Kesayangan ;)

02 June 2011

Marilah Bernazar Beramai-Ramai

assalamualaikum




Kali ni bukan gua belagak nak jadi ustazah ke ustaziah ke yea. Bukan bukan. Kali ni gua cume nak cakap pasal 'nazar'. Sape kat sini penah ber'nazar' sileeeeee angkat hidung!!!!!hah, ye, korang memang sombong sebab hidung tunjuk langit. Ekh sori, gua bergurau aje erk tadi. Bukan ape, nak jugak tengok gigi kerompong korang mase memule masuk kat blog gua nih. Dahla, xpayah nak membebel panjang sangat, ko hengat orang suke ko membebel panjang-panjang setakat nak buat intro????



Cakap pasal NAZAR ni, bukan semua orang boleh nak ber'nazar'. Setakat ape yang gua taw, bernazar adalah satu bentuk niat ataw perjanjian kepada diri kita sendri andainya apa yang kita hajati menjadi kenyataan, kita akan memberikan ganjaran terhadap diri kita sendri. Gua ni memang xpakar langsung kalau nak berhujah membebel pasal agama. Gua search dekat internet je pasal nazar ni semua.


Ni pasal pengertian nazar :


NAZAR menurut istilah ulama fikah ialah beriltizam untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan kewajipan yang tidak disyarakkan secara mutlak atau tidak terikat dengan sesuatu yang mewajibkan dari melakukannya.

Dalil dari al-Quran dan hadis mengenai keharusan nazar, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: Mereka menunaikan nazar dan takut akan suatu hari yang azabnya merata di mana-mana. (al-Insan: 7)

Sabda baginda Rasulullah s.a.w. daripada Aisyah r.a yang bermaksud, Sesiapa yang bernazar untuk taat kepada Allah maka taatilah akan-Nya dan sesiapa yang bernazar untuk berbuat maksiat kepada-Nya maka janganlah membuat maksiat kepada-Nya. (riwayat Bukhari)







Gua dapat jawapan kat atas ni daripada sini




Lepas tu, gua ingat selama ni, nazar tu untuk mende bebaik jerk, rupe-rupenye, nazar pown ade jugak untuk mende jahat erk???Betapalah kejahilan gua terserlah. Maklum arh, gua nih blajo agama sampai tingkatan lima, pastu gua x dapat nak masuk Darjah Khas(kat JOHOR) je ade Darjah Khas ni.  Maklum le, dulu gua nih konon-konon pandai arh sikit, terlepas nak masuk maktab mase umo x cukup lagi. Pastu, terseliuh kat simpang empat pulak, naseb baek kuat lagi gua nak jalan, sampai jugak gua dekat sini. Bercakap kembali pasal nazar, mase memule gua kenal erti nazar masa skola agama kecik-kecik. Ustazah gua kata, kalau nak nazar yang baik-baik, insyaALLAH, apa yang kita hajati, akan tercapai. Wallahualam, sesape ade baca entri ni, yang arif daripada gua, mintak tolong perbetulkan. Gua ingat nazar mende baek jerk, sekali baca punya baca tadi kat internet, ade jugak erk nazar untuk mende x baek.....






Hukum bernazar


Harus kerana ini dapat mendekatkan diri dengan ALLAH....




Cara Bernazar




JIKA seseorang itu hendak bernazar, pertama sekali hendaklah dia mengetahui dengan apa dia mahu bernazar. Maka di sini nazar terbahagi kepada tiga bahagian seperti berikut;

l
Nazar Lajaj: nazar yang berlaku ketika seseorang itu hilang pertimbangan diri akibat terlalu marah.

Contohnya dia berkata: “Sekiranya aku bercakap dengan si fulan maka demi Allah atasku puasa sebulan”. Nazar jenis ini ada dua keadaan dari satu sudut ia seperti bersumpah tidak mahu bercakap, dari sudut yang lain pula seperti nazar, maka orang yang bernazar boleh memilih sama ada tebus sumpah atau menunaikan nazarnya.

l
Nazar al-Mujazah (Mukafaah): nazar yang mana seseorang itu bergantung pada sesuatu keadaan yang akan menyebabkan dia akan melakukan sesuatu. Contohnya, berkata orang yang bernazar itu: “Sekiranya Allah menyembuhkan penyakitku ini maka demi Allah aku akan bersedekah seekor kambing”.

l
Nazar Mutlak: nazar yang semata-semata hendak mendekatkan diri kepada Allah dan tidak didahului oleh apa-apa masalah. Contohnya, seseorang itu berkata: “Bagiku berpuasa kerana Allah pada hari Khamis”.

Nazar jenis kedua dan ketiga adalah nazar semata-mata mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.
Kerana hukumnya hanyalah harus, kalau tidak bernazar tidak dikira berdosa.

Namun manusia sentiasa berusaha untuk meletakkan dirinya di hadapan Allah melalui amal ibadat. Ini termasuklah menghampirkan diri melalui iman. Namun tidak ramai yang suka bernazar, ini kerana bila seseorang itu bernazar maka hendak dia tunaikan nazarnya selagi mana nazarnya tidak bertentangan dengan syariat Allah.







Perkara paling mudah untuk bernazar






Jika seseorang itu ingin bernazar maka hendak dia bernazar dalam perkara yang diharuskan Islam, dan mampu melaksanakannya.

Pertama
: Perkara yang dinazar itu merupakan perkara yang bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah. Bukan nazar dalam melakukan maksiat kepada Allah dan tidak boleh bernazar dalam perkara yang harus seperti makan, minum, tidur dan sebagainya.

Kedua
: Perkara yang dinazar itu bukan daripada kewajipan yang memang telah diwajibkan dari mulanya lagi. Contohnya, jika seseorang itu bernazar untuk solat Zuhur atau ingin mengeluarkan zakat hartanya maka nazarnya itu tidak sah kerana nazarnya itu tidak membawa kesan kepada kewajipan yang baru.

Ini disebabkan solat Zuhur dan zakat hartanya itu memang telah wajib dari mulanya lagi tanpa memerlukan kepada nazar lagi.









Macamane kalau Tetibe Terlupe Nazar????






BERNAZAR supaya Allah memberi sesuatu pemberian atau pengurniaan. Contohnya: “jika saya sembuh dari penyakit ini maka akan saya sedekahkan seekor kambing kerana Allah”.

Selepas sembuh hendaklah dia menunaikan nazarnya kerana Allah. Jika enggan atau ingkar dikira berdosa.
Jika tidak dapat ditunaikan nazarnya maka hendaklah ditebus nazar sepertimana menebus sumpah, sama ada memberi makan kepada 10 orang miskin dengan hidangan yang mengenyangkan mereka, memberi pakaian kepada 10 orang miskin atau membebaskan seorang hamba yang beriman.

Jika ketiga-tiga ini tidak mampu dilakukan maka hendaklah berpuasa tiga hari berturut-turut. Dalilnya, hadis yang diriwayatkan oleh ‘Uqbah bin Amir daripada Rasulullah s.a.w., baginda bersabda yang bermaksud, Kafarah (menebus) nazar seperti kafarah (menebus) sumpah. (riwayat Muslim)











Nampak x??? Ganjaran dia besar beb kalau korang bernazar ni, bukan apa, gua dah penah try, memang gua zde nak try nazar nak sedekah kat doploh umah anak yatim ke, nak hadiahkan sebijik porshe kat emak bile gua dapat gaji petame ke, nak kawen lepas dapat master ke tettttt xdelah sampai macam tu lagi.


Sekarang ni gua buat yang ringan-ringan je, bukan percubaan melakukan maksiat yang ringan-ringan seperti comolot, lovebyte di tangan mahupun berpelok pinggang ataw yang sewaktu dengannya. Gua nazar perkara yang gua yaken mampu ingat dan gua yaken mampu buat. Macam berpuasa, disamping kita tunaikan nazar kita, puasa pown adelah satu ibadah, boleh jugak kuruskan badan beb!!!!Itu point gua sebenarnye untuk menggalakkan korang bernazar ni.


Sebagai seorang penuntut kolej yang bakal nak habiskan diploma taon depan, biase gua nazar kalau dapat ANUGERAH DEKAN, gua pose ke, bagi ganjaran dekat diri gua ke hape ke. Yang gua mampu, macam tulah. penah jugak gua nazar nak pose sebulan bile gua dapat result Spm yang bagus. Naseb baek gua x niat nazar nak pose straight sebulan, kalo x, dengan faktor bulan mengambang tetiap bulan, dosa free pulak gua.



Kengkadang jugak,manusia ni mudah lupa, memang arh, mende baek selalu benau nak lupe, kalau pasal anak mak Timah seblah umah kene tangkap khalwat dengan Pak Said malam jumaat lepas, memang lekat kat kepala sampai hujung bulan depan! Giler superb manusia zaman sekarang ni. ish ish ish. Pada gua, kalau nak sentiasa ingat, gtaw arh dekat kengkawan yang baek sikit dengan korang. Cakap dengan die suruh ingatkan kaw yang kaw ade nazar untuk berbuat sekian sekian sekian. Kalau rase korang xde kawan nak tolong ingatkan, korang suruh ke ayam dekat fon canggih korang tu ingatkan. Ape gune ade Iphone4 kalau xboley nak set Reminder untuk nazar korang tu????Baek buanggggg jer bagy pakcik Alam Flora gune. Lagi berbaloi-baloi.




















Sekali sekala kalau menggunakan blog untuk meninsafkan diri memang xsalah, biarpun xde orang nak datang, kita berkongsi ilmu dengan follower. ",












Result gua belom kuar, cemane kalau kuar, nak dapat itu barang....cemane der???mao korek mane nak cari duet???kihkihkih










Sekian, babai










Kesian weyh heartbeat gua nih, baru ade 4 sen jerk, klik reramai, double, triple, maple.....













No comments: