Kesayangan ;)

21 October 2013

Setelah Sekian Lama

Assalamualaikum

Walaupun dah menggunakan samsung note, jari jemari malas nak update entri baru. Mungkin sebab kerja yang macam huru hara  aku pown biarkan blog aku terbengkalai macam bangkai. Ekh silap pulak cakap blog macam bangkai.

Sekarang ni pown aku update sebab tengah rehat, satu je nak cakap, semoga jari jemari lebih rajin menaip sebab tak perlu buka laptop beso gedabak dah :) . Doakan aku rajin taw korang!!!

Weyh 'flawless'nya muka...

Assalamualaikum

Kali ni aku nak cerita pasal aplikasi yang boleh buat orang gila. Bukan gila yang biasa-biasa tapi gila yang agak kronik. Minggu lepas selepas mendapat sebijik gajet yang bajet macam laptop, aku kalau boleh nak download segala macam aplikasi. Maklumlah selalunya mesti mulut bising bebel-bebel tak dapat nak download itulah tak dapat nak download ni lah. Sekali dah berjaya download, terus teruja nak cuba guna aplikasi tu.

Alkisahnya bermula bila aku cuba mengambil gambar menggunakan aplikasi 'camera360'. Tunggu kejap untuk download kemudian 'installation complete'. Perasaan jakun terus menerjah diri dan aku terus bukak aplikasi  tu. 'click' kamera berbunyi dan aku dengan perasaan berdebar tengok gambar tu. Mulut serta merta nganga dan satu perkataan terpacul 'cantek gilaaaaaaaa' muka aku. Haaaa nak tengok x ape aplikasi yang dah buatkan muka jerawat pown xda jerawat, muka itam jadi putih, muka bulan jadi muka kulit telur dan muka hodoh jadi cantik.

Haaaaa percaya ke tidak???ting ting ting...hasilnya memang terus bajet model aku. Lepastu aku pown ape lagi terus membajet camwhore kacik kacik guna camera360. Jerawat sebutir poripori pown takde weyh!!! Daebak!!! Aku terus je guna application camera flawless tu untuk amek gambo bagi muka licinnnn takde jerawat. Boley buat default picture pesbuk aku nanti.pftftftft

Tengok hasilnya!!!!! Meletop habes ****entri ni repost dari dalam draft yg dah belapok****