Kesayangan ;)

21 November 2012

Keajaiban Di Gaza







assalamualaikum




Aku terbaca satu post dekat FB, aku rasa aku patut kongsi kat blog aku. Manalah tahu, nanti boleh kembalikan memori kita dan bawak insaf kembali diri kita ni. Ke, kalau masa tu isu Palestin dah tak in lagi macam masa sekarang ni, bolehlah nak imbau kembali entri ni, buat nangis sepam dua.Astaghfirullahalazimmmmmm


Aku tahu aku memang bukan seorang blogger yang masih baruuuu dalam dunia blog. Aku juga bukan aktivis keamanan tapi aku cintakan keamanan lebih-lebih lagi kalau perkara tu berkaitan dengan Islam, agama yang telah aku anuti sejak dari nenek moyang aku lagi. Dan aku rasa Islam adalah agama yang paling mudah sekali. :')


****************************



WAJIB BACA :KEAJAIBAN DI GAZA... 
subhanallah..Allah Akhbar......
Keajaiban di peperangan Gaza

Al-Kisah yang telah diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahma, Pengerusi Ekskutif Aman Palestin dan juga merangkap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia yang telah pergi ke Gaza pada 20-31 Januari yang lalu.Berikut adalah beberapa kisah benar dan pengalaman beliau di Gaza:

Peristiwa 1

Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa, ketika satu pertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka. Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan
memusnahkan ia. Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya. Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran. Setelah habis adegan aneh itu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan! Dan siapakah
yang menembak tentera laknatullah itu??? Allahu Akhbar!

Peristiwa 2

Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih sedangakan uniform pejuang Hamas bewarna hijau! Siapakah yang berbaju putih itu???

Peristiwa 3

Tentera Yahudi yang buta setelah serangan berkata mereka tiba-tiba dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah yang melakukannya.

Peristiwa 4

Peluru berpandu yang pertama di lancarkan oleh Israel ke Gaza mengenai sasarannya iaitu anggota tentera mereka sendiri! Ia berpatah balik!
Allahu Akhbar!

Peristiwa 5

Pada permulaan perang, roket-roket Hamas yang hendak dilancarkan, tiba-tiba salah satu roket itu meluncur laju ke udara tanpa ada sesiapa yang mengaktifkan ia. Dan roket itu mengenai sasaran di Israel !

Peristiwa 6

Yang paling menakjubkan, seorang ulama Syria telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW dan kelihatan baginda sedang mengeluarkan pedang dari sarungnya. Ulama itu berkata, "Wahai Rasulullah, ke mana kamu mahu pergi?", lalu baginda menjawab, "Aku mahu berperang di Gaza !!!".
MasyaAllah, Rasulullah sendiri mahu berperang di Gaza , di manakah kita?

Itulah serba sedikit dari kisah takjub yang sempat diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik setelah berada lebih seminggu di Gaza atas misi kemanusiaan. Ia kisah benar yang perlu umat Islam ketahui.
Allahu Akbar!!!

#ALLAH BERSAMA KITA...
DOA JGN PERNAH BERHENTII...SAYA BUKAN ORG MALAYSIA,SAYA BUKAN ORG SYRIA, SAYA BUKAN ORG PALESTIN,.,TAPI SAYA ORG ISLAM..ADA SAUDARAKU DI SANA PERLUKAN AKU DAN KAMU..TOLONG MEREKA...WALAUPUN DENGAN DOA.




****************************************





Tadi masa sibuk google, aku terjumpa gambar ni, aku sekarang jiwa sensitif sikit, tengok gambar-gambar anak kecil Palestin terbunuh, sentap hati aku, nak meleleh je airmata aku ni ha.









Apa yang kita mampu, kita lakukan seikhlas hati kita, kita memang tak mampu nak angkat senjata pergi berperang sekali dengan tentera Hamas, tapi, kita boleh buat dengan cara halus ni kan?Allah je yang Maha Mengetahui segalanya, ALLAH jugak yang tahu nawaitu kita. Semuanya di tangan DIA sebab hidup mati kita dan takdir hidup kita semuanya daripada ALLAH...



Sekian, wassalam




1 comment:

Ain Atika Zailani said...

semoga Allah membantu mereka disana aminn...