Setiap kali bukak, mesti akan ada yang tanya, kalau malas nak update blog, baik jangan buat blog. WO WO WO, jangan marah maaa, saya bizi, idea memang penoh berkepuk dalam kepala otak. Namun apakan daya, dah aku pemalas nak menaip, sebab tu aku macam lembu sikit nak update blog ni. Sori, mungkin aku akan dapat ilham daripada Haji Ilham untuk update entri bernas lagi nanti.
Cukup-cukup aku melalut bagi korang memahami aku mengapa aku selalu pemalas tahap nak kene bunuh update blog. Marilah kita kembali ke pangkal jalan dan pangkal tajuk *ayat budak SPM baru belajar buat pendahuluan karangan*.
Sebenarnya cerita ni cerita dah lama, adalah dalam 2 bulan yang lepas, ekh, jangan nak BOO BOO kan akulah, kang ade yang kene sepak free. Biarlah cerita ni dah lama pown, aku nak update jugak, at least, ada jugak entri baru, bukan entri Salam Maulidur Rasul tak sudah-sudah tiap kali masuk blog ni.
![]() |
bukan kereta aku, kereta yang aku tumpang sahaja untuk pergi bekerja |
![]() |
ni lah yang aku kata rambu-rambu macam rambut afroo Alleycat tew |
Biasanya bila korang dah masuk kat mesin ni, korang boleh je teros ke pintu keluar untuk di kilatkan tayar dan meneruskan perjalanan ke destinasi anda seterusnya. Namun, pada hari demikian, kawan aku ni mintak untuk di vakum keretanya. Oleh hal yang demikian, kitorang kene turun dari kereta dan memberi peluang kepada pekerja bangla dan nepal ataupun myanmar yang menetap di kotai berdekatan untuk membersihkan kereta. Kita pown boleh tengoklah cara kerja mereka. Mereka akan mengerumuni kereta dalam lima hingga enam orang dan 'kerja'kan kereta tu. Hasilnya, memang mengecewakan, maklumlah, bangla yang buat kerja, diorang pown main tolak-tolak je buat kerja ni. Padahal nak vakum kereta je pown, tapi bila kitorang masuk, boleh pulak ada je saki baki pasir yang tinggal.
Haish inilah beza harga dengan perkhidmatan yang diberikan, memang aku akui, kat sebelah Drive Thru Car Wash ni ade sebuah lagi car wash yang dikendalikan oleh seorang cina dan kerja yang dia buat tu amat memuaskan, harga pown murah, beza bape ringgit je dengan drive thru ni. Inilah yang dikatakan 'ada rupa ada harga'. Kerja yang diorang buat pown asal buat je, xda pown fikir nak buat sungguh-sungguh. Harga mahal, kerja pown puas hati, harga murah, perkhidmatan pown murah.
No comments:
Post a Comment