Kesayangan ;)

31 December 2011

Riang Ria 2011

assalamualaikum



Malam ni tepat jam doblas tengah malam, dah melangkah ke taon baru iaitu tahun 2012. Bermakna akan bertambah setahun lagi umur gua. Dah semakin matured. Nak cakap tua sangat malu lagi memalukan weyh. Sempena penngakhiran tahun 2011 ni, gua ada nak buat sedikit sinopsis macam masa kite semua belajar di sekolah. Harus membuat sinopsis dalam apa jua yang kite baca. Baca 1 buku pown mahu buat sinopsis panjang setengah kertas kajang.haaaaaaaa hamekkkawwwww.



Diam x diam dah sampai ke penghujung rupanya tahun 2011 ni, macam-macam benda yang dah jadi kalau nak ingat, nak kenang balek segala-galanya memang enggak mungkin dong, masakan otakku ini mampu mengimbas kembali segalanya yang telah berlaku dalam taon ini umpama mesin komputer lagaknya.


Sudahla, macam-macam bahasa nak keluar, mentang-mentang sekarang boleh belajar bahasa macam-macam, sesuka jiwa dan raga gua je nak menyimpangkan diri mengubah trek cerita ke tempat lain Untuk tahun 2011 yang bakal meninggalkan kita sejam sahaja lagi, gua sangat berterima kasih kerana tahun tu telah membuatkan gua rasa muda, separa muda, separa tua dan dengan rasminya gua sekarang sudah melangkah ke alam dewasa-dewasa gitewwwww. Melangkah ke tahun 2012 semakin menyedarkan gua yang sebenarnya masa berlalu dengan begitu pantas dan cepat. Macam-macam yang boleh jadi dalam masa setahun tu.



Pada gua, dalam setahun yang lalu, ada banyak perkara yang jadi, limpahan air mata dan jugak kegirangan hati dan perasaan. Tapi semua perkara tu dah jadi asam garam dalam hidup kita sebenarnye. Lets cekidaud ape pekare yang dah buat airmata melimpah mencurah ke tanah dan jugak kegembiraan yang membuatkan senyuman meleret sampai ke telinga.




SPECIALTIES






Petama, Blog ini telah gua rasmikan kehadirannya pada 1 JANUARI 2011, bermakna tepat pukul 12 tengahmalam nanti, BLOG GUA GUA PUNYA SUKA telah mencapai umurnya setahun. Entri petama yang telah gua post adalah entri dekat bawah ini















Kedua, Kak siti, my eldest sister telah selamat bertunang dan diijabkabulkan dengan jejaka pilihan pada tahun 2011, pertambahan ahli keluarga berlaku.









Ketiga, dengan kehadiran seorang lelaki yang diharapkan dapat menjadi yang terakhir dalam kesah percintaan gua dalam dunia yang nyata ni. 












Keempat, mungkin sebab anugerah dekan yang alhamdulillah, gua dah berjaya kekalkan selama 5 semester gua belajar di UCSA, bukan meriak ataupun membangga diri, mendabik dada, tapi xsalah kalau gua jadikan blog ini sebagai tempat menyimpan perkara terpenting sepanjang tahun dan sepanjang hidup gua.












Sebelum mengakhiri tirai tahun 2011, ingin gua ucapkan selamat menyambut tahun baru 2012 dan ingatlah, setiap masa yang berlalu, umur kita juga meningkat dewasa dan segala amalan kita seharusnya dipertingkatkan juga. Semoga gua dapat melangkah ke arah yang lebih baik dan semoga dapat berjumpa di Tahun Baru 2012. :)






SELAMAT TINGGAL TAHUN 2011, 
SELAMAT DATANG TAHUN 2012
SEMOGA TAHUN 2012 MEMBAWA
PENGERTIAN YANG LAIN
UNTUK DIABADIKAN.....



Sekian, babai, 







No comments: