Kesayangan ;)

11 January 2012

Muntah Biar Lega....

assalamualaikum




Dalam hidup ni manusia memang xpernah puas bila melihat orang lain berjaya. Aku pasti dan yakin korang sumer mesti pernah hadapi apa yang aku rasa. Ada manusia yang memang sampai bila-bila pown dia x akan mengaku kesilapan dia sendiri sebab dia rasa diri dia terhebat. Ada pulak jenis manusia yang x boley terima pendapat orang lain sebab dia rasa diri sorang yang betul. Ada pulak jenis manusia yang boleh menindas orang lain berdasarkan pangkat dan kedudukan yang dia ada.


Korang kene ingat, hidup kita kat bumi ALLAH ni cume sekali je, hidup ni cume satu pentas dimana ALLAH nak uji dan tengok ragam kita macamane. Sama ada kita terus rasa bersyukur dengan nikmat yang DIA beri ataw pown kita kufur  dengan nikmat yang diberi. Kadang-kadang masa kita susah, rezeki belom lagy ALLAH nak beri pada kita, kita akan cakap kita xkan lupakan DIA, tapi bila kita dah berada dalam keadaaan senang, xramai yang akan ingat pada ALLAH, ni semua bukan salah orang laen, salah diri sendiri.Memang kadang-kadang ALLAH 'hold' dulu hukuman untuk kita, tunggu dekat akhirat nanti baru bagi. Tapi pada pendapat aku, bile ALLAH bayar 'cash', lagi mudah. Xpayah nak tangguh-tangguh, so, kita jadi terus sedar dan rasa insaf tu ada je dalam diri kita. Ala, macam korang gi beli perabot dekat kedai, pastu mintak bayar ansuran, bulan-bulan mesti korang rasa berat nak bayar kan?Cuba kalau korang beli tunai, senang je, bayar dan angkut. Sekali kerja je!!!!!Macam tu jugak dengan hukuman yang ALLAH nak beri kita masa di akhirat nanti.



Apa yang aku nak kongsikan hari ni adalah sebagai satu pengajaran dan pengalaman jugak untuk memori aku bile aku dah beranak-pinak-cucu-cicit-piut-miut nanti.Bunyinye umpama aku nak kawen hari esok saje, bukan, jangan salah paham, aku bukan nak kawen besok, aku bakal berkahwin dalam jangkamasa lapantaonpunyeesok. Harap korang semua bersabar dan berdoalah masa aku kawen tu, aku dah pandai edit blog yang tidak semenggah ini menjadi cantik dan korang pon  tidak jemu untuk membuka walau ada masa cuma lima saat sahaja.



Korang penah x rasa macam tahap kesabaran korang dah memang berada di tahap yang paleng tinggi?Aku boleh bet ar dengan korang sebab aku tahu kita semua bukan malaikat dan aku sendiri mengaku yang aku ni memang x baik, mane ada manusia yang sempurna dalam dunia ni melaenkan RASULULLAH ye dak????Perbezaan kita dengan orang laen dan para sahabat nabi adalah tahap keimanan kita. Ada orang kata, kalau orang tu beriman, maknanya orang tu akan tinggi tahap kesabaran dia. Zaman sekarang memang susah kita nak jumpa dengan orang yang sedemikian.



Pengalaman hidup aku selama nak masuk 22 tahun hidup kat dunia ni dah cukup nak buat aku matang, nak kenal manusia ni macamane. Tapi sila jangan salah paham, aku bukan yang mudah nak menuding jari ke arah orang lain, aku jugak jenis x suka nak bukak mulut bercerita perihal peribadi sekali pown dengan orang-orang yang aku rapat. Dalam dunia blog, hal tu dah lain, aku bebas. Kalau anon nak benci sekalipon, bencilah, aku xde hal.



Tahun ni aku praktikal dan insyaALLAH, kalau diizinkan ALLAH, aku akan menempuh satu alam baru iaitu alam pekerjaan, kat sana nanti lagi bermacam-macam jenis manusia yang aku akan hadapi, macam-macam jenis ragam jugak yang aku kene handle setiap hari. Sedangkan dalam dunia praktikal ni pown, kita dah boleh tahu perangai sebenar kawan yang sebelom ni duduk sekelas tapi xserumah dengan kita. Bukan niat nak memburukkan sesiapa, cuma kadang-kadang telinga perit mendengar, hati rasa sakit untuk menerima. Memang aku akui yang aku ni bukan jenis menjawab, aku ni seorang perempuan yang hanya mampu tersenyum, x suka bercerita hal peribadi dan lebih suka memujuk hati daripada terus-terusan merajuk dek dihina, direndahkan oleh orang laen.



Aku nak sangat tahu apa pendapat korang dan cemane korang handle kalau ada orang yang selalu merendah-rendahkan korang, yang selalu nak menang, yang selalu membangga diri dengan ilmu yang sedikit walaupun pada hakikatnya ilmu orang lain lagi banyakkkk, yang memang x akan pernah mengaku salah dan tak nak kalah dan suka memburukkan orang lain demi untuk melihatkan dirinya tersangat baik dan mulia di kalangan orang lain. Golongan seperti ini akan berasa puas dan gah andainya orang lain mengangkat diri beliau dan selalu memuji dirinya. Mereka ini dahagakan pujian dan menganggap diri mereka terbaik. Itulah satu-satunya cabaran yang betul-etul menguji emosi dan mental aku sekarang ni.



Golongan manusia yang sememangnya tak boleh melihat kesenangan pada orang lain dan cemburu bila ada orang lain yang lebih baik dari dirinya. Cara aku handle adalah dengan TERSENYUM, SABAR dan BERSERAH KEPADA ALLAH. Dalam hati selalu cakap, ALLAH temukan aku dengan orang yang sebegini sebab ALLAH nak tengok setinggi mane iman aku dan macamane aku nak handle masalah ni. Mungkin belum masanya ALLAH nak tunjukkan dekat dia yang kita ni x sempurna dan makhluk yang naif. Aku rasa cukuplah sampai sini je coretan hati aku ni, kang bila taip banyak-banyak, makin banyak dosa yang aku tanggung sebab menceritakan keburukan dekat orang lain. Nauzubillahhiminzalik.....





Doakan aku terus sabar dan redha dengan segala ketentuan ALLAH dan takdir yang ALLAH dah tentukan untuk aku adalah yang terbaik untuk aku dan masa depan....AMINNNNNN










Sekian, babai




No comments: