Kesayangan ;)

27 November 2011

Kelayakan Sukan Olimpik, Harimau Muda VS Bahrain

assalamualaikum



Malam ni sekali lai Harimau Malay turun padang untuk berlawan dengan Bahrain. Sebelum perlawanan lagi gua dah niat xnak tengok perlawanan ni sebab takut. Memang lawak gile, gua sampai boleh jadi fobia sebab takut menyaksikan kekalahan beb. Gile x gile gua ni kan?


Tapi pape pown malam ni gua akan tetap akan menyokong HARIMAU MALAYA!!!!Sekarang ni dah separuh masa petame, Malaysia pown dah gol dah wey, semangat gua nak tengok bola...Jom tengok bola, malam ni gua punye semangat macam MALAYSIA lawan INDON haritu. Nak jadikan cerita pown, gua sayang same pasukan MALAYSIA...i lappppp uuuuu


JOM TENGOK BOLA...DOAKAN SEMOGA MALAYSIA DAPAT TAMBAH MATA SEPARUH MASA KEDUA NIH..YEYEAH~~~


sayang ketat-ketat budak kecik ni, sepak lagi laju, terus shoot ye dikkkk..muahmuahmuah





nak sehelai t-shirt cenggini wey





tangan kapten ni macam gam, bagus saye suke!!!





1 - 0

MALAYSIA vs BAHRAIN


Sekian, babai







26 November 2011

Salam MAAL HIJRAH

assalamualaikum






Selepas je selesai solat maghrib tadi, kita semua sudah masuk tahun baru hijrah. Atau bahasa kasarnye tahun baru Islam. Memang kalau kita dapat perhatikan, sambutan awal tahun Hijrah x macam awal tahun masihi, ada bunga api, ada konsert bagai segala lah. Awal tahun Muharam ni sebenarnya nak berikan kita keinsafan, merenung masa silam, tahun yang dah lepas antara amalan-amalan kita. Itulah perbezaan dia yang ketara kalau kita dapat perhatikan nak bandingkan dengan awal tahun Masihi. Orang dok ramai-ramai dekat dataran merdeka nak countdown sama-sama. 

Kalau tahun baru Hijrah ni pown kita boleh jugak nak buat countdown pe semua, boleh, xde masalah. Caranya kita countdown daripada kita habes baca doa akhir tahun sampai ke azan maghrib, dah masuk tahun abru dah. Senang kan???Lagi mudah, xpayah nak ada bunga api, xpayah kita nak duduk dekat padang sejuk-sejuk, malam-malam. Gua xde niat langsung nak menghina dan mengutuk buadaya masyarakat sekarang sedangkan gua pown ade jugak buat macam tu. Cumanya, sekarang ni gua belom lagi ke tahap nak countdown dekat DATARAN MERDEKA sampai malam nak tunggu pukul 12 belas malam. Paling kuat gua sambut dekat rumah, memang sambut secara live, tapi depan tv lah macam biasa. Maklumlah, anak mithali kan.....puiiihhhhhhhhhhhhhhhh

Bila masok AWAL MUHARAM, sepaptutnya azam kita dah boleh berubah, tapi kadang-kadang ramai orang yang terlupa dan tersalah, mereka anggap awal tahun MASIHI adalah permulaan segalanya. Mengapa dan kenapa pown gua masih mencari-cari jawapan tu sebenarnya.Apa-apa pown, gua harapkan korang kat luar sana masih tahu ape tu MAAL HIJRAH dan sepatotnya kita mencari sinar dan keberkatan di samping menginsafi apa yang kita dah lakukan tahun lepas. Memang gua bukan baik pown nak cakap konon macam alim, tidak, ni sebagai peringatan untuk kita, kita hidup dekat dunia ni bukan untuk selamanya.

Ada masa kita perlu perbetulkan diri kita, sememangnya manusia bukan sempurna. Tapi kita masih mempunyai peluang untuk perbetulkan diri kita selagi kita masih punya ruang dan waktu. Gua rasa cukup dah kot entri untuk malam ni, gua pown masih banyak nak perbetulkan diri yang memang banyak sangat dosa sampai bahu kiri dah senget je jalan ni. 

Sampai sini dulu, SALAM MAAL HIJRAH korang sumer, semoga tahun baru memberikan kita kesedaran bahawa semakin meningkat usia kita, semakin dekat diri kita menuju kematian yang pasti.....














Sekian, babai







23 November 2011

Kelayakan Sukan Olimpik, Harimau Muda Beraksi Lagi

assalamualaikum


Malam ni gua sekali lagi duduk tengok bola secara live depan tibi dalam rumah saja. Sekali lagi tengok dengan adik gua yang xtahan dah gua rase dengar gua bebel. Komen gua malam ni pasal pemain MALAYSIA, diorang macam dah letih, maybe sebab lawan dengan garuda haritu x habes lagi kot.

Pape pown, gua tetap sokong HARIMAU MUDA, kalau kalah kali ni, gua rasa puas hati sebab haritu diorang dah maen bermati-matian, mungkin x cukup rest lagi agaknye diorang ni.tapi pae pown, gua akan tetap menyokong MALAYSIA.


SELAMANYA, SELAMANYA, SELAMANYA HARIMAU MALAYA









bang ncemnye...



At last, MALAYSIA tewas di tangan SYRIA, xpelah, mungkin  letih haritu x hilang lagi, nak maen lagy lawan Syria kan???Xpela HARIMAU MALAYA, nanti hari Ahad no excuses ok???



Sekian, babai










22 . 11 . 11

assalamualaikum


Hari ni hari cuti untuk semua warga JOHOR, kepada orang JOHOR, sile meraikan cuti anda dengan sebaek mungkin. Mungkin jugak bonus kepada rakyat JOHOR lepas MALAYSIA berjaya tumpaskan GARUDA malam tadi. Lena lah tido rakyat MALAYSIA malam tadi kan...Alhamdulillah...Untuk rakyat negeri lain, jangan kecik hati ye sebab rakyat negeri JOHOR dapat cuti free kali ni, ni sebab HARI KEPUTERAAN SULTAN JOHOR yang jatuh pada tarikh ni.


Untuk pengetahuan semua pembaca belog gua yang x semenggah ini jugak, hari ini adalah bufdey kepada seorang budak itu. Bukan budak dah, seorang remaja. Dia telah dilahirkan lewat sedikit daripada gua. Entah kenapa mengada sangat nak keluar lambat-lambat daripada gua. Sengaja nak cakap yang gua nih sebenarnye lagi tua daripada beliau. Arhhhh pigidah....


Kami berkenalan dekat MUKABUKU, lagu  tema percintaan *chewah rase macam nak lempang2 tulis ayat jiwang* adalah lagu NAJWALATIF, CINTA MUKABUKU, memang teramat kene dengan situasi kami. Xpernah pown sangka yang hubungan ni akan berkekalan sampai ke berapa bulan dah, memang, xelok untuk berbangga padahal dia belom lagi menjadi yang sah untuk kita kan? Bukan apa, takut-takut payung yang kita harapkan dapat lindungi kita nanti terbang pulak dibawa angin lalu.


Ok back to the topic, sebenarnye kan, entri ni nak buat untuk budak ni.....




-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

ok xnak tengok kamera sebab sebuk tengok SAMSUNG  die...






Sebenarnye entri ni nak buat untok jejaka kat atas ni, kepada IZWAN MUHD, ini untuk awak yea


memang saya xberada bersama awak sambut bufdey awak kali ni, mungkin kita akan dieri peluang untuk sambut bufdey same2 potong kek same2 sepanjang hidup kita nanti. saya rasa bertuah sebab ada awak yang sanggup tahan dengan saya, dengan perangai gedik sumpah rasa nak lempang banyak kali bile dah start buat perangai, yang sabar dengan hubungan ni, hubungan jarak jauh memang bukan mudah untuk dipertahankan, kita hanya berhubung dengan fon call, kalau dah rindu sangat, paleng koman pown tengok gambar, kalau dah memang xboleh tahan, kite Skype je, naseb bek dunia dah maju, kalau x, mau meraung kite kan? 

Memang ni petama kali kita nak wish bufdey dengan nak begayut sampai pening semingu kan?Awak nak hadiah x? Hadiah dah ada, kene tunggu je masa bile kite dapat jumpe nanti yea, awak, awk jangan nak nakal sangat, kite ni name je duduk senegeri, tapi nak jumpe memang kene buat appointment setahun baru boleyh jumpe. Biaselah, sorang duduk Australia, sorang duk Amerika, memang susah nak jumpe. Bizi kalah Perdana Menteri kan???

Awak, SELAMAT HARI LAHIR yang ke -21 yea, semoga panjang umur, dilimpahkan rezeki, diberi perlindungan, diberikan kesihatan yang sempurna dan tercapai segala impian dan cita-cita awak. Terima kasih sebab sudi terima minah senget yang selalu nak kacau hidup awak nih kan?Terima kasih sudi nak berkenalan dan menjadi gila bersama-sama. Terima kasih... Last But Not Least...LOVE IS NOT JUST A WORD TO SAY..IT NEED TO BE FEEL FROM BOTH PARTIES...I CAN'T SAY THAT U ARE MY FIRST LOVE BUT I CAN SAY THAT YOU ARE THE LAST AND I WANT TO BE ON YOUR SIDE FOR THE REST OF MY LIFE...


ALLAH SELAMATKAN KAMU
ALLAH SELAMATKAN KAMU
ALLAH SELAMATKAN IZWAN MUHD
ALLAH SELAMATKAN KAMU
AMINNN YA RABBAL ALAMIN...


IZWAN MUHD B SAJALI



Sekian, babai


Gua rase entri ni macam haram sebab jiwang nak mamposssssss








21 November 2011

GARUDA Menanges :))))

assalamualaikum



Lintas langsung dari umah gua, MALAYSIA MENANG weyh!!!!!!Petame kali gua tengok bola sampai giler macam ni sekali. Macam nak runtuh pown ade jugak gua dengan adik gua menjerit dalam umah. :)


Yang penting, Malaysia menang, sekarang jom kite tengok GARUDA nanges teresak-esak


nangeslah weyh..airmata darah sekali pownnn





kesiannnn awk...kehkehkehkeh





Pape pown, gua memang nak salute dekat die punye kapten, BADDROL BAKHTIAR, memang penyelamat weyh sepakan penalti tuh, mase tu memang jantung macam nak keluar je...Tetibe nak jatuh cinta dekat BADDROL, weeewittt *__*


ncemnye, nak ngorat bang...





Kepada GARUDA, jangan nak nanges sangat, korang kemain lagi nak cakap ganyang MALAYSIA lah, hapelah ea kaw, kan dah kene...hamekkaw!!!!!!


TAHNIAH MALAYSIA....I LOVE U ALLLL, ALL THE BEST nak ganyang SYRIA pulak!!!!!!




Sekian, babai






Harimau Bahamlah Garuda Tu!!!

assalamualaikum



Sekarang gua kat umah, tengah tengok tibi dengan mak dan adik bujang gua. Petame kali tengok bola beb, hati debor macam gua je yang turun padang men bola beb. Dari petang tadi tengok pengulas sukan dok cakap pasal SUKAN SEA yang BOLA SEPAK MALAYSIA akan belawan malam nih dengan orang INDON untuk  separuh akhir SUKAN SEA.

Huish, sebgai rakyat malaysia yang sejati, gua rasa debaran tu memang sangat2 terasa macam gua pulak yang nak pi maen dekat tengah padang tu.haish la MALAYSIA...Gua harap malam ni Malaysia menang. First time tengok dekat umah dengan adik gua memang havoc giler weyh rumah weyh, kecoh!Gua sampai melompat-lompat. Sekarang tengah rehat, dah gua nak sambung tengok bola nih. Keputusan sekarang adalah

1 - 1

MALAYSIA 1- INDON 1

Gua rasa MALAYSIA ade can lagi nak menang, GO GO GO MALAYSIA~~~~

























Sekian, babai


Sambung tengok bola wey!!!!!!






16 November 2011

Wordless Wednesday ~ # 4

assalamualaikum








Ada sesape yang penah nampak signboard camni kat mane??? Ce teka, Ce teka...hehehehe



Esok last exam, lepas tu balek kampung wey, umah dah sebuk nak kenduri kawen gamaknye..kehkehkeh







13 November 2011

Di Snap Oleh Papparazzi

assalamualaikum


Jangan terkejut korang sumer bile gua hapdate pepagi buta begini yea. Memang sawan dah datang agaknye, ditinggalkan keseorangan sebab semua orang telah pulang ke kampung halaman untuk meraikan cuti semester yang telah tiba. Memang indahnya mereka, xpe, minggu depan gua pulak. Baiklab berbalik kepada tajuk asal ye.

Korang jangan nak mencarut sangat, kang gua hempok gune bantal golek kang, senyap teros! Yea, gua taw gua xdela seglemer mane sampai papparazzi nak sebuk kejar gua gi memane kan...Gua jadi bangga kejap, kejap je sebab adalah sorang blogger yang gua rase dia sangat humble dan pemes like famous amos chocolate telah menyenaraikan gua di dalam bloglist beliau...WHATTHEHILLL....Stoplah xpayah nak mencarut sangat, gua tampaw laju-laju kang korang ni.

Apehal x percaye sangat????Nak gua tunjuk bukti ke kat korang ni???Hah, g ar terjah blog AIN ATIKA ZAILANI. Pastu korang tengok dekat sidebar dia...Ada blog gua ok????

Ala, biarlah gua nak bangga sikit, ada jugak blogger yang appreciate nak letak gua dekat sidebar je pown. Hei, itu dah mencukupi okeyh, ye ye, gua taw korang siap dikenali lagi oleh majlis senat persatuan blogger-blogger sedonia. Tapi biarlah gua nak kecoh kepoh kepochi kejap gua kene snap dengan beliau ini di blog beliau. Tapi gua perhatikan, beliau ni memang seriusly humble la, dah ar cantek, orang Johor, JAWE plak tu, mungkin dia ada bau-bau mangga dengan aku barangkali???*pangggggg pelempang sebijik*, wey, wey jangan nak perasan sangat boleh x kaw nih???

Kan haritu, haritu lah kan, gua ade terjah terjah blog beliau, dan dengan tidak sengaja jugak, beliau pown tersengaja ter drop komen dekat blog gua, korang x percaya lagik???Hambek ah ni, selepas dok bergaduh-gaduh cakap pasal DSLR arh, gambo arh ntah kemende lagi jadahnye, gua pown bersetuju untuk menjadipeminat setia beliau. Ekh, bukan untuk menyatakan beliau telah menghasut untuk menambah bilangan pengikut beliau, tidak, memang jauhnye panggang dari bara api, gua suka tengok cara dia berblog, korang boleh rasa beliau nih jujur beb, x kesah cemane cara dia pown. Ada paham???

Korang boleh ar nak terjah blog beliau, tengok nama gua yea HAJAR YUMI, ok, dah terelease nama glemer le pulakkkk. Xpe, gua nak suruh korang cari jugak!!!!








banner blog beliau




Cari jangan x cari taw!!!!kehkehkehkeh, kepada Ain Atika Zailani, mekaseh yea sebab letak saye in your friendlist blog tuh, memang saye trime kasih cecangat *ayat gedik eiuw eiuw eiuw*.




Sekian, babai







12 November 2011

Terjumpa Quote Yang Teramat Sangat Best

assalamualaikum




At first






At glance




At moment





In minute





In heart




In mind






Last but not least 






Nothing







TRULY LAST....







Sekian, babai







Perangai Manusia, Sumpah Memeningkan

assalamualaikum


Untuk pengetahuan korang semua, bukan senang gua nak hapdate entri berbaur marah, kalau nak marah, mesti tahan-tahan, at last pegi satu sudut nanges sendirian. At least, gua x mengaibkan orang beb, gua x marah orang sembur ikut suka hati gua beb, xpown gua xkan blog kesah itu sambil mengajak orang laen berjemaah membaca keburukan orang tersebut.

Hal ni mesti berlaku mase minggu exam, biasalah, masa ni lah manusia akan mencari sumber yang boleh dijadikan rujukan untuk mereka supaya nanti mereka turut berjaya bersama. Xpe, biarlah, manusia mana yang xmahukan kejayaan, yang xmahukan sukses di penghujungnya. Tapi manusia yang berjaya dan hatinya busuk xkan pergi kemana. Percayalah.

Bukan niat gua nak menjatuhkan sesiapa, gua pown xnak mention sesiapa sebab gua ni bukan baek sangat,memang ada mengumpat, mengutuk, xpuas hati dekat orang. Lumrah sebagai seorang manusia, hatinya sentiasa bersifat dengki. Tapi sebagai manusia jugak bukan hak kita nak menghukum orang yang bersalah, kita jugak kene sentiasa bersifat memaafkan. Ya, semakin hari kita semakin dewasa, sepatutnya kita bersifat matang dan mudah dalam mengendalikan masalah. Tapi lain pulak yang berlaku dalam situasi gua.

Dah berapa lama gua belajar, perkara yang sama jugak gua hadapi, itu yang membuatkan gua jadi kuat, masa memula dulu, memang selalu sangat nak nanges, tapi sekrang alhamdulillah, dah boleh mengurut dada tanda bersabar dan banyakkan beristighfar sebab bukan mudah kita nak melawan marah tu sendiri. Sometimes, gua rasa sengsorang lebih baik daripada kita beramai-ramai. Sebab bile ramai-ramai, macam-macam muka yang kita akan hadapi.

Contohnya, talam empatbelas muka, depan kita bukan men menjulang kebaikan kita, belakang kita, macam-macam perkara buruk mengenai kita terkeluar, nauzubillahhiminzalik. Memang gua x baik, gua x perfect, semayang pown ada yang tinggal, ngumpat orang bile dah cukup korum memang wajib tapi sejahat-jahat gua, gua x pernah nak rasa dengki dekat apa yang orang lain miliki. Gua sentiasa doakan dan perkataan yang selalu keluar dari mulut gua bile gua mengetahui satu penipuan ataupun satu keburukan pasal gua adalah 'biarlah', 'biarlah', 'biarlah'.

Betol kan? Kita biarkan jela, kita nak buat macamane, orang dah mule mengata kita, orang dah tuang taik atas kita pown, dah kotor pown badan kita nih, kita nak buat macamane. Bukan kita boleh tarik balek butir kata yang orang dah lempar kat kita, bukan kita boley nak belasah orang tu , kang masuk penjara aiyoyoyoyoyoyoyo x taw. Leys make it easy dude, every people got problems tapi diorang hadapi, x payah cakap dengan orang, xperlu heboh untuk cerita keburukan diorang pown masalah boley setel. Lagi mudah. Itulah, orang bijak pandai selalu mudah keluar dari masalah sebab dengan otak mereka selesaikan masalah. Tapi kalau selesai dengan mulut, jadi gaduh dan akan bawak pada bunuh.

Selalu gua rasa kenapa jadi macam tu, kenapa jadi macam ni dan banyak lagi kenapa. Terus-terus kenapa, biaselah, manusia sifat ingin tahu dia tinggi. Gua pown selalu kaji dan analisa diri gua, salah ke begitu, salah ke begini, bukan apa, takut-takut apa yang keluar dari mulut kita disalahtafsirkan orang dan habes buruk nama kita.

Kenapa bila ada sesuatu masalah, manusia mudah untuk meluahkan dan bila meluahkan, pelbagai lagi perkara buruk terjadi. Bukan sahaja dekat orang yang bersalah, malah dekat orang yang x bersalah pown turut terkene tempiasnya. Subhanallah, hanya kesabaran je yang mampu dijadikan pasaknya sekarang.

Lumrah manusia, menipu dan tertipu segalanya boleh berlaku kerana tak semua manusia baik, manusia yang baik susah untuk dicari zaman ni, baik dari luaran namun dari dalaman hanya ALLAH yang maha MengADILi...

Semoga hati ini cepat terubat dan tenang apabila zikir terus dibacakan...Untuk kengkawan yang try nak search gua dekat facebook, gua terpaksa deactivate facebook untuk sementara waktu ni. Bukan apa, gua bimbang bila bukak facebook, hati akan tersambar dan takut pulak mulut lancang menyatakan perkara buruk perihal orang lain. Biarlah gua habeskan exam ni cepat-cepat dan dapat pulang ke kampung dengan segera. Gua muak dan letih dengan kepura-puraan manusia dan segala penipuan.









Sekian, babai






Price Tag- Jessie J

assalamualaikum




Hah, hamekkaw, bile nak update blog, memang kalau boley doploh entri  kaw nak hapdate kan.....haish manusia, manusia, tamak halooobaaaaa sangat kaw nih dah kenape???xpe, kali ni seriesly memang entri separa pendek saja.

Lagu Price Tag by Jessie J tu memang awesome giler sebab berkenaan dengan tanda harga. Tanda harga sapa???Manusia kah??opkos uols sekalian, memang pown, gua rasa lagu tu memang best sebab meaning dia kita boley ambil sebagai pedoman. Lagu ni jugak mengingatkan kita yang kita bukan nak sangat dengan duit orang, kite nak org hepi dengan rezeki yang diorang ade. Ok, mesti korang pk gua nih ckp gilekehape mereka tahu pasal rezeki ni, Tapi mungkin jugak mereka tahu dude... Apa yang mereka fikir adalah untuk memiliki senyuman semua orang bile mereka ada duit yang mencukupi.

Lagu ni jugak menyedarkan kepada sekalian manusia suapaya kalau dah ada harta x perlu untuk bersomboong muka dan berlaghak sangat sebab duit x menjanjikan kita apa-apa. Yes, i agree that!!!!Lepas tu kan, layaaaaannnnnnnnnnnnn je lagu ni sebab cakap melebihi air liur pown x berguna lah derrrrr











Seems like everybody's got a price
I wonder how they sleep at night
When the sale comes first and the truth comes second
Just stop for a minute and smile

Why is everybody so serious?
Acting so damn mysterious
You got your shades on your eyes and your heels so high
That you can't even have a good time

Everybody look to their left
Everybody look to their right
Can you feel that? Yeah
We'll pay them with love tonight

It's not about the money, money, money
We don't need your money, money, money
We just wanna make the world dance
Forget about the price tag

Ain't about the cha-ching, cha-ching
Ain't about the ba-bling, ba-bling
Wanna make the world dance
Forget about the price tag

We need to take it back in time
When music made us all unite
And it wasn't low blows and video hoes
Am I the only one gettin' tired?

Why is everybody so obsessed?
Money can't buy us happiness
Can we all slow down and enjoy right now
Guarantee we'll be feelin' alright

Everybody look to their left
Everybody look to their right
Can you feel that? Yeah
We'll pay them with love tonight

It's not about the money, money, money
We don't need your money, money, money
We just wanna make the world dance
Forget about the price tag

Ain't about the cha-ching, cha-ching
Ain't about the ba-bling, ba-bling
Wanna make the world dance
Forget about the price tag

Yeah, yeah, well, keep the price tag and take the cash back
Just give me six strings and a half stack
And you can keep the cars, leave me the garage
And all I, yes, all I need are keys and guitars

And guess what, in 30 seconds I'm leaving to Mars
Yes, we leaving across these undefeatable odds
It's like this man, you can't put a price on life
We do this for the love, so we fight and sacrifice every night

So we ain't gon' stumble and fall, never
Waiting to see, a sign of defeat, uh uh
So we gon' keep everyone moving their feet
So bring back the beat and then everybody sing, it's not about

It's not about the money, money, money
We don't need your money, money, money
We just wanna make the world dance
Forget about the price tag

Ain't about the cha-ching, cha-ching
Ain't about the ba-bling, ba-bling
Wanna make the world dance
Forget about the price tag

It's not about the money, money, money
We don't need your money, money, money
We just wanna make the world dance
Forget about the price tag

Ain't about the cha-ching, cha-ching
Ain't about the ba-bling, ba-bling
Wanna make the world dance
Forget about the price tag

Yeah, yeah
Oh, forget about the price tag










Sekian, babai








        





Ragam Manusia

assalamualaikum


Mintak maap semua sebab gua dah lame sangat x update blog. Bukan ape korang, bz sikit sebab dah sampai Final exam dah, xlame lagy akan menghampiri ke arah praktikal pulak, lega rasanya bakal dapat menghabiskan 3 sem dekat kolej ni, xlame lagy akan berakhir penderitaan yang memang x berbelah bagy lagi.

Kalau cakap pasal manusia, biaselah, manusia ni ada macam2, ada yang bermuka-muka. Depan kita baik, belakang kita bukan main mengutuk kita, siap dengan perencah asam pedas, mee bandung sumer siap. Nak tokok tambah bagi sedap lagi memang ada punya, berlawan xnak kalah taw. Bagi gua, memang gua dah penant nak melayan kerenah manusia yang macam ni. Pening kepala nak uruskan, bukan tu je, kadang-kadang dengan sikap mereka ni jugak. mulut jahanam mereka ni jugak, kita yang x bersalah turut terbabit sama.

Pada gua, gua lebih senang menutup mulut bile benda sebegini berlaki, bukan nak tunjuk yang kita xmampu melawan, bukan nak tunjuk yang kita takut, tidakkk..... Korang penah dengar x yang orang yang menahan marah adalah orang yang paling kuta berbanding dengan orang kuat yang berlawan pedang, berlawan kekuatab dan orang yang kuat beralah mulut. Begitu besar kesabaran orang yang tahan marah ni.

Kita sebagai orang Islam kene jadikan Rasulullah sebagai contoh. Rasulullah siap masakkan bubur untuk makcik sebelah rumah yang selalu menghina, meletakkan najis, sampah sarap depan rumah baginda menghina dan mencaci baginda bila mengetahui makcik tu jatuh sakit. Tapi kalau pada zaman kita sekarang ni, bukanlah nak suruh ikut macam tu, nanti takut dan dikhuatiri orang tu ingat kita ni nak hasut dia ke ape ke, ke buang tebiat jadahnye lah kan???

Zaman sekarang ni, kalau nak menghadapi segala gangguan jahat manusia lebih-lebih lagi dari segi mulut yang berbisa, senang je, kita sabarkan hati kita, kita doakan kebaikan untuk dia. Tujuan kita bukan nak mintak dia diam sebab kalau kita buat baik macamane pown, kite  xtaw yang belakang kita dia akan terus mengutuk dan menceritakan perkara buruk pasal kita. People, we doesn't know what are they thinking and what they gonna do...

Hurm, guys, nak cerita pasal manusia ni sampai kesudah pown memang xkan habes, what that i can say, biarlah, biarlah sebab hati ni dah sebal nak hadap semua benda ni. Kita memang pernah baik dengan orang, kita xkan pernah sedar apa kesilapan yang kita lakukan dalam memilih sahabat dan rakan yang kita anggap akan jaga kita, rahsia kita. Untuk ingatan, pengalaman mengajar kita terlalu banyak benda. Kadang- kadang we need to keep all the secret by own. X semua orang kita boleh pecaya bulat-bulat. Terlampau baik pown akan dikhuatiri satu hari nanti kita jadi musuh dengan dia.

Dah berapa lama hidup dikelilingi kawanan rakan dan only one sahabat yang sampai sekarang i just can put my trust on her. Memang pebagai ragam manusia kita boleh tengok dan analisa bila kita meningkat dewasa. Kadang-kadang kita rasa jemu, tapi apakan daya, ini semua takdir hidup kita dan kita xkan pernah boleh lari seandainya kita masih bertapak di atas muka bumi ni.

Just a short entry guys, saja nak bagitau yang semalam 11 . 11 . 11....So?????what?????semalam dah berlalu something yang menyakitkan tapi xpe, alhamdulillah, atas didikan mak abah, mak abah tetap cakap, kalau kita nak tengok silap orang, tengok balik dekat diri kita sebab silap tu mesti datang daripada diri kita... :)






~the one that i only trust the most~







Pesanan dari gua, kalau kita baik, jangan terlalu baik, takut satu hari nanti kita terpaksa nak memusuhi dia. Baik berpada-pada, jahat sekali sekala.....





Sekian, babai