Kesayangan ;)

08 May 2011

Titipan Khas Untuk My Dearest Mak

assalamualaikum





Ini peristiwa kedua dalam bulan mei. Minggu ni kira dah minggu kedua dalam bulan Mei kan, so ade jugak peristiwa yang memang disambut seluruh dunia masa ni. Entri lepas pasal peristiwa pertama yang orang seluruh dunia sambut mase masuk bulan mei ade dekat sini.


Esok minggu kedua dalam bulan Mei, macam semua orang maklum, HAPPY MOTHERS DAY!!!!!!!!!!!!!!!








Sejujurnya, mak gua memang orang yang tabah. Kuat dalam segala-galanya. Mak memang terhebat untuk gua. Korang nak taw sebab ape, sebab boleh handle gua dengan adik laki gua yang keras kepala dan bersabar dengan perangai kitorang ni. Kitorang memang x boleh tegur lebih-lebih, kene ala kadar sebab  nanti baru kitorang sedar sendrik.


Memang gua taw gua selalu jadi kuanghajo sedikit dengan mak, kengkadang terlanggar peraturan sikit, tapi bile dah sedo tu, teros cepat-cepat mintak maaf dekat emak. Nak ape-ape cakap dekat emak, sebagai contohnye, nak duit. Maklumlah sebagais eorang student yang belom mempunyai sebarang keje tetap, memang selalu menggunakan bantuan kewangan daripada FAMA. Kalau xda bantuan seumpama ini, memang gua mati golek-golek je kat kolej nu ha. 






love u emak




Bile blaja jaoh-jaoh boleh menitis woo airmate bile mesej-mesej mak, emak cakap ayat yang membuat jiwaku tersentuh. hohoi. memang senang citer, bile mak bebel, gua macam nak tutup telinge, tapi bile jauh dengan mak, buat gua rindu. Kengkadang gua blek without purpose pown ade jugak. Nak cakap gua rindu emak, gua malu. tapi nak buat cemane kan. memang hakikat. Bukan gua takut emak yang xnak terima bile gua cakap gua rindu emak, takut abah pulak jeles kang bile gua cakap gua rindu emak, pelok emak kiss-kiss sane sini. :)










Untuk emak, Zanariah Binti Haji Ishak,


Terima kasih kerana melahirkan gua ke dunia, terima kasih kerana merotan gua mase kecik-kecik sebab x reti nak buat kerja sekolah, terima kasih kerana sudi menocangkan rambut sebelom pegi sekolah mase kecik-kecik dulu, terima kasih jugak kerana sanggup menghadap muka budak yang keras kepala ni serta melayan kerenah gua yang memang ikut arah angin je lagaknye.Terima kasih jugak dekat emak sebab sudi nak menyumbangkan duit untuk membeli laptop kesayangan ini. Terima kasih sebab sanggup hantar gua belajar jejauh walaupun terkantoi , gua masih bersemangat meneruskan pelajaran gua dekat kolej sekarang ni. Emak, terima kasih sebab sudi jadi sumber inspirasi gua dek kerana kesabaran dan ketabahan emak itu. Gua memang sangat kagum dengan emak. Emak orang paleng gua sehayat gua nih. Gua x dapat nak belanje mak makan, mahupun belikan emak sebarang hadiah. Gua mintak maaf mak, insyaALLAH ade rezeki bile keje nanty, gua akan cuba penuhi kehendak emak semampu gua.




Emak, gua mintak ampun mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki sebab banyak sangat buat salah dekat emak, lukakan hati emak dengan kate-kate mahupun perbuatan. Gua doakan emak dipanjangkan umur sampai anak-anak emak bertemu kejayaan dan emak dapat merasa hasil kejayaan tu sebab membuktikan emak berkaya didik anak-anak emak. Kalau gua tulis panjang-panjang konfem banjir kampung gua malam ni. Gua berenti sini dulu yea emak. Hari-hari adalah hari emak gua pada gua.








U R THE ONLY ONE MOTHER I HAVE IN THIS WORLD AND ENTIRE OF MY LIFE....




Sekian, babai






2 comments:

fyna ahmad said...

fyna syg mak fyna..
:)




jom singgah n follow belog fyna.
http://inibelogfyna.blogspot.com/

Hajar Yumi said...

saye pown sayang mak saye sangat2