar, makin kenal dunia, aku dapat rasa aku makin jauh dengan perkara-perlara sebegini. Aki xsalahkan media massa, media yang sedia ada dekat Malaysia ni. Kalau semua perkara tu kita x bentuk dan didik dari dalam diri kita sendiri, kita takkan pernah lari daripada akidah dan pegangan kita. Cukup sebagai mukaddimah, aku rasa korang konfem bosan punya kalau aku taip meleret-leret pasal ni sebab aku memang bukan seorang yang hebat untuk bercerita pasal ni. Namun atas kesedaran sendiri yang aku rasakan sejak akhir-akhir ni aku dah makin jauh daripada jalan aku yang satu, daripada amalan yang aku selalu lakukan, hati pown rasa x sedap bila perkara macam ni aku selalu ambil sambil lewa. :'(


Hari ni, 12 RABIULAWAL 1434H, adalah hari kelahiran junjungan besar, Nabi MUHAMMAD S.A.W , dah lama baginda pergi meniggalkan kita, aku pasti x ramai di kalangan kita yang selalu ingat akan kekasih ALLAH, contohnya aku sendiri, aku memang cetek ilmu agama, selalu leka dan lalai... :'( Dan tadi, semasa aku masuk ke dalam sebuah blog milik blogger yang terkenal yang telah berkahwin, kak Maria Elena dengar lagu ni , terus hati aku terusik dan tak payah suruh-suruh, laju je airmata turun, tersentap aku dengar lagu ni. Memang menusuk kalbu lagu ni, terus aku ulang-ulang dan xpuas dengan tu, aku download, supaya bila aku terlupa, aku terleka, aku terlalai, aku akan kembali menginsafi diri aku.











Rasulullah dalam sirahMu
 Ku temu tulusnya cinta
Demi umatMu berkorban jiwa
Sehingga hujung nyawa

Kau di utus atas nama Kebenaran
Dengan fasih lidah beri penjelasan
Sabar dalam apa jua keadaan
Tak goyah dengan ranjau tekanan

Walau diri bisa menakluki takhta
Tetap rendah hati penuh sederhana
Segalanya demi LillahiTaala
Azimat yang berharga

Rasulullah dengan hikmahMu
Terpancar syiar agama
Mengubah gelap Menjadi terang
Menghapus jahiliyah

Rasulullah Engkau tinggalkan
Semangat juang tertinggi
Membina satu aqidah
Membangun Iman dan dilapangan Mujahadah

Dari hadith dan AlQuran
Menjadi sumber cahaya pedoman
Hanya itu yang Kau wariskan
Akan selamat di dunia akhirat

Rasulullah Terlalu Rindu
Padamu Junjungan Jiwa
Didalam senda yang utama
Menyambungkan kasih denganMu

Rasulullah dalam sirahMu
Ku temu tulusnya cinta
Demi umatMu berkorban jiwa
Sehingga hujung nyawa

Rasulullah dengan hikmahMu
Terpancar syiar agama
Mengubah gelap Menjadi terang
Menghapus jahiliyah

Ya Rasulullah Ya HabibAllah
Pabila terkenangMu mengalir air mataku…..

credit lyrics to: http://anna-insan.blogspot.com/2012/09/kasih-padamu.html





Sebenarnya bukan susah untuk kita mengingati kekasih ALLAH ni, tapi lumrah manusia, memang selalu mudah, aku sendiri, selalu ambil ringan perkara-perkara macam ni, cuma hari ni, memang terasa sangat bila tengok lirik, dengar alunan lagu ni, lagu ketenangan. :'( rasa diri aku ni, umat yang tak mengenang budi. Rasulullah dah berkorban sehingga hujung nyawa baginda, namun aku, untuk berselawat sehari seungkap pown berat bibir ni. ALLAHU :'(. Di kesempatan ni, aku nak mengajak korang dan jugak diri aku sendiri untuk kita selawat untuk junjungan mulia yang telah banyak berkorban, berjuang untuk kita :')








ini yang paling ringkas, tengah masak, nak tidokan anak, nak tido, nak makan tengah tengok tv pown boleh selawat :)





in sha ALLAH, hati kita jadi tenang dan selalu mengingati junjungan mulia, MUHAMMAD BIN RASULULLAH..Aku tak begitu arif nak bercerita mengenai Rasulullah secara terperinci, namun apa yang aku paling tahu, Rasulullah sangat menyayangi umatnya sehingga ke akhir nafasnya... Semoga kita mendapat syafaat dari baginda... Allahumma Solli A'ala Saidina Muhammad... 









Semoga Rasulullah menunggu kita di pintu syurga dan kita berpeluang mendapat syafaat baginda di padang mahsyar nanti....in sha ALLAH




Sekian, wassalam