Kesayangan ;)

21 November 2012

Keajaiban Di Gaza







assalamualaikum




Aku terbaca satu post dekat FB, aku rasa aku patut kongsi kat blog aku. Manalah tahu, nanti boleh kembalikan memori kita dan bawak insaf kembali diri kita ni. Ke, kalau masa tu isu Palestin dah tak in lagi macam masa sekarang ni, bolehlah nak imbau kembali entri ni, buat nangis sepam dua.Astaghfirullahalazimmmmmm


Aku tahu aku memang bukan seorang blogger yang masih baruuuu dalam dunia blog. Aku juga bukan aktivis keamanan tapi aku cintakan keamanan lebih-lebih lagi kalau perkara tu berkaitan dengan Islam, agama yang telah aku anuti sejak dari nenek moyang aku lagi. Dan aku rasa Islam adalah agama yang paling mudah sekali. :')


****************************



WAJIB BACA :KEAJAIBAN DI GAZA... 
subhanallah..Allah Akhbar......
Keajaiban di peperangan Gaza

Al-Kisah yang telah diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahma, Pengerusi Ekskutif Aman Palestin dan juga merangkap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia yang telah pergi ke Gaza pada 20-31 Januari yang lalu.Berikut adalah beberapa kisah benar dan pengalaman beliau di Gaza:

Peristiwa 1

Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa, ketika satu pertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka. Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan
memusnahkan ia. Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya. Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran. Setelah habis adegan aneh itu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan! Dan siapakah
yang menembak tentera laknatullah itu??? Allahu Akhbar!

Peristiwa 2

Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih sedangakan uniform pejuang Hamas bewarna hijau! Siapakah yang berbaju putih itu???

Peristiwa 3

Tentera Yahudi yang buta setelah serangan berkata mereka tiba-tiba dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah yang melakukannya.

Peristiwa 4

Peluru berpandu yang pertama di lancarkan oleh Israel ke Gaza mengenai sasarannya iaitu anggota tentera mereka sendiri! Ia berpatah balik!
Allahu Akhbar!

Peristiwa 5

Pada permulaan perang, roket-roket Hamas yang hendak dilancarkan, tiba-tiba salah satu roket itu meluncur laju ke udara tanpa ada sesiapa yang mengaktifkan ia. Dan roket itu mengenai sasaran di Israel !

Peristiwa 6

Yang paling menakjubkan, seorang ulama Syria telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW dan kelihatan baginda sedang mengeluarkan pedang dari sarungnya. Ulama itu berkata, "Wahai Rasulullah, ke mana kamu mahu pergi?", lalu baginda menjawab, "Aku mahu berperang di Gaza !!!".
MasyaAllah, Rasulullah sendiri mahu berperang di Gaza , di manakah kita?

Itulah serba sedikit dari kisah takjub yang sempat diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik setelah berada lebih seminggu di Gaza atas misi kemanusiaan. Ia kisah benar yang perlu umat Islam ketahui.
Allahu Akbar!!!

#ALLAH BERSAMA KITA...
DOA JGN PERNAH BERHENTII...SAYA BUKAN ORG MALAYSIA,SAYA BUKAN ORG SYRIA, SAYA BUKAN ORG PALESTIN,.,TAPI SAYA ORG ISLAM..ADA SAUDARAKU DI SANA PERLUKAN AKU DAN KAMU..TOLONG MEREKA...WALAUPUN DENGAN DOA.




****************************************





Tadi masa sibuk google, aku terjumpa gambar ni, aku sekarang jiwa sensitif sikit, tengok gambar-gambar anak kecil Palestin terbunuh, sentap hati aku, nak meleleh je airmata aku ni ha.









Apa yang kita mampu, kita lakukan seikhlas hati kita, kita memang tak mampu nak angkat senjata pergi berperang sekali dengan tentera Hamas, tapi, kita boleh buat dengan cara halus ni kan?Allah je yang Maha Mengetahui segalanya, ALLAH jugak yang tahu nawaitu kita. Semuanya di tangan DIA sebab hidup mati kita dan takdir hidup kita semuanya daripada ALLAH...



Sekian, wassalam




Wordless Wednesday ~ # 8

assalamualaikum







Aiskrim Malaysia, doploh sen sebatang.
Kalau nak limaploh batang, silalah buat sendiri. 
Haritu aku ada request dekat emak kesayangan mintak beliau buat eskrim ni,
Nanti boleh makan sampai sejuk tubuh badan.
Terus nak suruh emak bukak bisnes, bagi anak anak ikan dekat sekeliling kampung makan eskrim ini.
Sedap woooo eskrim ini, eskrim yang paling dijamin HALAL
Dijamin kebersihan 100%
Selamat!!!




p/s: aku sedang mempertingkatkan kemahiran menggodek blog supaya tertawan dengan blog sendiri dengan tutorial daripada Lyssa Faizureen. Mudah-mudahan menjadi hendaknya :)



Sekian, wassalam



20 November 2012

Bangladesh Je Pun...

assalamualaikum




Malam ni My Team Malaysia lawan bola dengan Bangladesh. Aku malas nak tengok, kang kejap lagi ada yang kusyen melayang dekat tv LCD kepunyaan hana penyewa bersama aku. Terus pecah x memasal aku pulak yang kena ganti. Kalau aku ni duit berterabur sampai tak boleh nak simpan, tidaklah aku kesah sangat. Ini, aku punya duit untuk sebulan bekalan pun tak cukup, inikan pulak nak menggantikan TV LCD hana tu. Ok, sudahlah pasal tv hana, ini nak cerita pasal perlawanan bola yang aku saksikan secara tak sengaja tak sampai lima menit pun tadi.


Aku tertengok bola pun dah nak habis perlawanan pun. Bila aku tengok je, masa tu Malaysia dah 1, Bangladesh masih lagi 0. Sejurus selepas itu, aku pun start dahla nak update twitter aku, nasib baik aku tengok masa tu dah minit ke 62, kalau aku tengok lagi awal, lagi penoh timeline kengkawan twitter aku dengan bebelan dan herdikan aku pasal bola tu.


Tak lama selepas itu, perlawanan makin rancak dan aku dapat rasa yang Bangladesh ni memang akan menyumbatkan gol sebijik. Dengan gaya permainan yang aku rasa agak berterabur, memang sejurus naluriku berdetik sedemikian, GOLLLLLLLL sebijik untuk Bangladesh. Syabassss beteh syabasssss. Terbabas Malaysia tak tahu kemana arah. Kena psiko sikit je tu weyh. Aku nak tengok Piala AFF lawan Singapura dengan Indonesia nanti, kalau main macam tahun lepas, memang aku tabik spring, kalau main macam main guli, baik tak payah!!!!


Sekarang ni, maknanya kalau makan dekat kedai mamak, tak boleh bukak cerita pasal bola, konfem kang kejap lagi mamak tarik kerusi nak duduk sebelah kau, angkat-angkat kening cakap haritu Bangladesh menag seri satu sama dengan Malaysia. Terus nak jadi geng kejap lagi kang. Selalu kita kaitkan Bangla ni sebagai pendatang yang datang daripada negara diorang yang tak ada wawasan. Datang Malaysia jadi buruh, jadi pekeje kilang dengan bau-bauan yang harum diorang semakkan bas tingtong. Nasib baik yang main bola tadi bukan bangla-bangla keje kedai makan ke, bangla keje kilang ke, kalau tak, aku rasa, memang tembus jaring gol tu sebab diorang dah berlatih sepak muka tuan diorang secara sepakan angin. -___-''





Keputusannya, seri 1-1, apa pown, aku ucapkan tahniah atas usaha keras team Malaysia. Kepada Bangladesh, syabas beteh syabasssssssss



Sekian, wassalam







Evolusi

assalamualaikum




Bukan Revolusi peperangan




Tetapiiiii......








fokus tang peha, dulu kurus sedikit





Sekaranggggggggg














Pedulik dengan perot dan peha





Aku memang dah kena kembali berjogging semula sambil mengucapkan selamat tinggal kepada katil tersayang setiap hujung minggu. Merempit aku pegi jogging. Semasa jogging, boleh aku dok usha mamat-mamat hemsem. Aku jela yang suka nak cuci mata , diorang? Tak hingin pown nak pandang aku. Sekali terngiang-ngiang di telingaku azam tahun baru Maal Hijrah. -___-''





Sekian, wassalam





Kuasa Bukan Lesen

assalamualaikum


Bila kita dah jadi ketua dalam sesebuah organisasi. Jangan bersikap berlagak. Ingatlah apa yang kita ada semuanya milik ALLAH, ALLAH nak berikan kita kesempatan merasa kesemua itu. Lagi satu, janganlah kita menindas orang yang berada di bawah kita. Kalau pekerja-pekerja kita tu anak ikan, anak ayam ke, bolehlah kalau bos nak tengking, nak buat x dengar atas setiap pendapat yang pekerja bagi sebab memang dah confirm bos xpaham satu hapah pown butir perkataan yang dikeluarkan oleh pekerja-pekerjanya.

Tapi aku rasa majoriti pekerja dekat atas muka bumi ni memang manusia. Tenaga manusia yang boleh dkerah, manusia yang boleh menyuarakan pendapat, manusia yang boleh mengikut arahan. Hati pekerja ni orang atasan kene ambil kira sebab bila pekerja dah bosan, bila-bila je pekerja boleh nak menyumpah seranah orang atasan. Bukan alasan x bersyukur dalam melakukan sesuatu kerja, tapi bila diperlakukan seperti binatang dan asyik nak kena kerah macam hamba abdi, tak akan ada orang yang nak kekal kerja di bawah bos macam tu taw!

Tapi sebenarnya, seorang majikan yang pandai ambil hati pekerja adalah seorang majikan yang bagus. Kalau macam tu, semua orang tak nak lepaskan majikan tu. Bukan nak duduk mengendeng je kemana saja bos pergi, maksud aku, mesti pekerja akan bekerja lama lama dekat organisasi tu. Ingatlah wahai para bos sekalian, apa yang diingini oleh seorang pekerja adalah sikap prihatin, sporting dan tegas seorang ketua. Maksud sporting kat sini bukanlah sesuka hati nak biarkan pekerja tu cuti tapi dibayar gaji. Bukan macam tu, maksud aku, sportingla, time kerja, kerja secara profesional. Kalau nak tegur pekerja, tegur secara berhemah. Jangan jadi berat sebelah. Kalau ada pekerja baru masuk, jangan anaktirikan pekerja baru tu. Hormati setiap pandangan yang diberikan oleh pekerja. Barulah seronok pekerja tu bekerja. Aku tulis macam ada pengalaman je nak handle beratus ribu pekerja. Padahal, aku baaaruuuuuu masuk alam pekerjaan. Hiyarhhhhhh. Sejujurnya, kalau kerja memang perlukan kesabaran yang amat tinggi. :)




Sekian, Wassalam




19 November 2012

Bukan 200 Rupanya

assalamualaikum



Kejadian ini berlaku beberapa hari sebelum ini.

Nak kata sadis, tidaklah begitu sadis

Sedikit sedih sebenarnya

Mengenangkan diri yang semakin meningkat tua

Kalau kasi tahu dekat emak, konfem emak ketawa guling-guling

Kalau kasi tahu dekat abah, konfem abah ketawa menangis airmata darah

Kalau kasi tahu dekat wadah*adik perempuan aku* mesti bantai bengong sepanjang masa

Kalau kasi tahu dekat akak, mesti kene potong elaun aku sebab mereka bajet aku x reti kira dah

Kalau kasi tahu dekat korang, agak-agak apa reaksi korang kan???


Bila aku kata












Semalam followers aku adalah 200





PADAHALLLLLLLLLLLLLLLLL









Ini semua sebab aku taksub sangat dengan nombor 20 dekat belakang tu sampai aku xnampak pon nombor satu yang setia berdiri di hadapan sekali. Orang lain follower sampai doplohribu pown xadalah kene sindrom mata senget macam aku. -___-''




Sekian, wassalam



Kisah Aku Dan Ben Ashaari

assalamualaikum



Jangan terkejut, aku memang suka buat saspens bagi nambar gempak sedikit pembukaan cerita. Itu sahaja. Jangan membuat fitnah yang bukan-bukan di zaman internet serba pantas. Sikit salah bahasa atau salah info, aku akan di 'band' , jangan buat main-main. Walaupun aku ni tidaklah seglemer blogger-blogger terkenal tanah air, namun ku punya hati *tak memasal*.


Aku bersua muka pown x pernah dengan blogger badan katang ni, cuma aku banyak berinteraksi dengan beliau daripada pacebuk dengan twitter je. Sejak akhir-akhir ini, hubungan aku dengan dia semakin rapat. Inilah yang dinamakan hubungan alam maya pown boleh menjadi. Aku lempang karang kalau korang fikir aku ni mencuba untuk masuk line antara beliau dengan isterinya serta qhaliff. Kang ada yang aku kene 'flying kick' dengan Qhaliff.


Aku sekarang ni kan sedang berguru dengan beliau, untuk menjadi seorang manusia yang sayangkan blog dan entri sentiasa di nanti-nanti dan ditunggu-tunggu oleh rakyat jelata. Aku pown memang x mengharapkan follower ramai bersepah-sepah tapi sekadar jadi follower atas syarat, xnak baca pown entri baru aku. Kan sadis bunyiknye tuh. Sudahla pemalas nak hapdate belog, penulisan pulak hentahhapehape. Last-last sendiri tulis sendiri baca. sobsobsobsroooooooooottttttttttttttt.


Di zaman serba canggih ni, macam-macam benda kita boleh belajar, daripada mana tu bukan soalannya, ada yang menggunakan facebook untuk belajar, ada jugak yang gunakan twitter untuk dekatkan hubungan yang terjalin itu. Macam aku dengan brader Ben , kitorang berkomunikasi melalui facebook dengan twitter. Kadang-kadang ada jugak unsur-unsur aku nak mengorat qhaliff, tapi memandangkan qhaliff kecik lagi, mungkin aku boleh calonkan Qhaliff untuk anak saudara aku mungkin? Kalau anak sendiri, mungkin Qhaliff xpandang dah waktu itu. :(





see, aku kata dah, aku tanya pasal blog dan nuffnang dekat dia je weyh





Yang bawah ni, kebetulan, satu petang di hari sabtu, aku saja jela nak bergurau, aku cakap Qhaliff hensem, macho, kacak bergaya daripada daddy dia dan aku cakap yang aku baca blog beliau pown sebab nak tahu perkembangan Qhaliff je . tetiba beliau sentap dan mengatakan mahu berhenti daripada bercerita pasal Qhaliff, aku macam WHATTTT!!!!Kisah pujaan hati aku nak dihentikan?Terus aku cepatcepat pujuk beliau dan gorenglah beliau bahawa tanpa beliau, tiadalah Qhaliff. -__-''



marilah kita berburung biru yiahuwww




Aku rasa, cukup dah cerita aku pasal Qhaliff, eh eh eh bukan, pasal daddy Qhaliff ni, aku nak pergi berguru lagi dengan beliau ni. Lepas tu tak adalah blog aku ni kesepian dan kesunyian umpama hati yang lara.*tetibe* Kalau aku nak jadi sefofular FL, mungkin aku tak mampu. Apa yang aku mampu, bercerita mengenai hidup, pengalaman dan pendapat. Kadangkala perihal peribadi juga. Sebab apa yang penting dalam dunia blogging adalah menulis daripada hati. :)





Sekian, wassalam


Mati Ke Kalau

assalamualaikum






Mati ke kita ni kalau x makan BEGER MCD???

Memang akan ada yang cakap, ini semua fenomena, hanyalah khayalan

Kalau khayalan, hah, lebih baik kalau korang semua pergi beli senapang Gun, tembak family sendiri

Banyaklah beger lain yang bersamaan harga dia dengan harga McD tu.

Sebagai contohnya, beger bakar, beger ayam special dan beger rusa, beger arnab mungkin?

Kalau beger buat sendiri yang dibuat oleh rakyat Malaysia, lebih-lebih Islam, lebih berkat

Nak mintak dia tambah hape mende alah pown boleh saje, JANJI ADA DUIT, KALAU X ADA DUIT, HARAM

Sebenarnya, banyak lagi beger yang lebih sedap berbanding beger McD tu, cuma kalau kita nak ikutkan nafsu serakah yang macam Dendam Sarakit Dahagakan Darah itu *tetibe*, memanglah McD nampak lebih enak berbanding beger buatan sendiri.

Semuanya terletak di tangan sendiri, tepuk dada, sakit jawabnya- ZackZukhairi

Tepuk mulut, tanya nak makan apa hari ini

Sudah sampai ke habis aku nak tepuk semua orang

Sebagai penutup, terimalah...



Mati ke kalau x makan beger yang ciput cenonet x boleh add-on ikot suka nih?-pokcik Google-






OR






Weyh terlioqqq aiii habaq hang, aku yang xsuke makan daging pown boleh gila tengok beger gini gaye -GOOGLE-




Yang mana satu pilihan hati anda???




Sekian, wassalam





18 November 2012

Zaman Baru Belog

assalamualaikum



Memang aku akui aku ni memang sangat naif dan masih ketinggalan dalam me'renovate' bentuk dan gaya blog aku ni. Al-maklumlah, selame ni aku dok buat xkesah je dengan aku punya blog. Sampai labah-labah pon enak je maen gayut-gayut dekat blog aku. Sempena Maal Hijrah ni, aku pown nak buat perubahan sikit, sikitla dekat blog aku. Ini semua sebab aku dah dapat inspirasi, macam dapat duit terbang bersepah-sepah daripada langit gamaknya aku ni.



Untuk masa sekarang ni, aku baru je berjinak-jinak nak mengorat team NUFFNANG supaya mereka memberi iklan, ataupun tiket wayang free untuk aku. Harap-harapnya adalah team NUFFNANG yang sudi singgah dekat blog picisan aku nih weyh.*kelipkelipmata* mintak belas kasihan. -__-''


Memang aku tahu mesti korang semua gelakkan aku sebab korang mesti dah ada akaun Nuffnang yang seharusnya korang dah ada yang beli petiais gune duit nuffnang tu pown, xpown korang dah mampu beli ipad hasil ketabahan korang kumpul duit daripada nuffnang kan?sobsobsob lap hingus yang meleleh dekat pipi sebab aku pulak baru je nak ada akaun Nuffnang??? Tidak mengapalah sebab belajar daripada bawah adalah pilihan terbaik, umpama budak-budak belajar baca ABC dan kenal nombor 123. :)


Aku memang kene mendalami ilmu macamane nak buatkan blog lebih menarik tertarik da bomb macam blog  BENASHAARI tu hah. Hah, yang itu aku citer laen entri, untuk yang ini, aku nak cerita pasal pengubahsuaian blog aku yang hebak diperkatakan oleh aku. Yelah, akulah, kalau xada aku, xkanlah ramai yang nak ikut perkembangan blog aku ni. Xcaye?ha, pegi korang semua scroll mouse ke atas dan tengok bilangan pencinta-pencinta blog aku tu. ops, ter'BONGKAK' pulak. Baiklah, mari ketawa terbahak-bahak sampai muntah hijau. :D


Tanpa mereka, siapalah aku ini, sebab tu aku kene buat pembaharuan yang boleh memuaskan hati mereka. Malah, aku sememangnya perlu menghadiri kelas tutorial bersama Lyssa Faizureen yang comel itu. Aku petik nama blogger hebat-hebat ni bukan sebab aku nak menompang populariti mereka, aku cuma nak kene berguru dengan diorang ni. Maklumlah, aku kan masih kanak-kanak yang belum mumaiz dalam dunia blog ini.  -__-''


Disebabkan esok aku haruslah bekerja mencari sesuap nasi, semangkuk bubur nasi yang sedap dan sepinggan mi goreng mamak untuk mengalas perot yang kelaparan, haruslah aku sudahi dengan wabillahitaufikwalhidayah, ASSALAMUALAIKUM dan pergi tido untuk mendapatkan rehat yang secukupnya. Semoga aku sentiasa rajin mencari isu dan menggunakan bahasa yang mudah untuk bagi korang semua entri yang bikin PANASSSS. hahahahahaha



Sekian, wassalam



Bebaskan PALESTIN




assalamualaikum



Ini bukan isu main-main, ini mengenai saudara-saudara kita yang ditindas sebaik sahaja masuk Tahun Baru Hijrah Khamis lepas. Ramai orang akan mempersoalkan, selama ni pown Palestin dah ditindas, mana pergi prihatin kita terhadap saudara kita. Ada jugak yang akan berkata mungkin ini ikut musim, tapi sedar x kita bahawa semua ni adalah ujian ALLAH untuk mereka, satu hari nanti, bila ujian ni datang kepada kita, masa tu kepada siapa kita nak mintak tolong? ALLAH, nauzubillahhiminzalikkkk, mintak dijauhkan negara kita diancam.



Mungkin kita rasa kita xtahu nak buat apa2, tapi ingatlah, senjata orang ISLAM adalah doa, kalau rejim zionis ada tentera berbentuk peluru, kita Islam dan Muslim seantero dunia haruslah mengangkat tangan mendoakan untuk saudara-saudari kita di bumi PALESTIN. Aku bukanlah seorang yang arif bab agama, tapi dalam proses memperbaiki diri, aku rasa aku perlu menambah bahan bacaan aku, bukan sahaja daripada bahan bacaan yang nyata, aku jugak perlu menambah bahan bacaan daripada alam maya seagai contohnya, internetlah kan.


Aku rasa dah ramai yang bosan dengan ayat pembukaan aku yang meleret-leret macam seorang budak mengarang ayat karangan STPM gamaknya. Kita mulakan penceritaan dengan mengimbau sejarah bumi Palestin.


Bumi Palestin yang telah diambilalih oleh Israel secara tidak rasmi dan cara kekerasan sememangnya telah banyak menyaksikan pertumpahan darah, tidak mengira peringkat  umur dan dimana saja mereka berada. ALLAH, sedihnya, hanya Yang Maha Kuasa mengetahui.



Sejarah Palestin...



Palestin merujuk kepada tanah bahagian Barat Daya Syam. Palestin terletak di persisiran Laut Meditteranien di Asia Barat. Merupakan bulatan penyambung antara Asia dan Afrika sepertimana keistimewaannya yang dekat dengan Eropah. Sempadan utaranya bertemu Lubnan, timur lautnya Syria, timurnya Jordan dan selatannya Mesir. Keluasan Palestin yang diiktiraf mencecah 27 ribu km persegi. Palestin menikmati cuaca iklim Laut Meditteranien.


Bumi Palestin merupakan kota tamadun tertua di dunia. Menurut kajian kesan sejarah moden, Palestin merupakan tanah pertama yang menyaksikan penempatan manusia dan pertanian sebelum kira-kira 9 ribu tahun sebelum masehi, suku darinya telah terdiri Bandar paling tua dalam sejarah (Kota Ariha) kira-kira 8 ribu tahun sebelum Masehi, sehingga kini masih makmur dan kaya dengan tamadun.


Bumi Palestin merupakan tanah suci orang Yahudi dan Nasrani juga: Yahudi menganggap ianya tanah yang dijanjikan dan paksi sejarah mereka serta persemadian nabi-nabi bani Israel di sisinya tempat suci mereka iaitu al Quds dan al khalil. Manakala Nasrani menganggapnya sebagai tempat lahir agama mereka; yang mana Isa alaihi salam telah dilahirkan dan tapak permulaan dakwahnya. Di sini juga pusat-pusat keagamaan mereka yang besar seperti al Quds, Bait Lahm dan an Nasirah. Namun orang-orang yahudi umumnya telah menyeleweng dan tidak beriman dan beramal dengan ajaran nabi-nabi Allah alaisalatuwassalam. Oleh itu berkali-kali bangsa yahudi dimurkai Allah dan dimusnahkan.


Apabila Allah menurunkan Nabi Muhammad s.a.w sebagai nabi penutup dengan membawa akidah yang sama dengan nabi-nabi Allah terdahulu, orang-orang yahudi juga yang menolak dan tidak dapat menerima. Tambahan lagi sifat perkauman yahudi, menyebabkan mereka menolah Rasulullah s.a.w yang didatangan Allah dari bangsa Arab.








Sejarah Kemunculan Israel



Semasa Perang Dunia, orang-orang Yahudi yang terlibat dalam perang mempunyai jumlah yang besar. Dalam situasi tersebut, sekitar 119,000 orang Yahudi berdaftar untuk perkhidmatan tentera dalam masa sebulan  Perang Dunia Kedua berlaku. Pada akhir tahun 1942, sekitar 19,000 orang Yahudi Palestin - hampir 10 peratus daripada mereka perempuan - berada dalam perkhidmatan tentera dan aktif dengan  angkatan bersenjata Inggeris. Mereka adalah sebahagian daripada kekuatan tentera yang menyertai operasi di Itali dan Afrika Utara. Unit Komando Khusus Yahudi berjuang di Libya dan Ethiopia, dan juga terlibat dalam penjajahan pasukan tentera Berikat di Syria dan Lubnan pada tahun 1941. 



Orang-orang Yahudi mengharapkan bahawa penyertaan setia mereka tidak akan dilupakan oleh Inggeris ketika perang berakhir. Ia merupakan masa yang tepat untuk kembali menilai masalah perpindahan Yahudi ke Palestin. Oleh kerana situasi anti-Semitism atau anti Yahudi  muncul di Eropah sebelum Perang Dunia II, orang Yahudi percaya bahawa Palestin menawarkan tempat terbaik untuk mereka membina semula kehidupan mereka dan imej bangsa yang rosak. Pada tahun 1945, ada arus besar masyarakat Yahudi di Poland dan Eropah Timur lain melarikan diri ke kem-kem pelarian di Barat. Situasi ini berlaku kerana setelah kembali ke rumah mereka di Poland, orang-orang Yahudi mendapati keadaan yang runcing di mana anti-Semitisme telah merebak kepada rakyat Poland. Ini tidak terkecuali golongan Yahudi yang terpaksa lari dari cengkaman anti-Semitisme yang membingungkan hidup mereka di era sebelum Perang Dunia I yang dikenali sebagai ‘pogroms’. 


Ramai dalam kalangan orang Yahudi, sebagai akibat dari antiSemitisme, menjadi pelarian atau  displaced person (DP) dan beberapa kongres telah dilaksanakan untuk mencari penyelesaian untuk golongan ini. Beberapa orang Yahudi, setelah melihat keluarga mereka terlibat dalam pembunuhan beramai-ramai oleh Nazi, mereka menumpukan perhatian kepada membawa pelarian ini ke Palestin. Kemudian itu Yahudi Palestin, dengan keberanian dan semangat mereka untuk berjuang serta membela nasib kaum, berjaya menyokong serta menubuhkan negara Israel. Penubuhan Negara Israel tersebut mendapat sokongan penuh dari Amerika di mana Yahudi Amerika telah memainkan peranan penting dalam melobi kerajaan Amerika pada waktu tersebut. Ketika Harry Truman diangkat menjadi Presiden pada April 1945, beliau menjadi sasaran kuasa rayuan dan pelobi Zionis. 
Presiden Truman tidak pernah menyimpang dalam memberikan simpati terhadap aspirasi Zionis.

Ramai daripada rakyat Palestin menentang rancangan  pemisahan ini, namun ia tidak berkesan. Oleh itu ada yang melihat bahawa rakyat Palestin berhak untuk mendapatkan kembali tanah tersebut kerana pada 
asalnya ia memang milik mereka. Inilah cara untuk memberikan kefahaman kepada orang-orang Yahudi bahawa negara mereka adalah hasil dari pencerobohan tanah rakyat Palestin. 

Seorang pengkaji, Galvin menyatakan bahawa sepuluh tahun pertama kewujudan rejim Israel boleh dianggap sebagai sebuah tempoh perubahan demografi secara radikal dengan penambahan penduduk Yahudi meningkat dengan cepat. Perubahan demografi dan peningkatan mendadak jumlah Yahudi di Palestin adalah hasil daripada dua faktor. Salah satunya adalah pelarian rakyat Palestin yang telah melarikan diri ke sempadan tanahair mereka seperti Jordan, Syria dan Mesir atau ada yang terpaksa melarikan diri dengan mencari tempat  berlindung di rumah perlindungan sementara. Ia menjadi bertambah  teruk kerana usaha yang dilakukan oleh Israel dengan menduduki 94 peratus daripada harta yang ditinggalkan oleh orang Palestin yang melarikan diri. Mereka melarikan diri kerana dipaksa berbuat  demikian dan keperitan hidup. Harta-harta peninggalan mereka dirampas dan diedarkan kepada masyarakat Yahudi. Ada yang melihat bahawa ada usaha yang dilakukan oleh beberapa orang Palestin untuk mendapatkan semula harta mereka dalam bentuk hasil penuaian ke atas tanaman yang mereka tinggalkan sebelum ini atau membawa harta yang mereka tinggalkan ke rumah baru mereka.







ALLAH, banyak lagi kisah tentang palestin dan Israel, kekejaman yang xpernah berkesudahan. Untuk aku yang masih lagi xarif pasal ni, so, kita ini sebagai permulaan aku untuk membuka mata luas luas dan mengembangkan minda aku pasal keganasan yang berlaku di GAZA. Dengan 'up' nya entri baru aku dekat sini, aku sangat berharap ia tidak menimbulkan konspirasi mahupun kopratasa yang aku nih menyokong pihak mane-mane, maklumlah, pilihanraya nak dekat, kang ade pulak yang cakap aku nih sokong parti tu lah, parti ni lah, last-last, aku buat parti sendiri, PARTHIBAN kang... hehehehe.



Sebelom berakhir entri yang agak panjang ni, aku hidangkan dulu sedikit doa dan cara untuk kita bersedekah dengan cara yang mudah untuk para pejuang Islam sahabat-sahabt kita di tebing GAZA....



Untuk Menderma:


CARA MENDERMA MELALUI SMS UNTUK PALESTIN: 

1. Taip PALESTIN<JARAK>RM10 / RM5 / RM3 / RM1 

2. Hantar ke 39111


Untuk memboikot:

MEMANG KITA XMAMPU NAK TAHAN NAFSU UNTUK MEMILIKI BARANG-BARANG YANG TERSENARAI DALAM LIST BOIKOT NI, NAMUN KITA CUBA FIKIRKAN SETIAP SEN WANG KITA, KITA BELI PELURU NAK TEMBAK ADIK-BERADIK KITA, XSANGGUP RASANYA



Melalui Doa:






Lagu Yang Akan Menyemarakkan Semangat:

 





Diharapkan dengan segala usaha kita nanti, rakyat Palestin akan lebih kuat dan tabah mengharungi segalanya dan sentiasa yakin bahawa setiap titis darah yang menitis di bumi Palestin pasti dikira di syurga nanti...InsyaALLAH...



Sekian, wassalam



17 November 2012

Salam Maal Hijrah & Mari Merenung Kembali Asal Usul Kita

assalamualaikum


Salam Tahun Baru HIJRAH kepada para sahabat, semoga tahun yang telah berlalu banyak memberikan suatu kenangan amat bermakna dalam hidup kita. Aku harapkan dalam tahun yang lepas, korang semua dah yakin dengan tujuan korang serta dah mencapai matlamat korang sebagai qhalifah di muka bumi ALLAH ini.
Semoga tahun baru ni diserikan dengan azam yang baru dan juga dengan matlamat yang kukuh dan iman yang semakin tinggi dalam hati. InsyaALLAH, aku pon bukanlah alim ulama; nak bercerita dengan lebih panjang pasal perkara ni, cuma apa yang aku mampu, sekadar peringatan daripada saudara kepada saudara memandangkan kita ni semuanya bawah satu Kiblat yang sama.




;)




Dalam pada kita seronok menyambut Maal Hijrah dekat Malaysia yang aman damai sentosa insyALLAH, saudara kita, di PALESTIN di hujani dengan peluru berpandu yang dilontarkan daripada senjata-senjata rejim Zionis. MashaALLAH, semoga ALLAH melindungi mereka. Rasa sebak dan sedih menyelubungi diri apabila melihat suratkhabar memaparkan gambar masjid di bom, gambar rumah saudara kita ranap menyembah bumi dan paling menyayat hati apabila melihat anak-anak kecil menjadi mangsa kekejaman manusia zalim ini. ALLAH, rasa lemahnya diri aku ni sebab xmampu berada bersama mereka membantu memerangi kejahatan itu. Aku hanya mampu menyeru kepada seluruh umat Islam supaya sama-sama kita mendoakan agar bumi PALESTIN dapat diselamatkan dan sentiasa dilindungi ALLAH.aammiinnn


Semoga doa yang dititipkan oleh umat Islam seluruh dunia didengari oleh ALLAH dan bebaskan PALESTIN daripada derita ini. Sesungguhnya mereka yang berjuang menegakkan kebenaran di jalan ALLAH sehingga ke titisan darah yang terakhir, maka MATI SYAHIDlah mereka dan SYURGA tempatnya. Aammiinn...




Save GAZA :'(





Apabila masuk tahun baru, macam-macam azam yang kita dah sempatkan dalam diri, kadang-kadang masa 30 Zulhijjah tu kedai-kedai buku dah sebok buat promosi diari Islamlah, masjid dah sediakan ceramah untuk Maal Hijrah, ada pulak geng yang dah siapkan senarai azam untuk tahun baru sambil tampal dekat dada sambil berharap esok bangun pagi kertas yang ditampal meresap masuk dalam jantung dan tersemat rapi dalam diri. Padahal, dah jatuh dekat bawah katil sebab tido lasak sangat malam tu. Mungkin bermimpi yang indah -__-''. 


Hamboi aku cakap macam aku dah arif sangat, bukanlah, cuma sekali sekala menulis perihal keagamaan sedikit x salah, kita kembali menginsafi diri kita bukan? Rasanya xterlewat untuk aku bawak korang semua kembali menyedari asal-usul diri kita, daripada segumpal darah sehingga lahirnya kita di dunia ini. Mungkin video yang aku selitkan sebelom aku mengakhiri entri pertama bulan pertama Islam ini sedikit sebanyak menginsafkan diri kita dan diri aku jugak serta kembali menyedari tanggungjawab kita di atas bumi ALLAH TA'ALA ini. :)









Sekian, wassalam