Kesayangan ;)

18 November 2012

Zaman Baru Belog

assalamualaikum



Memang aku akui aku ni memang sangat naif dan masih ketinggalan dalam me'renovate' bentuk dan gaya blog aku ni. Al-maklumlah, selame ni aku dok buat xkesah je dengan aku punya blog. Sampai labah-labah pon enak je maen gayut-gayut dekat blog aku. Sempena Maal Hijrah ni, aku pown nak buat perubahan sikit, sikitla dekat blog aku. Ini semua sebab aku dah dapat inspirasi, macam dapat duit terbang bersepah-sepah daripada langit gamaknya aku ni.



Untuk masa sekarang ni, aku baru je berjinak-jinak nak mengorat team NUFFNANG supaya mereka memberi iklan, ataupun tiket wayang free untuk aku. Harap-harapnya adalah team NUFFNANG yang sudi singgah dekat blog picisan aku nih weyh.*kelipkelipmata* mintak belas kasihan. -__-''


Memang aku tahu mesti korang semua gelakkan aku sebab korang mesti dah ada akaun Nuffnang yang seharusnya korang dah ada yang beli petiais gune duit nuffnang tu pown, xpown korang dah mampu beli ipad hasil ketabahan korang kumpul duit daripada nuffnang kan?sobsobsob lap hingus yang meleleh dekat pipi sebab aku pulak baru je nak ada akaun Nuffnang??? Tidak mengapalah sebab belajar daripada bawah adalah pilihan terbaik, umpama budak-budak belajar baca ABC dan kenal nombor 123. :)


Aku memang kene mendalami ilmu macamane nak buatkan blog lebih menarik tertarik da bomb macam blog  BENASHAARI tu hah. Hah, yang itu aku citer laen entri, untuk yang ini, aku nak cerita pasal pengubahsuaian blog aku yang hebak diperkatakan oleh aku. Yelah, akulah, kalau xada aku, xkanlah ramai yang nak ikut perkembangan blog aku ni. Xcaye?ha, pegi korang semua scroll mouse ke atas dan tengok bilangan pencinta-pencinta blog aku tu. ops, ter'BONGKAK' pulak. Baiklah, mari ketawa terbahak-bahak sampai muntah hijau. :D


Tanpa mereka, siapalah aku ini, sebab tu aku kene buat pembaharuan yang boleh memuaskan hati mereka. Malah, aku sememangnya perlu menghadiri kelas tutorial bersama Lyssa Faizureen yang comel itu. Aku petik nama blogger hebat-hebat ni bukan sebab aku nak menompang populariti mereka, aku cuma nak kene berguru dengan diorang ni. Maklumlah, aku kan masih kanak-kanak yang belum mumaiz dalam dunia blog ini.  -__-''


Disebabkan esok aku haruslah bekerja mencari sesuap nasi, semangkuk bubur nasi yang sedap dan sepinggan mi goreng mamak untuk mengalas perot yang kelaparan, haruslah aku sudahi dengan wabillahitaufikwalhidayah, ASSALAMUALAIKUM dan pergi tido untuk mendapatkan rehat yang secukupnya. Semoga aku sentiasa rajin mencari isu dan menggunakan bahasa yang mudah untuk bagi korang semua entri yang bikin PANASSSS. hahahahahaha



Sekian, wassalam



No comments: