Kesayangan ;)

12 November 2011

Perangai Manusia, Sumpah Memeningkan

assalamualaikum


Untuk pengetahuan korang semua, bukan senang gua nak hapdate entri berbaur marah, kalau nak marah, mesti tahan-tahan, at last pegi satu sudut nanges sendirian. At least, gua x mengaibkan orang beb, gua x marah orang sembur ikut suka hati gua beb, xpown gua xkan blog kesah itu sambil mengajak orang laen berjemaah membaca keburukan orang tersebut.

Hal ni mesti berlaku mase minggu exam, biasalah, masa ni lah manusia akan mencari sumber yang boleh dijadikan rujukan untuk mereka supaya nanti mereka turut berjaya bersama. Xpe, biarlah, manusia mana yang xmahukan kejayaan, yang xmahukan sukses di penghujungnya. Tapi manusia yang berjaya dan hatinya busuk xkan pergi kemana. Percayalah.

Bukan niat gua nak menjatuhkan sesiapa, gua pown xnak mention sesiapa sebab gua ni bukan baek sangat,memang ada mengumpat, mengutuk, xpuas hati dekat orang. Lumrah sebagai seorang manusia, hatinya sentiasa bersifat dengki. Tapi sebagai manusia jugak bukan hak kita nak menghukum orang yang bersalah, kita jugak kene sentiasa bersifat memaafkan. Ya, semakin hari kita semakin dewasa, sepatutnya kita bersifat matang dan mudah dalam mengendalikan masalah. Tapi lain pulak yang berlaku dalam situasi gua.

Dah berapa lama gua belajar, perkara yang sama jugak gua hadapi, itu yang membuatkan gua jadi kuat, masa memula dulu, memang selalu sangat nak nanges, tapi sekrang alhamdulillah, dah boleh mengurut dada tanda bersabar dan banyakkan beristighfar sebab bukan mudah kita nak melawan marah tu sendiri. Sometimes, gua rasa sengsorang lebih baik daripada kita beramai-ramai. Sebab bile ramai-ramai, macam-macam muka yang kita akan hadapi.

Contohnya, talam empatbelas muka, depan kita bukan men menjulang kebaikan kita, belakang kita, macam-macam perkara buruk mengenai kita terkeluar, nauzubillahhiminzalik. Memang gua x baik, gua x perfect, semayang pown ada yang tinggal, ngumpat orang bile dah cukup korum memang wajib tapi sejahat-jahat gua, gua x pernah nak rasa dengki dekat apa yang orang lain miliki. Gua sentiasa doakan dan perkataan yang selalu keluar dari mulut gua bile gua mengetahui satu penipuan ataupun satu keburukan pasal gua adalah 'biarlah', 'biarlah', 'biarlah'.

Betol kan? Kita biarkan jela, kita nak buat macamane, orang dah mule mengata kita, orang dah tuang taik atas kita pown, dah kotor pown badan kita nih, kita nak buat macamane. Bukan kita boleh tarik balek butir kata yang orang dah lempar kat kita, bukan kita boley nak belasah orang tu , kang masuk penjara aiyoyoyoyoyoyoyo x taw. Leys make it easy dude, every people got problems tapi diorang hadapi, x payah cakap dengan orang, xperlu heboh untuk cerita keburukan diorang pown masalah boley setel. Lagi mudah. Itulah, orang bijak pandai selalu mudah keluar dari masalah sebab dengan otak mereka selesaikan masalah. Tapi kalau selesai dengan mulut, jadi gaduh dan akan bawak pada bunuh.

Selalu gua rasa kenapa jadi macam tu, kenapa jadi macam ni dan banyak lagi kenapa. Terus-terus kenapa, biaselah, manusia sifat ingin tahu dia tinggi. Gua pown selalu kaji dan analisa diri gua, salah ke begitu, salah ke begini, bukan apa, takut-takut apa yang keluar dari mulut kita disalahtafsirkan orang dan habes buruk nama kita.

Kenapa bila ada sesuatu masalah, manusia mudah untuk meluahkan dan bila meluahkan, pelbagai lagi perkara buruk terjadi. Bukan sahaja dekat orang yang bersalah, malah dekat orang yang x bersalah pown turut terkene tempiasnya. Subhanallah, hanya kesabaran je yang mampu dijadikan pasaknya sekarang.

Lumrah manusia, menipu dan tertipu segalanya boleh berlaku kerana tak semua manusia baik, manusia yang baik susah untuk dicari zaman ni, baik dari luaran namun dari dalaman hanya ALLAH yang maha MengADILi...

Semoga hati ini cepat terubat dan tenang apabila zikir terus dibacakan...Untuk kengkawan yang try nak search gua dekat facebook, gua terpaksa deactivate facebook untuk sementara waktu ni. Bukan apa, gua bimbang bila bukak facebook, hati akan tersambar dan takut pulak mulut lancang menyatakan perkara buruk perihal orang lain. Biarlah gua habeskan exam ni cepat-cepat dan dapat pulang ke kampung dengan segera. Gua muak dan letih dengan kepura-puraan manusia dan segala penipuan.









Sekian, babai






No comments: