Kesayangan ;)

12 August 2012

Sahabat Dunia Akhirat :')

assalamualaikum



Aku percaya setiap orang dalam dunia ni mesti ada kawan. Jangan tipu, kalau kita tegur-tegur orang dekat bus stop lepastu tukar-tukar nombor tepon sekupangdua mesti dah boleh panggil kawan. Kat dalam kelas, duduk sebelah-sebelah xkan korang xnak tegur, amboi kemain sombongnye kau. Memang nak kene ajar cara senyum tarik guna benang kan mulut kau biar bagi lebar kau reti pulak nak senyum. Paham?!


Macam-macam jenis kawan yang kita boleh jumpa sepanjang hidup kita atas muka bumi nih. Maklumlah, kita nih duk menumpang je kot kat mukabumi ni, memang macam-macam perangai kita boleh jumpa, yang pelik, yang jelik yang macam-macam lagilah. Memang motif sangat bila aku tulis entri, dalam satu perenggan ni dah bape banyak aku letak ayat 'macam-macam'.


Dan aku pasti, setiap orang ada sahabat mereka tersendiri. Untuk pengetahuan korang, ada yang mengatakan, sahabat ni berbeza dengan kawan. Kalau kawan, perkenalan yang seketika boleh jadi sebuah ikatan kawan, tapi menyebut tentang sahabat, sahabat ni perlukan satu ukhuwah yang terbina lama, sahabat akan menjadi penjaga kita macam keluarga kita. Kalau kawan, kawan datang dan pergi tanpa fikir siapa kita, apa jadi dengan kita dan semuanya tentang kita.


Bagi aku, aku ada ramai kawan dan sebilangan besar kawan aku, aku xpernah letakkan kepercayaan yang tinggi dekat mereka. Aku tahu satu hari nanti akan ada kawan makan kawan dan aku xnak perkara tu berlaku. Kalau perkara tu berlaku, itu semuanya di luar jangkaan kita. Semua tu kehendak ALLAH dalam nak menguji jauh mana kekuatan dan ketabahan hambaNYA dalam menghadapi ujian yang diberikan. Dan oleh sebab tu, aku hanya ada seorang kawan. Dulu aku gelarkan persahabatan ni Bestfriend Forever, tapi sekarang aku nak jadikan nama tu, Sahabat Dunia Akhirat. Sebab aku inginkan nanti, bila di akhirat, aku akan dapat bersama kembalii dengan dia, jadi sahabat seakrab, seerat di dunia.Aminnnnn.


_________________________________


Sepanjang 22 tahun aku hidup atas muka bumi ni, aku pernah ada seorang je sahabat sejati, sahabat baik, sahabat yang boleh tepuk tampar, senang cerita dah macam adik beradik kembar. Kitorang ada instinct yang sangat kuat. Citarasa kitorang pown xbanyak beza, semuanya dekat-dekat je. Kitorang serasi bila bersama, bila bercerita, kalau orang tengok mesti rasa jeles dengan kitorang, sebab persahabatan yang utuh tu memang xkan dapat kita gambarkan dengan kata-kata je.


Mengimbau kembali saat pertama persahabatan ni terjalin, segalanya bermula bila masuk semester ke2 di Kolej Matrikulasi Kedah. Aku dengan sahabatku, berkenalan dalam kelas tutorial, hanya dengan duduk sebelah menyebelah semasa hari pertama semester 2 bermula, masih ingat masa tu, dia yang sapa aku dulu, peramah jugak orangnya, aku masa tu dahla blur-blur je. Masa matrikulasi adalah masa yang agak memenatkan untuk aku, sampaikan masa semester 1 aku di kolej matrikulasi, aku dapat keputusan yang amat mengecewakan. Aku mula bangkit bila aku berada di semester 2. Dan, orang yang paling banyak menyokong dan membantu aku dalam semua hal adalah dia. Terima kasih sahabat :')



muke selekeh budak-budak matriks amek duit elaun.





Aku akui masa di matriks aku memang pelajar yang sangat lambat, susah nak paham apa yang pensyarah ajar, aku kene kejar pensyarah. Aku cuba buat yang terbaik dan aku teruskan merujuk dengan sahabatku dalam pelajaran. Aku beruntung kerana sahabatku seorang yang rajin, bijak dan wangi. Kadang-kadang aku rasa dia macam cepat kalut, tapi dia cepat jugak rileks. Dia xpernah tinggalkan aku, xpernah kedekut nak berkongsi ilmu, selalu ajar aku macamane nak mudah ingat. Selalu ajak aku datang bilik dia, belajar biologi sama-sama, belajar matematik sama-sama memandangkan aku seorang yang sangat lemah dalam matapelajaran kira-kira.


Setiap petang kalau kitorang xada aktiviti lain, bila dah rasa sangat bosan dan xada aktiviti lain yang nak dibuat, aku ajak dia pegi tepi gelanggang basketball, usha abg ensem, dia teman aku je, baiknya dia ;). Kalau x pown, kitorang main basikal keliling kolej sampai lupa waktu, kadang-kadang jalan kaki amik-amik gambar je kat sekeliling kolej. Indahnya masa tu, seronok dan satu perasaan yang indah bila kita dapat habiskan masa kongsi segalanya dengan sahabat kita.



tunggu abg encem turun padang main basketball


menikmati keindahan petang bersama


kemana saja, kami nak sama-sama






Bila kita ada masalah, kita xakan segan-segan untuk bercerita dengan sahabat kita. Senang cerita, untuk aku, sahabat aku lagi kenal aku lebih daripada keluarga aku sendiri.:) Mungkin sebab aku banyak habiskan masa aku dengan kehidupan dekat asrama, so segala masalah dan kesusahan, kegembiraan tu tetap kene kongsi sama-sama dengan sahabat. Kalau sakit pown kene bagitau sahabat sebab dia duk dekat sangat dengan kita, depan mata kita pulak tu. Lagi mudah, kami ni ada tabiat pelik, kitorang memang suka beli barang sama. Macam kapel, huiyoh! No, No No, kami bukan lesbo beb! Cuma nak tunjukkan macamane kuatnya ikatan persahabatan tu. Benda pertama yang kitorang beli sama adalah kasut. Kasut tu comel, cume kaler je yang lain. Jujur, aku ada simpan lagi kasut tu sampai sekarang, sayangnya aku dekat segala barang persahabatan sama macam sayangnya aku dengan hubungan persahabatan ni.


4 bulan tu kejap je, pejam celik pejam celik dah habes bulan 4/09, kitorang pown kene berpisah untuk menentukan masa depan apa pulak yang kitorang dah rancangkan. Rezeki orang pown berbeza-beza, sahabat aku dapat melanjutkan pelajaran kat universiti, manakala aku pulak, kene lanjutkan pelajaran dekat kolej swasta. Bukan kerana aku kaya, tidak, ini semua sebab aku gagal buat yang terbaik masa aku semester 1 dekat kolej. 


Aku ingatkan hubungan tu akan putus kat situ, rupa-rupanya tidak, persahabatan kami berterusan, bila ada kelapangan, aku akan pergi Kl untuk luangkan masa bersama. Hubungan persahabatan kami hubungan jarak jauh, sorang Kuantan, sorang KL, kalau ada rezeki lebih, aku akan datang jumpa sahabat dunia akhirat aku. Kami suntik kata-kata semangat dan berkongsi apa yang kami belajar dalam kos kami. Seronok memang seronok. Seronok yang xdapat digambarkan. 


Pertemuan seterusnya selepas setahun lebih aku masuk kolej. Sewaktu bufdey aku. 8/10, aku turun Kl semata-mata nak luangkan masa dan teruskan ukhwah ni. 



I-city Shah Alam



love love love


i miss u






she treat me at SEOUL GARDEN




Selepas berlaku pertemuan pertama ni, terjadilah pertemuan kedua. ketiga dan seterusnya. Dan setiap kali kami berjumpa, macam-macam benda yang kitorang buat. Apa yang pasti, bila kami berjumpa dan habiskan masa bersama, dia akan belajar suatu perkara yang baru. Masa berlalu cepat sangat, aku rindu masa-masa dulu. 



Dia yang aku ceritakan sepanjang penceritaan ni bernama AMIRAH SHAZANA BINTI MAGLI, pemegang IJAZAH SAINS DAN TEKNOLOGI UNIVERSITI MALAYA. 




__________________________________________



Sebenarnya banyak lagi yang aku nak ceritakan pasal sahabat dunia akhirat aku, macamana bermaknanya dia dalam hidup aku dan kenapa aku rasa selalu rindu dengan beliau. Betapa dekatnya perasaan kami, instinct yang kami ada mengenai satu sama lain.  Doaku pada ALLAH:




ALLAH YANG MAHA BESAR DAN MAHA MEMILIKI SEGALANYA
JAUHKAN BELIAU DARI SEGALA PENYAKIT
DIALAH SAHABATKU DUNIA AKHIRAT
ANDAINYA TERLALU BERAT APA YANG DITANGGUNG SEKARANG INI, 
BERIKAN SEPARUH DARIPADANYA KEPADAKU KERANA AKU XSANGGUP MELIHAT DIA DERITA, 
TOLONG YA ALLAH, 
RINGANKAN APA YANG DIHADAPI SEKARANG INI, BAHAGIAKAN DIA, 
BERIKAN KEJAYAAN YANG CEMERLANG UNTUK BELIAU DUNIA AKHIRAT,
BERIKAN YANG TERBAIK UNTUKKU TERHADAP DIRINYA,
PERMUDAHKAN URUSAN HATI DAN PEMBELAJARAN DIRINYA, 
KURNIAKAN BELIAU KECEMERLANGAN DUNIA DAN AKHIRAT,
AKU MERAYU, 
JAUHKAN BELIAU DARIPADA SEGALA ANASIR JAHAT,
LIMPAHKAN DIA DENGAN NUR DAN HIDAYAHMU,
SEKALI LAGI ALLAH,
AKU MERAYU DAN MEMOHON,
SANDARKAN DUGAAN YANG KAU BERIKAN PADANYA TERHADAP DIRIKU
BERIKAN YANG TERBAIK UNTUKNYA
PERTEMUKAN BELIAU DENGAN JODOH YANG DIINGINI, 
PERMUDAHKAN BAGINYA MENGHAFAL, 
DAN MENJALANI KEHIDUPAN SEHARIAN DALAM PEMBELAJARAN,
PANJANGKAN UMURNYA ALLAH
SEANDAINYA KAU INGIN MENARIK NYAWA,
TARIKLAH NYAWAKU DULU SEBELUM KAU TARIK NYAWA MEREKA YANG AKU SAYANG,
KERANA AKU KHUATIR AKU XDAPAT MENERIMA HAKIKAT KEJADIAN ITU ALLAH,
ALLAH, PELIHARALAH SAHABAT DUNIA AKHIRATKU,
AMIRAH SHAZANA BINTI MAGLI INI YA ALLAH...



SEMOGA KAU MENDENGAR DOA HAMBAMU YANG KHILAF ALLAH.

AMIN YA RABBAL ALAMIN




Sekian, babai








No comments: