Kesayangan ;)

16 February 2012

Sepucuk Surat Secebis Bingkisan Untuk Seorang Abah :')

assalamualaikum


                                                                                                                   Siti Hajar Binti Yumi,
UCSA.

15 Februari 2012.



         Ke hadapan abah Yumi Bin Sakai dan juga emak, Zanariah binti Haji Ishak, semoga berada dalam keadaan yang sihat dan walafiat hendaknya. Anakanda di sini usahlah emak dan abah risau, semakin sihat hendaknya, alhamdulillah.


Abah, 

       Hari ni merupakan hari ulangtahun kelahiran abah yang ke - 51. Terasa cepatnya masa berlalu sampaikan x sedar langsung abah sekarang dah nak pencen. Rasa macam nak putar balik masa yang cemburu sangat dengan manusia ni patah balek dekat zaman abah muda-muda dulu. Pakai seluar kembang bawah. Memang kool giler abah. Mane x anak abah yang sorang laki tu ikut jejak abah.



Abah,

      Masuk tahun ni dah bape tahun hajar xdapat sambut hari lahir abah same-same dengan abah. Abah memang xsuke orang cakap selamat hari jadi dekat abah sebab abah jata kita x tahu bile jadinya seseorang manusia. Yang dah nampak realiti depan mata kan bila dia dah lahir jadi manusia kan??? Abah memang seorang yang sangat best! Abah, dah masuk tahun ni, umur hajar pown maken meningkat dewasa, patotnye anak abah dah boleh kawen dah kan bah? *__* gatal. Hajar nak buat flashback semua kenangan indah hajar dengan abah.


Abah, 

      Masa hajar kecik-kecik dulu, budak hingusan lagi, pagi-pagi abah yang akan layan kerenah anak abah ni, antar mak pegi keje , bawak hajar yang baru bangun tido antar mak lalu ladang kelapa sawit. Dulu abah keje shif, so adekalanya abah keje malam, adekalanye abah keje tengahari dan adakalanya abah keje pagi. Masa tu abah xde kereta pown lagi. Bila dah sampai masa hajar masuk sekolah tadika, abah yang hantar hajar pegi daftar, amek hajar balek sekolah. Mak xdapat nak hantar sebab emak pagi-pagi dah kene pegi keje. Mak masak, sediakan bekal bawak pegi sekolah. Memang daripada kecik mak ajar bawak bekal walaupun hanya nasi dan telur goreng. Sedap dan lagi kenyang nak dibandingkan beli me goreng dekat kantin yang mahal tapi x kenyang. Masa malam, kalau hajar tetido kat depan TV, abah akan angkat hajar masuk dalam bilik, tapi sekarang kalau angkat kepala hajar abah dah boleh patah pinggang.~pfffttttt~


    Masa darjah 6, hari petama mula peksa UPSR abah anto, mase hari last peksa pown abah jugak yang amek. Habes je peksa, abah terus ajak pegi ngeteh. Macam taw je anak dia nih dah berhempas pulas jawab soklan UPSR yang masa tu memang mencabar minda sungguh. Seronok bile pikir-pikir balek. Abah jugak yang ajar hajar bawak motor sebab dulu akak Siti dengan Kak awe masuk asrama. Xda orang nak antar pegi sekolah agama. Tetiap petang abah jadi cikgu ajar bawak motor sampaila bawak kereta sekarang. Abah jugak yang jadi cikgu dekat budak yang bijak macam nak kene ketuk ni.


Abah,

     Bila dah masuk tingkatan, mak dengan abah amek keputusan nak masukkan hajar kat asrama sebab keputusan UPSR, alhamdulillah memberangsangkan. Sepanjang kat asrama, hajar memang menyusahkan emak dengan abah, nanges macam kene buang kelurga, sebulan nanges airmata xberhenti, abah buat macam-macam biar hajar xbalek umah. Naseb baek anak abah ni kuatkan hati dan kesian dekat abah yang sanggup je datang bile ada mesyuarat ke, ada solat hajat ke suruh hantar barang ke hape. Bila ingat balik, rasa kejamnya hajar pada abah dulu. Sampai habes sekolah, abah yang selalu amek, hantar hajar balik asrama. Rasa dah terlampau banyak pengorbanan abah dekat hajar. Masa tingkatan 5, hajar x bagi emak dengan abah datang Majlis Graduasi sebab malu dengan result masa tu, duduk pown dah barisan yang nak kebelakang. Xberbaloi langsung kalau abah datang.


     Masuk ke alam Matrikulasi, alam yang hampir ke alam dewasa sikit, abah sanggup hantar hajar jauh-jauh semata-mata nak bagi anak dia belajar dan pandai. Masalahnya , anak dia ni gatal, pegi main-main sangat masa suruh belajar. Result pown x mengizinkan untuk hajar teruskan belajar masuk universiti. Tapi bila xdapat masuk U, abah tetap bagi sokongan dan abah terus suruh apply masuk kolej ni. Hajar xbanyak cakap, terus online petang tu dan Alhamdulillah, ada rezeki hajar rupanya dengan kolej ni. Alhamdulillah jugak sepanjang belajar dekat kolej ni, hajar nak tebus balik silap masa dekat matrikulasi dulu. Dengan doa abah dan emak yang xputus, hajar rasa hajar boleh nak dapatkan pointer hajar tu. Dulu hajar nak jadi doktor, bila pilih kos ni,  boleh pulak dia link dengan doktor. Terus hajar sedar yang ''ALLAH DAH LUKISKAN CORAK DAN PERJALANAN HIDUP HAJAR CUMA PERJALANAN TU SEDIKIT JAUH DAN ALLAH TAHU YANG TERBAIK UNTUK HAJAR''.

Abah,

      Hajar nak mintak maaf selama hajar hidup menjadi anak kepada abah, ada kata-kata abah yang hajar x ikut dengan baik, Hajar tahu bukan senang nak menjaga anak yang degil macam hajar. Kos membesarkan hajar setakat ni pown dah mencapai RM 600 000 kalau x silap hajar. Mane hajar nak cari duit nak bayar semua duit abah tu? Tapi abah memang x pernah mintak apa-apa dekat anak-anak abah, abah siap marah kalau ada anak abah yang beli baju ke apa-apa hadiah untuk abah. Abah, terimalah semua tu, memang kalau nak balas balik dengan ape yang abah dah berikan dulu tu, memang xkan terhabis nak bayar taw bah. Memang abah x pernah suruh pown balas semua jasa abah dan bayar balik duit yang abah dah laurkan untuk kami tu, tapi hajar tetap rasa menyesal kalau semua duit tu hajar gunakan untuk benda yang x penting. Sebab tu masa cuti mesti hajar nak keje, hajar kalau boley xnak susahkan abah. tapi mintak maaf abah, mesti ada je yang xcukup untuk keperluan hajar ni.


Abah,

    SELAMAT HARI LAHIR, PANJANG UMUR ABAH, DIJAUHKAN DARI SEGALA PENYAKIT DAN MUSIBAH, SEMOGA TERCAPAI APA YANG ABAH HAJATI, SEMOGA ABAH SIHAT SAHAJA HENDAKNYA, MURAH REZEKI ABAH SELAMANYA DAN APA YANG PALING HAJAR NAK ABAH TAW, HAJAR SAYANG ABAH SANGAT-SANGAT. ABAH ADALAH BAPA YANG PALING BEST DALAM DUNIA....ALLAH, LINDUNGI ABAH SAYA, SAYA SANGAT SAYANGKAN DIA....TERIMA KASIH SEBAB BESARKAN HAJAR JADI MANUSIA...NO MORE WORD THAT CAN IMAGINE HOW MUCH THAT I LOVE YOU ABAH....








Anak Yang degil,


hajar...
                                                         


Sekian, babai





No comments: