Kesayangan ;)

01 February 2011

Mari Mewah Air




assalamualaikum



Selamat bulan Februari ye para kengkawan yang sedang syok tidor bersama bantal busuk memaseng dan jugak selimut yang tebal macam comforter xbagi bangun.Lagaknye macam setan yang menyelimutkan manusia dengan kulit Khinzir.Ish ish ish.Kesian....




Korang nak taw x, semalam kan 31 Januari kan?Gua naek bas nak balek kampung kan 30 Januari, korang nak taw, gua dapat percutian terhebat taw!Balek kampung siap kena bermalam sehari.Kirenya perjalanan gua dari Kuantan nak balek Muo 2 hari 1 malam. Betapa seronoknyelah gua.Hanya berbekalkan harga tiket RM23 hengget, gua boleh dok dalam bas 2 hari, aircond free.Cume yang x berapa nak seronok sikit arh kan. Gua kene tahan azab nak buang air kecil selama sehari semalam. Bukan xde tandas nak g berak ke kencing ke.Masalah yang gua hadapi, bile tengok keadaan kebersihan toilet awam di Segamat tu, dengan segala hormatnye, gua teros x jadi nak Qada' Hajat ke hape ke.Teros terbatal seyh.Gua lebey rela menahan daripada terpaksa nak membuang dengan keadaan kebersihan yang x menepati citarasa gua ni.Memang gua demand sikit part-part kebersihan nih.Nak tawu gua belajar dari mane?Gua belajar daripada guru yang tiada tolok bandingan iaitu mak gua sindrik.Puan Z.




cuace pada hari kejadian bukanlah begini elok...




Okey, berbalik kepada cerita gua nak balek muo makan masa sampai 2 hari. Mule-mule gua gerak daripada Kuantan tuh, pukul 3.40 petang , 30 Januari, hujan memang dengan bangga arh mencurah-curah ke bumi mase tu.Sepanjang perjalanan memang hujan lebat, diiringi dengan angin yang bersepakat membantu hujan menumpaskan matahari yang selama nih mendabik dada bangga. Sampai kat Muadzam, gua dah  rase macam takut-takut sikit sebab tengok air sungai dah maken naek, deras pulak tu. Memang menakutkan arh macam tu.Disebabkan nak tutup sikit rase takut yang bersarang, gua pown tido larh. Sedo jerk nak sampai kat Segamat dah. Kat Keratong memang banyak sangat pokok kelapa sawit yang pendek-pendek, tu pown gua dah xnampak hape dah, yang gua nampak cume pucuk dier jerk.Gua dah x boleyh nak beza sungai dengan ladang kelapa sawit dah.Sampai kat Felda Pemanis, jambatan die hampir tenggelam, kalaw lambat bape jam memang boleh kate gua dah kandas kat situ.




keadaan sungai segamat yang memang gua nampak dengan mata kepala gua sendrik...




Pukul 6.45 petang, 30 Januari, gua dah sampai kat Segamat, kire dah zon selamat dah tu.Pade gua selamat arh tu, japg gua tengok sungai Segamat tu air deras giler , memang dalam hati gua ade macam feel kurang baek sikit lah. Gua dapat rase yang memang xakan dapat balek muo dalam waktu yang terdekat tu.Mase bas start nak masuk parking kat terminal segamat, memang dah berderet-deret bas laen ade kat situ.So, gua agk memang xley nak lalu arh kat tempat2 len pown.Sekali betol daa sangkaan buruk gua tu.Lepas jerk ade penumpang turun kat Terminal Segamat tu, teros abg drebar wat pengumuman, semua jalan nak balek ke Muo dah tutup dan maybe akan bermalam kat Segamat. Perh!teros gua rase sentap mak nakkkkkk.



Tetibe jerk kan rase cam nak wat hujan edisi sendrik.Teros kol abah gua memberitahu keadaan anak yang menjadi mangsa banjir dengan segera. Malam tu memang gua tido free dalam bas bertemankan hujan yang masih lagi membangga diri turun mencurah-curah ke bumi. Malam tu hujan benti larh kejap, mungkin nak berenti sebab dah letey kot nak bekerja.Tapi xsampai sejam berenti, hujan pown turun balek.Memang hujan nih x reti nak penat dan letey taw. Malam tu kesakitan badan gua nih tido dalam bas.Naseb bek ade geng-geng bersama yang sekongkol dengan gua malam tu kat dalam bas.Kitorang tdolah dengan amannye dalam bas.Ape nak buat, kamikan mangsa banjir yang belom sempat Pakcik-pakcik penyelamat nak selamatkan.





31 JANUARI 2011








Bile pagi menjelma, keadaan dah maken kelam kabut, yang gua nih konfem nak balek dengan segera, xkan nak suruh gua duduk diam-diam kat Terminal, tunggu bantuan sampai pastu bagy makan sardin, nasik kawah.Memang tidaklah.Hujan maken lame maken megah turun lepas tu turun dengan galak pulak tuh.Haiyaa, bateri henfon gua dua-dua sudah buat muke kesian meh, mintak isi balek.Henfon gua pown jadik mangsa banjir.Kasihan betol sama henfon gua.Bile dah pukul 10 lebey, abg drebar masuk dalam bas dan bagitaw perkhabaran gumbira untuk rakyat jelata dalam bas.



Kami boleh terlepas daripada menjadi mangsa banjir berlarutan!!!!!Tapi memang kene jalan jauh sikit arh memandangkan Segamat mase tu dah jadi pulau dan jalan-jalan yang di sekitarnya memang dah xboleh nak lalu.Dahsyat betol banjir kali nih.Abg drebar yang dah slalu bawak bas tu siap boley cakap, die keje bawak bas dah seploh taon tapi xpernah pulak nak terkandas dalam banjir macam tu.




keadaan bandar segamat





gua x tipu kan.





Kitorang meninggalkan andar Segamat dengan perasaan yang sedikit lega. Tapi perjalanan memang kene lalu jalan jaoh r.Itu jerk satu-satunye jalan nak keluar daripada banjir tu.Kitorang nih rakyat jelata yang redha, memang turtkan aje ape yang abg drebar aturkan untuk kami semua.Asalkan kami xperlu memegang takhta magsa banjir lagi.Kitorang menjelajah negeri Sembilan , lalu jalan-jalan kampung, lalu jalan-jalan yang memang gua seriau nak pandang kebawah.Keluar kat iwey Senawang.Mase tu memang dah lega gile-gile.Kalau nak buat pesta dalam bas pown memang dah boleh sangat dah. Potong punye potong, jalan punye jalan sampai kat iwey Tangkak, ingat bencana dah berakhir masa kat Segamat tadi, rupe-rupenye, iwey Tangkak pown dah naek air dah.Memang terbaekkkkk banjir kali ni.Memang x kelip-kelip mate gua tengok air melimpah ruah kat atas jalanraya. Selama nih gua tengok kat tv je, japg kali ni memang real punye.




sekadar hiasan





Bile dah lepas daripada banjir, dah nak sampai dah pown kat Muar.Memang sampai kat Muar tu tepat-tepat pukul 3.30 petang.Maknanya memang genap seharian gua punye travel daripada Kuantan balek Muar.Kalau nak tanye dekat akak gua yang penah dok kat Kuantan 2 taon pown die belom penah dapat lagi pengalaman paleng bernilai macam yang gua dapat nih.Memang superb arh kan!



Sampai kat kampung, tengok kampung gua pown air melimpah ruah, umah makcik gua yang rendah memang sah dimasuki air.Jalan nak masuk kampung gua pown air dah penuh.Memang dahsyat sungguh kejadian banjir pada kali ini.Tapi memang gua bersyukur sangat sebab gua xpayah nak berkampung kat Segamat sampai seminggu, tunggu orang datang bagi makan nasi kawah dengan lauk sardin. Memang tidak lah kan, kalau tu betol-betol terjadik, memang gua nak menjerit hentak-hentak kaki macam budak kecik.Gua pedulik hape orang nak mencaci perangai gua yang sejibik macam anak puntianak nih.Tetibe gua terpikir, apesal mase gua terkandas kat Segamat, xda sorang pown wartawan yang nak menyinggah kat situ, dok temubual gua erk.Gua pown heranlah kenape.Nak jugak gua tepek selai dua helai muke gua kat tv erk.


siap boley menjala beb kat tengah jalan




begini keadaan kebun kelapa sawit yang ditenggelami air







Sekian luahan mangsa banjir, babai




Renung-renungkan dan selamat beramal!!!!!





No comments: