Sebenarnya aku ni buta sikit pengetahuan am, aku memang x malu nak mengaku. Tapi aku bersyukur sebab aku mempunyai seorang haousemate merangkap roomate merangkap workmate aku adalah seorang yang mempunyai pengetahuan am yang sangattt tinggi. Biarlah umur dia memang lebih tua dari aku, tapi dia seorang yang berjiwa muda. Sangat memahami woi!
Isu Lahad Datu ni pown dia yang kasitaw same aku. Mula-mula aku blurrr gila sebab aku ni kan buta pengetahuan am. Memang kalau nak beli paper tu tidaklah kan aku nak beli, dekat-dekat dengan tempat keje aku pulak mane ade orang jual paper ni. Dan nasib baik jugak aku hidup di alam millenium, semua maklumat berada di hujung jari je. Klik ape yang kita nak nanti keluarlah segala maklumat yang kita nak.
Apa yang aku tahu mengenai Sabah daripada roomate aku nih adalah dahulunya Kesultanan Sulu telah menyerahkan Sabah kepada Macapagal Arroyo. Macapagal Arroyo ni pulak telah menyatukan Malaysia dengan Sabah dan Sarawak yang akhirnya Sabah juga menjadi sebahagian daripada Semenanjung. Isu ini wujud setelah bertahun lamanya sepi adalah kerana ketamakan Kesultanan Sulu yang menginginkan kembali Sabah. Mungkinkah sebab wang ataupun aset yang ada di Sabah sekarang ini, wallahualam, aku sendiri kurang pasti. Sehingga kini, ada lapan orang askar kita yang berjaga di sempadan telah mati syahid kerana mempertahankan negara daripada serangan musuh.
Aku masih mentah dan aku kurang sangat pengetahuan pasal semua perkara ni, tapi bila tentera kita dah ramai yang gugur, apelagi yang kita nak tunggu, aku x menyalahkan mana-mana pihak dan aku x menuduh sesiapa pown, dalam dunia sekarang, semua orang kita tak boleh percaya. Apa yang aku mampu doakan adalah kesejahteraan Malaysia dan jugak Sabah. Aku tak nak negara yang aku dah duduk hampir suku abad ni berperang sesama sendiri dek ketamakan pemimpin atau sesiapa saja. Marilah kita semua berdoa semoga keamanan kembali bersama kita dan sedekahkan Al-Fatihah untuk perajurit yang telah gugur di medan perang....
![]() |
Al-Fatihah untuk Inspektor Zulkifli Bin Mamat yang gugur mempertahankan negara... |
Antara artikel yang aku baca di Facebook dan ingin aku kongsikan dengan korang
No comments:
Post a Comment