Kesayangan ;)

26 November 2011

Salam MAAL HIJRAH

assalamualaikum






Selepas je selesai solat maghrib tadi, kita semua sudah masuk tahun baru hijrah. Atau bahasa kasarnye tahun baru Islam. Memang kalau kita dapat perhatikan, sambutan awal tahun Hijrah x macam awal tahun masihi, ada bunga api, ada konsert bagai segala lah. Awal tahun Muharam ni sebenarnya nak berikan kita keinsafan, merenung masa silam, tahun yang dah lepas antara amalan-amalan kita. Itulah perbezaan dia yang ketara kalau kita dapat perhatikan nak bandingkan dengan awal tahun Masihi. Orang dok ramai-ramai dekat dataran merdeka nak countdown sama-sama. 

Kalau tahun baru Hijrah ni pown kita boleh jugak nak buat countdown pe semua, boleh, xde masalah. Caranya kita countdown daripada kita habes baca doa akhir tahun sampai ke azan maghrib, dah masuk tahun abru dah. Senang kan???Lagi mudah, xpayah nak ada bunga api, xpayah kita nak duduk dekat padang sejuk-sejuk, malam-malam. Gua xde niat langsung nak menghina dan mengutuk buadaya masyarakat sekarang sedangkan gua pown ade jugak buat macam tu. Cumanya, sekarang ni gua belom lagi ke tahap nak countdown dekat DATARAN MERDEKA sampai malam nak tunggu pukul 12 belas malam. Paling kuat gua sambut dekat rumah, memang sambut secara live, tapi depan tv lah macam biasa. Maklumlah, anak mithali kan.....puiiihhhhhhhhhhhhhhhh

Bila masok AWAL MUHARAM, sepaptutnya azam kita dah boleh berubah, tapi kadang-kadang ramai orang yang terlupa dan tersalah, mereka anggap awal tahun MASIHI adalah permulaan segalanya. Mengapa dan kenapa pown gua masih mencari-cari jawapan tu sebenarnya.Apa-apa pown, gua harapkan korang kat luar sana masih tahu ape tu MAAL HIJRAH dan sepatotnya kita mencari sinar dan keberkatan di samping menginsafi apa yang kita dah lakukan tahun lepas. Memang gua bukan baik pown nak cakap konon macam alim, tidak, ni sebagai peringatan untuk kita, kita hidup dekat dunia ni bukan untuk selamanya.

Ada masa kita perlu perbetulkan diri kita, sememangnya manusia bukan sempurna. Tapi kita masih mempunyai peluang untuk perbetulkan diri kita selagi kita masih punya ruang dan waktu. Gua rasa cukup dah kot entri untuk malam ni, gua pown masih banyak nak perbetulkan diri yang memang banyak sangat dosa sampai bahu kiri dah senget je jalan ni. 

Sampai sini dulu, SALAM MAAL HIJRAH korang sumer, semoga tahun baru memberikan kita kesedaran bahawa semakin meningkat usia kita, semakin dekat diri kita menuju kematian yang pasti.....














Sekian, babai







No comments: