Kesayangan ;)

31 December 2011

Riang Ria 2011

assalamualaikum



Malam ni tepat jam doblas tengah malam, dah melangkah ke taon baru iaitu tahun 2012. Bermakna akan bertambah setahun lagi umur gua. Dah semakin matured. Nak cakap tua sangat malu lagi memalukan weyh. Sempena penngakhiran tahun 2011 ni, gua ada nak buat sedikit sinopsis macam masa kite semua belajar di sekolah. Harus membuat sinopsis dalam apa jua yang kite baca. Baca 1 buku pown mahu buat sinopsis panjang setengah kertas kajang.haaaaaaaa hamekkkawwwww.



Diam x diam dah sampai ke penghujung rupanya tahun 2011 ni, macam-macam benda yang dah jadi kalau nak ingat, nak kenang balek segala-galanya memang enggak mungkin dong, masakan otakku ini mampu mengimbas kembali segalanya yang telah berlaku dalam taon ini umpama mesin komputer lagaknya.


Sudahla, macam-macam bahasa nak keluar, mentang-mentang sekarang boleh belajar bahasa macam-macam, sesuka jiwa dan raga gua je nak menyimpangkan diri mengubah trek cerita ke tempat lain Untuk tahun 2011 yang bakal meninggalkan kita sejam sahaja lagi, gua sangat berterima kasih kerana tahun tu telah membuatkan gua rasa muda, separa muda, separa tua dan dengan rasminya gua sekarang sudah melangkah ke alam dewasa-dewasa gitewwwww. Melangkah ke tahun 2012 semakin menyedarkan gua yang sebenarnya masa berlalu dengan begitu pantas dan cepat. Macam-macam yang boleh jadi dalam masa setahun tu.



Pada gua, dalam setahun yang lalu, ada banyak perkara yang jadi, limpahan air mata dan jugak kegirangan hati dan perasaan. Tapi semua perkara tu dah jadi asam garam dalam hidup kita sebenarnye. Lets cekidaud ape pekare yang dah buat airmata melimpah mencurah ke tanah dan jugak kegembiraan yang membuatkan senyuman meleret sampai ke telinga.




SPECIALTIES






Petama, Blog ini telah gua rasmikan kehadirannya pada 1 JANUARI 2011, bermakna tepat pukul 12 tengahmalam nanti, BLOG GUA GUA PUNYA SUKA telah mencapai umurnya setahun. Entri petama yang telah gua post adalah entri dekat bawah ini















Kedua, Kak siti, my eldest sister telah selamat bertunang dan diijabkabulkan dengan jejaka pilihan pada tahun 2011, pertambahan ahli keluarga berlaku.









Ketiga, dengan kehadiran seorang lelaki yang diharapkan dapat menjadi yang terakhir dalam kesah percintaan gua dalam dunia yang nyata ni. 












Keempat, mungkin sebab anugerah dekan yang alhamdulillah, gua dah berjaya kekalkan selama 5 semester gua belajar di UCSA, bukan meriak ataupun membangga diri, mendabik dada, tapi xsalah kalau gua jadikan blog ini sebagai tempat menyimpan perkara terpenting sepanjang tahun dan sepanjang hidup gua.












Sebelum mengakhiri tirai tahun 2011, ingin gua ucapkan selamat menyambut tahun baru 2012 dan ingatlah, setiap masa yang berlalu, umur kita juga meningkat dewasa dan segala amalan kita seharusnya dipertingkatkan juga. Semoga gua dapat melangkah ke arah yang lebih baik dan semoga dapat berjumpa di Tahun Baru 2012. :)






SELAMAT TINGGAL TAHUN 2011, 
SELAMAT DATANG TAHUN 2012
SEMOGA TAHUN 2012 MEMBAWA
PENGERTIAN YANG LAIN
UNTUK DIABADIKAN.....



Sekian, babai, 







27 December 2011

Istimewanya 100

assalamualaikum





Rasa baik hati pulak nak beri something untuk follower blog ini yang ke 100
















Untuk pembaca blog 'BLOG GUA, GUA PUNYA SUKA' , dengan ini saya suka hati dan suka rela nak memberikan hadiah istimewa untuk follower gua yang ke 100, bukan nak membodek, sekadar nak memberi penghargaan kepada korang yang sudi singgah dekat blog x semenggah lagi picisan ini. Sesiapa yang merasakan diri mereka adalah follower ke SERATUS blog ni, sile drop komen di bawah dan mintak tolong print screen sekali, sebab gua masih belom khatam bab print screen part tertentu dalam blog.














Sekian, babai







Girls Day Out-Part 2

assalamualaikum




Sambungan daripada entri petame yang ni. Karang bile tunda-tunda update blog, korang sumer nak lari meninggalkan blog gua yang x semenggah ni. Masa kali kedua ni, ade pertambahan pulak beberapa manusia. Kali kedua berdating bersama incik boifie dengan roomate my bestie.Adalah sesuatu yang menyeronokkan bila orang yang kite sayang ada di sekeliling kita. Bukan niat nak menghebahkan sangat yang gua ni ada pakwe, bukan, sangat tidak benar sama sekali, cuma ingin berkongsi kegembiraan berdating dengan sahabat semati dan seorang sahabat yang bakal sehidup senyawa.InsyaALLAH.


Dipendekkan kisah, hari Ahad, 25 Disember 2011, incik boifie yang baru sampai daripada menghadiri kenduri kawen kawan ayah dekat Kedah memutuskan untuk singgah dekat rumah nenek. Rumah nenek beliau dekat dengan UPM, oleh hal yang demikian, kami berdating di The Mines pula untuk kali ini. Petame kali masuk Mines, umpama rusa masuk kampung. Yang paleng x boley blah bile rambang mata melihat betapa banyaknye Y E S di sana sini. Untuk pengetahuan sesiapa yang x pernah menjejakkan kaki ke The Mines, Mines adalah sebuah pusat belilbelah yang terdapat bot ala-ala France dekat tengah-tengah dia. Disamping keadaan dalaman yang seumpama Berjaya Times Square. Terdapat amat banyak shoplet yang menjual kasut dan pakaian serta minyak wangi serta terdapat GIANT di dalamnya. Senang citer, Mines ni shopping Mall yang barangannya mampu milik.


Berbalik kepada cerita dating berdating, macam biase, xnak cerita banyak. Korang tengok gambar, xpaham kene tanya ok???





ini kawan baru, roomate mira, namanya Che Nab...Chemist okeyh????






presenting Che Nab In The House!!!!








untungla dapat begambar dengan Santa kan...









                      


ehem2, guru besar cek taliponnnn












the owner of the farm on that nite, xmenawan langsunggggg









men lumbe kete sat....








like brother like sister...ade x org x pecaye bile cakap adik beradik????
















Bila kita sudah xda peluang untuk merasai yang indah, suatu masa, kita akan benar-benar menghargai arti cinta, sahabat persahabatan dan segalanya.....thanks for everything  my friends....





Sekian, babai









25 December 2011

Girls Day Out-Part 1

assalamualaikum



Ekh over kau tahu, siap nak buat part 2 bagai, apeeee pown x boley. Sudah-sudah, lari daripada tajuk ar pulak kan...Ok uols, now mahu berstori mori uols. Jumaat yang lepas, gua seorang budak yang keras kepala dan degil telah menjejakkan kaki ke KUALA LUMPUR. Maklumlah, KL-BENTONG hanyalah mengambil masa sejam sahaja wahai rakan-rakan.


Ceritanya bermula bila keputusan untuk balek kampung confirm ditolak mentah-mentah oleh emak kesayangan sebab minggu lepas mak baru je datang menjengah gua dekat Bentong sambil membawa sedikit barang-barang keperluan memasak supaya anaknya rajin memasak di rumah. haiyoyoyoyo....


Disusuli pula dengan keadaan gua yang memang boleh mati kebosanan bile duduk rumah bentong melebihi 24 jam tanpa berbuat apa-apa, mesti akan jadi trauma. Gua pon decide nak naek KL sebab nanti bolehla berjimba dan meluangkan masa dengan my bestpwen. Kalau korang sumer memang peminat setia lagi melekat blog x semenggah gua ni, memang korang boleh teka sapa orangnya.


Gua sampai je kat KL tu, gua teros amek LRT pegy STESEN UNIVERSITI. No one fetch me at PEKELILING, nampak x betapa berani dan betapalah independentnye gua ni *belagak*.Bukan ape, prinsip hidup gua adalah gua xnak menyusahkan orang laen selagi gua boleh buat perkara tu dengan diri gua sendiri. So, xperlu my bestie tu nak mengharung badai dan ombak kereta yang tersangat banyak nak amek gua dekat PEKELILING :).


Sampai je kat STESEN UNIVERSITI, masuk dalam kete dan gua dibawak ke satu tempat pasar malam oleh member gua, gua kenyang dan malam tu xde planning laen, balek UM, tido dekat UM. Dulu UM ni salah sebuah universiti impian gua, tapi sekarang UM macam dah jadi tempat permainan bagy gua walaupun gua bukan penghuni rasminya.


Keesokan harinya, Sabtu, 24/12/2011, kitorang ade planning baek punye...pegy berjimba di MID VALLEY dan menonton OMBAK RINDU untuk yang ke-2 kalinye.hehhuwwww...Giler dah terpengaruh dengan AARON AZIZ yang kacak lagy bergaya. As all of you know, bile 2 orang yang jadi bestfren x berjumpa, bile berjumpa perangai macam sorang dok SYDNEY, sorang duk kat CHINA. Giler meroyan amek gambar segala bagai. Lagikan pulak, ini adalah my first time nak naek kereta yang dipandu oleh my bestfwen, seronok x terhingga dan I'm proud of her. :') Here are some photos of us. Untuk pengetahuan korang sumer, segala gambar dalam entri ini adalah di capture oleh IPHONE4 kepunyaan my bestie, me?henpon cikai je, gambar x cantek mane pown, nanty tunggu dah ade gaji sendiri, gua beli sebijik SAMSUNG ok bebeh???Cekidauuuutttttt





TARAAAAA......







cari apa yang sama pada kami???






me in the house of CHRISTMAS!!!!







she in the house!!!!!!






matured sangat ke muke ni????matured daripada umur kah?????





nak jugak tiru CE dengan KAK AIN THE GOJES, amek gambar dekat THE GARDENS




DALAM TOILET METROJAYA





here's a gemok debab and si kurus kering






yes!dapat gak merasa pegang iphone weyh





mari tayang handbag!!!




INDOOR SHOOT & SUSHI KING




see, pantang jumpe cermin



KAMI lagiii






presenting sushi xsedap




vanilla shake and apple juice with jelly yang sedap!




budak ini telah dipropose oleh DIVA





muke teruja sambut krismas dekat dalam MALL




Untung dapat bergambar dengan bear yang besar disamping dapat maen rebut2 dgn manusia x reti sabar




sape lagy tembam??konfem bear lagy tembam..hehehehe




inside The GARDENS...teruja tengok lampu candeliar yang very the awesome




2 persons teruja nak lampu candeliar macamnakcuribawakbalekpasangdekatumah




my soul, thanks for everything




tasik UM...tenang dan mendamaikan...












Sekian, babai





21 December 2011

Baguskan Kalau Semuanya Macam Ni.....

assalamualaikum


Tadi godek punye godek, macam biase, berjalan-jalan ke blog org laen kejap sebab nak mencuci mata, menambahkan ilmu, singgah dekat blog glemer pemes emes, tup-tup terbaca entri yang bernas daripada bloh THEOTHERKHAIRUL.


Kali ni, entry beliau pasal perhubungan jarak jauh yang mana gua sekarang pown sedang mengalaminye.Ayat skema macam nak mampus sebab esok keputusan PMR keluar, kene bodek pemeriksa *terlampau pandai sampai bodek pemeriksa sehari seblom result pekse keluar* . Korang sumer boleh klik sini untuk baca entry beliau pasal LDR. Pendapat beliau tu memang boleh diterima pakai sebab ada baik dan ada buruknya. Kebanyakan reason dia pown gua terima dengan hati yang terbuka dan senang lenang sekali. Begitu bagusnya seorang hamba ALLAH yang menerima segala pendapat org lain dan tidak salah kalau kita menyuarakan pendapat kita juga.






Kalau korang sumer nak bace secara lanjut apa yang dah Abg K kongsikan, korang boley follow blog Abg K. Yang paleng gua teruja sekali video yang beliau selitkan dekat akhir post beliau. Gua pown nak tepek sangat sebab gua rasa video ini adalah sangat kool dan amat banyak mesej yang baek yang diselitkan dalam video ni. Indahnya satu hari nanti kita dipinang dan dilamar dengan cara yang sebegini. Dalam diam, kita dilamar oleh seorang jejaka yang meminati kita dalam diam. Kita pula x pernah menyangka yang jodoh kita bukan kehendak hati kita malah pilihan kedua orang tua kita. Semoga jodoh DIANA & ARIFF kuat dan semoga ramai lagi yang akan mengikut jejak langkah percintaan dalam Islam seperti zaman RASULULLAH S.A.W....






Andai masa boleh diputar kembali, ingin mengimpikan peminangan dan pernikahan seumpama itu tapi......KU BERSERAH KEPADANYA TENTANG JODOH DAN SURATAN TAKDIRKU.....















Sekian, babai



New Family =)m

assalamualaikum


Walaupun dah memang lambat sangat nak update log pasal perkara ni sebenarnya, tapi pedulik hape, tetap nak update jugak sebab dah bertambah bilangan dalam family.Bukanlah sebab kelahiran adik  bukan juga anak sedare mahupun cucu sedar, ini adalah disebabkan proses penerimaan menantu oleh kedua orang tua terchinta gua.



Pada 11 DISEMBER 2011, emak dengan abah serta adik beradik gua dengan rasminya telah menerima seorang ahli kuarge baru iaitu seorang abg ipar yang pertama dalam kuarge belah emak. Kalau belah abah memang xtaw nak kire ini cucu keberapa belas yang kawen. Dalam family emak, emak anak sulung, akak gua juga anak sulong so kirenya menantu sulong jugak dan perkahwinan sulong dalam kuarge belah emak. Nampak x betapa banyak sulongnye dalam kuarge gua nih???Nak kata meriah, alhamdulillah, meriahla, gua rase hepi sebab masa ni jugak, abah sedih sebab dah kene menyerahkan anak beliau dibawah jagaan seorang lelaki.Harap-harap menantu abah akan jadi menantu yang baik dan abang ipar yang baik jugeeeeeeeee *abg ipar, ini bodek namanya* 




Kalau nak buat cerita, sehari semalaman memang xkan habes bercerita, oleh yang demikian, silelah mencuci mata dengan melihat separuh gambar yang telah siap gua sajikan untuk mencuci mata anda di luar sana semuanya, apabila gua dah dapat gambar penuh daripada laptop adik gua, gua akan pasti dan konfirm menepek lagi gambar kawen kakak gua sampai penuh blog gua dengan gambar mereka dan korang muntah berdarah tengok gambar ni. Malas nak cerita kecoh pungpangpungpang sampai esok pon xkan habes cerita. Jom cuci mata tengok gambar...








REWANG BESAR, SABTU, 10 DISEMBER 2011








buah tangan untuk para tetamu yg datang






sedare mara yang datang rileks dulu...





MAKAN BESAR, 11 DISEMBER 2011




tema kaler biru torquiose...



























pose wajib tuan tanah 




beuty bride....




pengantin ats pelamin...




malam nikah....







hari bersanding...





ONE HAPPY FAMILY AT HOME...







Untuk abg ipar dan kakak, SELAMAT PENGANTIN BARU, SEMOGA KEKAL HINGGA AKHIR HAYAT, SEMOGA DENGAN TERMETERAINYE SEBUAH JANJI, HUBUNGAN YANG DIBINA DIRESTUI DAN DIREDHAI OLEH ALLAH HENDAKNYA....







Sekian, babai





Wordless Wednesday ~ # 4

assalamualaikum




pandainye bebear begambar






mucuk2 bebear





Memang org laen ade bear yang lagiiii besar daripada apa yeng gua dapat, tapi...ade gua kesah?????





Sekian, babai