Kesayangan ;)

18 November 2012

Bebaskan PALESTIN




assalamualaikum



Ini bukan isu main-main, ini mengenai saudara-saudara kita yang ditindas sebaik sahaja masuk Tahun Baru Hijrah Khamis lepas. Ramai orang akan mempersoalkan, selama ni pown Palestin dah ditindas, mana pergi prihatin kita terhadap saudara kita. Ada jugak yang akan berkata mungkin ini ikut musim, tapi sedar x kita bahawa semua ni adalah ujian ALLAH untuk mereka, satu hari nanti, bila ujian ni datang kepada kita, masa tu kepada siapa kita nak mintak tolong? ALLAH, nauzubillahhiminzalikkkk, mintak dijauhkan negara kita diancam.



Mungkin kita rasa kita xtahu nak buat apa2, tapi ingatlah, senjata orang ISLAM adalah doa, kalau rejim zionis ada tentera berbentuk peluru, kita Islam dan Muslim seantero dunia haruslah mengangkat tangan mendoakan untuk saudara-saudari kita di bumi PALESTIN. Aku bukanlah seorang yang arif bab agama, tapi dalam proses memperbaiki diri, aku rasa aku perlu menambah bahan bacaan aku, bukan sahaja daripada bahan bacaan yang nyata, aku jugak perlu menambah bahan bacaan daripada alam maya seagai contohnya, internetlah kan.


Aku rasa dah ramai yang bosan dengan ayat pembukaan aku yang meleret-leret macam seorang budak mengarang ayat karangan STPM gamaknya. Kita mulakan penceritaan dengan mengimbau sejarah bumi Palestin.


Bumi Palestin yang telah diambilalih oleh Israel secara tidak rasmi dan cara kekerasan sememangnya telah banyak menyaksikan pertumpahan darah, tidak mengira peringkat  umur dan dimana saja mereka berada. ALLAH, sedihnya, hanya Yang Maha Kuasa mengetahui.



Sejarah Palestin...



Palestin merujuk kepada tanah bahagian Barat Daya Syam. Palestin terletak di persisiran Laut Meditteranien di Asia Barat. Merupakan bulatan penyambung antara Asia dan Afrika sepertimana keistimewaannya yang dekat dengan Eropah. Sempadan utaranya bertemu Lubnan, timur lautnya Syria, timurnya Jordan dan selatannya Mesir. Keluasan Palestin yang diiktiraf mencecah 27 ribu km persegi. Palestin menikmati cuaca iklim Laut Meditteranien.


Bumi Palestin merupakan kota tamadun tertua di dunia. Menurut kajian kesan sejarah moden, Palestin merupakan tanah pertama yang menyaksikan penempatan manusia dan pertanian sebelum kira-kira 9 ribu tahun sebelum masehi, suku darinya telah terdiri Bandar paling tua dalam sejarah (Kota Ariha) kira-kira 8 ribu tahun sebelum Masehi, sehingga kini masih makmur dan kaya dengan tamadun.


Bumi Palestin merupakan tanah suci orang Yahudi dan Nasrani juga: Yahudi menganggap ianya tanah yang dijanjikan dan paksi sejarah mereka serta persemadian nabi-nabi bani Israel di sisinya tempat suci mereka iaitu al Quds dan al khalil. Manakala Nasrani menganggapnya sebagai tempat lahir agama mereka; yang mana Isa alaihi salam telah dilahirkan dan tapak permulaan dakwahnya. Di sini juga pusat-pusat keagamaan mereka yang besar seperti al Quds, Bait Lahm dan an Nasirah. Namun orang-orang yahudi umumnya telah menyeleweng dan tidak beriman dan beramal dengan ajaran nabi-nabi Allah alaisalatuwassalam. Oleh itu berkali-kali bangsa yahudi dimurkai Allah dan dimusnahkan.


Apabila Allah menurunkan Nabi Muhammad s.a.w sebagai nabi penutup dengan membawa akidah yang sama dengan nabi-nabi Allah terdahulu, orang-orang yahudi juga yang menolak dan tidak dapat menerima. Tambahan lagi sifat perkauman yahudi, menyebabkan mereka menolah Rasulullah s.a.w yang didatangan Allah dari bangsa Arab.








Sejarah Kemunculan Israel



Semasa Perang Dunia, orang-orang Yahudi yang terlibat dalam perang mempunyai jumlah yang besar. Dalam situasi tersebut, sekitar 119,000 orang Yahudi berdaftar untuk perkhidmatan tentera dalam masa sebulan  Perang Dunia Kedua berlaku. Pada akhir tahun 1942, sekitar 19,000 orang Yahudi Palestin - hampir 10 peratus daripada mereka perempuan - berada dalam perkhidmatan tentera dan aktif dengan  angkatan bersenjata Inggeris. Mereka adalah sebahagian daripada kekuatan tentera yang menyertai operasi di Itali dan Afrika Utara. Unit Komando Khusus Yahudi berjuang di Libya dan Ethiopia, dan juga terlibat dalam penjajahan pasukan tentera Berikat di Syria dan Lubnan pada tahun 1941. 



Orang-orang Yahudi mengharapkan bahawa penyertaan setia mereka tidak akan dilupakan oleh Inggeris ketika perang berakhir. Ia merupakan masa yang tepat untuk kembali menilai masalah perpindahan Yahudi ke Palestin. Oleh kerana situasi anti-Semitism atau anti Yahudi  muncul di Eropah sebelum Perang Dunia II, orang Yahudi percaya bahawa Palestin menawarkan tempat terbaik untuk mereka membina semula kehidupan mereka dan imej bangsa yang rosak. Pada tahun 1945, ada arus besar masyarakat Yahudi di Poland dan Eropah Timur lain melarikan diri ke kem-kem pelarian di Barat. Situasi ini berlaku kerana setelah kembali ke rumah mereka di Poland, orang-orang Yahudi mendapati keadaan yang runcing di mana anti-Semitisme telah merebak kepada rakyat Poland. Ini tidak terkecuali golongan Yahudi yang terpaksa lari dari cengkaman anti-Semitisme yang membingungkan hidup mereka di era sebelum Perang Dunia I yang dikenali sebagai ‘pogroms’. 


Ramai dalam kalangan orang Yahudi, sebagai akibat dari antiSemitisme, menjadi pelarian atau  displaced person (DP) dan beberapa kongres telah dilaksanakan untuk mencari penyelesaian untuk golongan ini. Beberapa orang Yahudi, setelah melihat keluarga mereka terlibat dalam pembunuhan beramai-ramai oleh Nazi, mereka menumpukan perhatian kepada membawa pelarian ini ke Palestin. Kemudian itu Yahudi Palestin, dengan keberanian dan semangat mereka untuk berjuang serta membela nasib kaum, berjaya menyokong serta menubuhkan negara Israel. Penubuhan Negara Israel tersebut mendapat sokongan penuh dari Amerika di mana Yahudi Amerika telah memainkan peranan penting dalam melobi kerajaan Amerika pada waktu tersebut. Ketika Harry Truman diangkat menjadi Presiden pada April 1945, beliau menjadi sasaran kuasa rayuan dan pelobi Zionis. 
Presiden Truman tidak pernah menyimpang dalam memberikan simpati terhadap aspirasi Zionis.

Ramai daripada rakyat Palestin menentang rancangan  pemisahan ini, namun ia tidak berkesan. Oleh itu ada yang melihat bahawa rakyat Palestin berhak untuk mendapatkan kembali tanah tersebut kerana pada 
asalnya ia memang milik mereka. Inilah cara untuk memberikan kefahaman kepada orang-orang Yahudi bahawa negara mereka adalah hasil dari pencerobohan tanah rakyat Palestin. 

Seorang pengkaji, Galvin menyatakan bahawa sepuluh tahun pertama kewujudan rejim Israel boleh dianggap sebagai sebuah tempoh perubahan demografi secara radikal dengan penambahan penduduk Yahudi meningkat dengan cepat. Perubahan demografi dan peningkatan mendadak jumlah Yahudi di Palestin adalah hasil daripada dua faktor. Salah satunya adalah pelarian rakyat Palestin yang telah melarikan diri ke sempadan tanahair mereka seperti Jordan, Syria dan Mesir atau ada yang terpaksa melarikan diri dengan mencari tempat  berlindung di rumah perlindungan sementara. Ia menjadi bertambah  teruk kerana usaha yang dilakukan oleh Israel dengan menduduki 94 peratus daripada harta yang ditinggalkan oleh orang Palestin yang melarikan diri. Mereka melarikan diri kerana dipaksa berbuat  demikian dan keperitan hidup. Harta-harta peninggalan mereka dirampas dan diedarkan kepada masyarakat Yahudi. Ada yang melihat bahawa ada usaha yang dilakukan oleh beberapa orang Palestin untuk mendapatkan semula harta mereka dalam bentuk hasil penuaian ke atas tanaman yang mereka tinggalkan sebelum ini atau membawa harta yang mereka tinggalkan ke rumah baru mereka.







ALLAH, banyak lagi kisah tentang palestin dan Israel, kekejaman yang xpernah berkesudahan. Untuk aku yang masih lagi xarif pasal ni, so, kita ini sebagai permulaan aku untuk membuka mata luas luas dan mengembangkan minda aku pasal keganasan yang berlaku di GAZA. Dengan 'up' nya entri baru aku dekat sini, aku sangat berharap ia tidak menimbulkan konspirasi mahupun kopratasa yang aku nih menyokong pihak mane-mane, maklumlah, pilihanraya nak dekat, kang ade pulak yang cakap aku nih sokong parti tu lah, parti ni lah, last-last, aku buat parti sendiri, PARTHIBAN kang... hehehehe.



Sebelom berakhir entri yang agak panjang ni, aku hidangkan dulu sedikit doa dan cara untuk kita bersedekah dengan cara yang mudah untuk para pejuang Islam sahabat-sahabt kita di tebing GAZA....



Untuk Menderma:


CARA MENDERMA MELALUI SMS UNTUK PALESTIN: 

1. Taip PALESTIN<JARAK>RM10 / RM5 / RM3 / RM1 

2. Hantar ke 39111


Untuk memboikot:

MEMANG KITA XMAMPU NAK TAHAN NAFSU UNTUK MEMILIKI BARANG-BARANG YANG TERSENARAI DALAM LIST BOIKOT NI, NAMUN KITA CUBA FIKIRKAN SETIAP SEN WANG KITA, KITA BELI PELURU NAK TEMBAK ADIK-BERADIK KITA, XSANGGUP RASANYA



Melalui Doa:






Lagu Yang Akan Menyemarakkan Semangat:

 





Diharapkan dengan segala usaha kita nanti, rakyat Palestin akan lebih kuat dan tabah mengharungi segalanya dan sentiasa yakin bahawa setiap titis darah yang menitis di bumi Palestin pasti dikira di syurga nanti...InsyaALLAH...



Sekian, wassalam



2 comments:

nik ros said...

terharu sis baca entry ni.sama2 kita berdoa yea :)

Hajar Yumi said...

terima kasih sudi singgah...
sama-sama kita doakan saudara kita :)