Kesayangan ;)

10 August 2012

Bukan Mudah Melepaskan Sesuatu

assalamualaikum



Hai blog blog, kesian, dah bersarang semut, sarang labah-labah toksah cerita, dah bersepah-sepah, naseb xada sarang tebuan je dalam blog aku ni. Aku mintak maaf sangat-sangat dekat korang semua sebab dah berbulan lamanya aku tinggalkan dunia berblog yang aku paling cintai nih *puihhhhhhhhhhhh* . Semua ni sebab rasa malas yang teramat menggunung dalam diri, bila bukak je blog, terus semangat berkobar-kobar macam nak sambut raya, padahal bile sampai satu perenggan je, terus semangat yang berkobar-kobar macam bawak obor-obor tu terus mati. Terus anak tirikan blog dan layan twitter serta mukabuku entahhapeyangbest sangat sampaikan entri yang nak diupdate tu masuk dan tersimpan kemas dalam draft sahaja. *kasihansungguhlogpunyatuanyangpemalastahapkenehempuk*



Sepanjang x mengarang dan merapu merepek macam sang rapik dalam blog ni, banyak sebenarnya perkara yang aku sembunyikan daripada korang semua. Ada yang seronok, ada yang best, sampaikan dah nak raya baru aku kembali giat nak menulis dalam blog. Mintak maaf korang semua. Terlanjur aku dah mula nak menulis ni, aku ada perkara yang nak kongsi dan jugak nak tanya pendapat korang semua. Aku amat memerlukan pendapat korang semua. Ini bukan nak suruh korang susah-susah amek henpon tigatigasekupang ke, aifon ke, samseng samsung ke berihitam blacberry ke untuk undi, aku cuma nak kongsi dan nak tanya pendapat korang je.


Sekarang ni baru nak mula cerita, yang kat atas tadi itu semua hanyalah rekaan semata-mata tiada kena mengena samaada dengan yang hidup ataupun yang pengsan masuk sepital pagi tadi.



*********************************



Aku seorang manusia yang khilaf dan selalu nakkan yang terbaik untuk orang-orang yang aku sayang, aku rasa gembira bila orang yang aku sayang dapat apa yang aku impikan. Maksud aku, bila ALLAH dah makbulkan doa aku melalui orang yang rapat dan orang yang aku paling sayang. Pernah terjadi satu peristiwa bila aku memang menginginkan sesuatu, memang aku nak sangat, bila tiba masanya, ALLAH berikan perkara tu, ALLAH tunaikan melalui kawan baik aku. Aku???Aku rasa bahagia dan aku rasa gembira sangat sebab pada aku, biarlah dia bahagia, aku bahagia. Sampai satu saat, kadangkala aku rasa ALLAH xadil untuk aku, jahatkan aku? Aku rasa sangsi dengan apa yang ALLAH dah berikan untuk aku, aku tengok pada satu sudut yang berlainan, aku dapat satu kegembiraan yang berpanjangan bila aku tengok kebahagiaan diorang, senyuman dia. Kadang-kadang bila aku tanya dia, dia kata dia xhepi bila ada sesetengah perkara yang dia nak sangat buat, aku dapat pulak. Tengok!!!! betapa x bersyukurnya manusia yang bernama manusia. Aku xkesah kalau satu hari nanti, apa yang aku nak sangat xtertunai dekat aku, dapat dekat dia. Macam bila aku dah sayang dekat seseorang, dan aku kene lepaskan orang yang aku sayang untuk melihat dia bahagia, aku xkesah. Memang aku tahu dan aku sedar perkara ni memang menjerut leher aku sampai mati sekalipun, boleh putus tangkai hati aku, semua tu bukan kehendak aku, itu semua takdir ALLAH. Aku masih percaya dengan ayat yang ALLAH turunkan dalam surah Yaasiin ayat ke - 82, Sesungguhnya perintah-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: “Jadilah!” maka terjadilah ia. (QS. 36:82). Kun-fayakuun...Maka jadilah ia. Kita kene percaya bila kita serahkan seseorang yang kita paling sayang, ALLAH akan berikan yang terbaik untuk kita, masa daripada zaman Rasulullah lagi, ada sahabat yang berkata, apabila kamu ingin berperang, serahkan perkara yang paling kamu sayangi, nescaya suatu ketika, ALLAH akan kurniakan sesuatu yang lebih baik. Itu baru pengorbanan yang sebetulnya, kalau nak dibandingkan pengorbanan yang aku tengah buat sekarang ni, itu semua menda yang kecik, sekecil biji sawi. Ye, memang aku mengaku, aku sayang orang yang aku serahkan pada dia sekarang tapi aku rasa aku kene ketepikan perasaan aku tu sebab aku dah ada orang yang lebih menyayangi aku. Aku perlu relakan dan redha kan hati aku dalam menangani perkara ni. Aku paham kalau korang kata perasaan aku ni macam satu perasaan yang bodoh, sedangkan aku sendiri xtahu macamane perasaan sayang tu boleh ada dalam diri aku, perasaan sakit bila melihat depan mata aku, perasaan yang aku sendiri xpernah alami, aku sendiri konfius dengan perasaan aku. Aku mintak sangat ALLAH jauhkan perasaan aku ni, sebab aku sendiri xtahan dan malu nak berhadapan dengan diorang. Aku cuba sembunyikan perasaan tu tapi, apa yang aku dah buat, dalam sembunyi tu, diorang dah terbaca hati aku. Sekarang ni aku rasa bersalah, pada masa yang sama aku nak melihat diorang bahagia. Aku nak tengok hubungan diorang tu menjadi sebab diorang sememangnya solo dan solo. Maknanya sekarang ni dah boleh saling melengkapi; dua-dua sahabat aku, dua-dua lama dah aku kenal, cuma berlainan jantina. Aku xtahu kenapa, dulu, sahabat aku yang lelaki tu aku ok je, boleh layan macam biasa, sampailah bila kami berjumpa, bedezup entah perasaan apa yang gila sangat datang menerjah kepala hotak aku nih. Tetiba nak main sakit-sakit. Ouh no man!!! Masa tu aku dah start menggelabah, aku rasa macam ape mende nih yang jadi dalam hidup aku, aku rasa macam bercinta, padahal aku xpernah nak taruh harapan apa-apa pada dia. Dia jauh kot, kenal pown dalam myspace. Memang nonsense sangat kawan lelaki pompuan nak berkawan, bukan apa, nanti korang memang akan  terjatuh cinta lah pulakkkkk. Parah taw bila dah jadi macam tu, kalau perkara tu adalah pasti yang korang akan bersama dengan dia, its ok, kalau korang rasa itu adalah satu perkara yang xpasti, lebih baik jaga jarak anda ;). Once bila korang dah terjatuh cinta, susah dan sakit sebenarnya nak ketepikan perasaan tu, memang mengambil masa. Sekarang ni aku perlukan tips macamane nak hadapi perkara ni. Diorang kawan baik aku, aku kene jaga hati diorang, aku xnak, sebab aku , sebab perasaan aku yang bodoh ni, aku boleh putuskan hubungan persahabatan aku ni. Aku xnak!!!Guys, aku sekarang ni xtahu macamane nak handle perkara ni, apa yang aku tahu sekarang ni, menangis, menangis dan menangis sebab aku rasa selagi x hilang perasaan tu, aku kene sembunyi perasaan tu. Aku kene kuat! Aku rasa mungkin bila aku pergi jauh dari mereka berdua, aku akan lebih tenang. Betul x guys???Ke korang ada pendapat lain???




*********************************


Korang, sekarang ni aku dalam dilemma dan aku perlukan penyelesaian, macamane aku selesaikan masalah aku ni.Please please please korang. Aku xnak sebabkan satu perasaan yang bodoh macam ni, perhubungan persahabatan ni tergugat. 




Sekian, salam ramadhan dan salam kemaafan












No comments: